omniture

Golongan Elit Pelaburan dan Perdagangan Global Berganding Bahu di China Barat demi "Masa Depan Lebih Cerah"

iChongqing
2022-07-28 17:02 130

CHONGQING, China, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing:

As one of the region members participating in the WCIFIT, Liangjiang New Area signed a series of programs in the fields like life science, new material, digital economy, modern finance and international consumption. (Photo/Zhang Kunkun)
As one of the region members participating in the WCIFIT, Liangjiang New Area signed a series of programs in the fields like life science, new material, digital economy, modern finance and international consumption. (Photo/Zhang Kunkun)

Pameran untuk Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China Barat Keempat (WCIFIT) diakhiri dengan begitu banyak projek ditandatangani antara syarikat-syarikat perdagangan dan pelaburan di China serta luar negara.

Sebagai bandar tuan rumah WCIFIT, Chongqing menghimpunkan 66 program dengan 222.85 bilion yuan kontrak daripada pelabur-pelabur antarabangsa seperti Lion City Capital of Singapore, AVA Group dan Elion International. Sebuah taman perindustrian e-dagang rentas-sempadan akan ditubuhkan di sini, dilancarkan oleh presiden Alliance Investment Management di Pameran tersebut.

WCIFIT ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan Chongqing, bagi mewujudkan platform galakan diplomasi, perdagangan dan pelaburan di China barat.

Bagi pelabur-pelabur asing, China barat membawa peluang perniagaan yang berpotensi besar: bahagian barat menguasai 72% tanah China dengan 380 juta penduduk. Selain daripada bandar-bandar besar seperti Chongqing dan Chengdu, kerjasama perniagaan antarabangsa yang komprehensif dan matang di sini masih belum dipupuk.

WCIFIT turut berperanan sebagai "Ekspo Dunia" kecil-kecilan. Di Pameran tersebut, negara-negara dan wilayah-wilayah mempamerkan produk mereka daripada budaya-budaya yang berbeza, sebagai usaha untuk menggalakkan pertukaran budaya. Jesús Seade, Duta Mexico ke Republik Rakyat China menghadiri upacara memotong reben bagi pavilion Mexico.

Pameran berkenaan telah diadakan di Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing, kawasan negara ketiga selepas Kawasan Baharu Pudong Shanghai dan Kawasan Baharu Binhai Tianjin. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Liangjiang telah memimpin Chongqing dan pedalaman China untuk meningkat ke arah tahap pembukaan yang lebih tinggi.

Pelabuhan rel-laut terbesar China, Pelabuhan Guoyuan berada di Liangjiang. Terletak di bahagian hulu Sungai Yangtze, Pelabuhan Guoyuan menghantar kapal pengangkut yang tiba di Shanghai dan memasuki Lautan Pasifik. Kereta api yang berlepas dari sini menuju ke arah timur dan tiba di negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Laos serta Myanmar dan menuju ke arah barat untuk melintasi Asia Tengah dan tiba di Duisburg, Jerman. Baru-baru ini, China-Europe Express melaporkan bahawa kereta api ke-10,000 telah berlepas dari Pelabuhan Guoyuan ke Eropah.

Kawasan Baharu Liangjiang ialah kawasan utama untuk menjalankan program kerjasama kerajaan China-Singapura. Program tersebut menyediakan rancangan baharu untuk meningkatkan pengangkutan, logistik dan kewangan antarabangsa antara China dan Asia Tenggara.

Selain daripada WCIFIT, Liangjiang mengadakan Ekspo China Pintar dan Sidang Kemuncak Kewangan China-Singapura. Untuk maklumat lanjut tentang WCIFIT, sila lihat Laporan Khas WCIFIT ke-4 iChongqing.

 

Source: iChongqing
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service