omniture

Lukisan Petani Dipamer Kongsikan Semangat Sukan Asia Hangzhou 2022

FM99.6
2022-07-29 16:16 124

QUZHOU, China, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou 2022 ke-19 untuk meningkatkan minat terhadap Sukan ini dan mewujudkan suasana yang mana orang ramai digalakkan untuk melibatkan diri dalam acara tersebut, pada September lalu, jabatan publisiti Daerah Kecheng, bersama-sama FM99.6, mengadakan Pertandingan Melukis Petani (Yu Dong) China, bertemakan Berkongsi Sukan Asia dan Melukis Masa Depan (Sharing the Asian Games and Painting the Future). Pertandingan berkenaan memberi peluang untuk petani-pelukis di seluruh China mencipta karya yang berkaitan dengan Sukan tersebut sebagai penghormatan kepada acara yang akan datang. Lebih daripada 100 penyertaan telah disenarai pendek, yang mana 19 daripada karya terbaik telahpun dipilih dan disumbangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou 2022 ke-19 pada sebelah pagi 26 Julai.


Pada majlis pemberian sumbangan, Fang Yuan, menerusi peranan beliau sebagai publisis kerajaan untuk Perbandaran Gouxi, Daerah Kecheng, menyerahkan 19 lukisan kepada pihak jawatankuasa. Lukisan dalam foto yang dipegang oleh beliau di acara tersebut, Cycling Marathon, menggambarkan suasana meriah penyertaan negara dalam acara sukan di tengah-tengah suasana Sukan berkenaan. Penunggang dalam lukisan yang memakai perisai emas berusaha untuk menang, memperlihatkan sifat tradisi kerohanian sukan yang kekal dan tidak putus-putus. Menampilkan rumput dan pokok hijau yang subur, karya tersebut menggunakan warna-warna kontras untuk menarik perhatian penonton.

Dari perspektif yang unik, petani-pelukis telah mengintegrasikan daya kreativiti artistik mereka ke dalam pengalaman hidup mereka sendiri. Dalam karya tersebut, petani menanggalkan topi mereka, mengetepikan sabit mereka, mengikat rambut dengan getah rambut mereka dan mengikat tali kasut mereka, menyampaikan kecintaan yang membara terhadap sukan yang terus hidup di kawasan pedalaman. Karya tersebut memberi gambaran yang jelas tentang landskap indah kampung-kampung baharu berserta aspirasi petani dan khabar gembira mereka untuk Sukan Asia Hangzhou 2022 dalam ungkapan cinta dan usaha mengejar gaya hidup yang lebih baik dan lebih sihat selaras dengan inisiatif penggiatan semula luar bandar negara.

Bermula dari 26 Julai, 19 lukisan tersebut akan dipamerkan di Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou 2022 ke-19 selama seminggu, kemudian berpindah ke ruang tetap selepas pameran tersebut untuk dijadikan sebagai kenangan indah Sukan Asia Hangzhou 2022.

Source: FM99.6
Keywords: Art Radio Sporting Events Sports