omniture

Dengan Prestasi Kereta Sport Berkuasa, GWM HAVAL H6 GT Mula Menuju Global

GWM
2022-08-01 08:15 111

BAODING, China, 1 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 16 Julai, GWM HAVAL H6 GT membuat penampilan sulungnya di Red Bull Quicksand, Afrika Selatan, lalu menarik perhatian yang luas.

Dengan Prestasi Kereta Sport Berkuasa, GWM HAVAL H6 GT Mula Menuju Global
Dengan Prestasi Kereta Sport Berkuasa, GWM HAVAL H6 GT Mula Menuju Global

Sebagai penaja automotif rasmi acara berkenaan, GMW mempersembahkan HAVAL H6 GT kepada khalayak. Red Bull Quicksand dikenali sebagai salah satu perlumbaan "1-batu" yang paling sukar di dunia, maka ia amat mencabar. Ciri-ciri acara tersebut benar-benar sesuai dengan prestasi kereta sport berkuasa HAVAL H6 GT.

Bagi membolehkan pelanggan tempatan mengetahui lebih lanjut tentang HAVAL H6 GT, GWM menubuhkan Kawasan Pengalaman VIP, menarik minat khalayak ramai untuk mengalami kereta tersebut. Di tapak acara, GWM turut menjalankan tinjauan soal selidik. Semasa berlangsungnya acara tersebut, ramai audiens menyatakan rasa suka dan harapan mereka untuk HAVAL H6 GT. Dalam masa yang sama, ramai juga khalayak bertanya tentang tarikh pelancaran model ini.

HAVAL H6 GT ialah SUV Coupe serba baharu yang berasaskan kepada platform GWM L.E.M.O.N. Prestasi kereta sport model ini terletak pada reka bentuk yang bergaya, sistem kuasa yang cemerlang, pengalaman memandu diperibadikan dan aspek-aspek lain.

Penampilan HAVAL H6 GT yang dipamerkan diinspirasikan oleh jerung, mewujudkan kepekaan seperti kereta sport yang kuat. Kenderaan ini mengguna pakai reka bentuk estetik bionik berasaskan jerung. Muka depannya direka bentuk dengan sirip pektoral jerung sebagai tema, dengan jeriji pengambilan udara berasaskan gigi jerung yang besar, lalu mewujudkan impak visual yang hebat seperti seekor jerung. Kereta ini juga mempunyai bumbung diperkemas dan badan gaya 'fastback' dengan garisan yang halus dan elegan, yang kelihatan sangat hebat, sama seperti postur ikan jerung yang kuat.

Reka bentuk dalaman HAVAL H6 GT menggabungkan prestasi seperti kereta sport dan peka teknologi. Kenderaan ini mengintegrasikan banyak butiran yang bergaya dan pintar seperti tombol anjakan, roda stereng berbilang fungsi dengan penukar padel dan skrin digital. Butiran yang tersendiri ini dapat memenuhi keinginan pengguna terhadap kereta pintar dan mewujudkan suasana dalaman yang dinamik buat mereka.

Sistem kuasa yang sangat baik dan keseronokan memandu juga merupakan ciri-ciri yang paling menarik perhatian HAVAL H6 GT. Bagi memenuhi keperluan pengguna di bawah keadaan memandu yang berbeza, ia dilengkapi dengan enjin 4N20 2.0T yang dinaik taraf. Tork maksimum enjin ini boleh mencecah 320N·m, lalu menyediakan kepada pengguna dengan prestasi pemecutan yang mantap. Berdasarkan kepada tabiat memandu pengguna yang berbeza, kereta ini turut menyediakan mod trek. Apabila mod tersebut diaktifkan, kenderaan ini bukan sahaja dapat menyediakan lebih kuasa kepada pemandu, tetapi turut mengeluarkan gelombang bunyi ekzos seperti kereta sport. Ciri seperti ini membolehkan mereka menikmati keseronokan, sama seperti memandu kereta lumba.

HAVAL H6 GT kini dilancarkan dalam pasaran Iraq dan Australia. GWM merancang untuk melancarkannya secara rasmi di Afrika Selatan, Arab Saudi, Chile dan pasaran-pasaran lain dalam bulan-bulan berikutnya untuk memberi pengalaman terpelbagai kepada lebih ramai pengguna.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Corporate Expansion