omniture

Warsaw, Pusat Keamanan Dunia

Lech Walesa Institute Foundation
2013-10-21 18:29 108

WARSAW, Poland, 21 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Pada 21-23 Oktober, Warsaw bakal menjadi pusat keamanan dunia. Para Penerima Hadiah Nobel untuk Keamanan telah tiba di Poland untuk menghabiskan masa tiga hari seterusnya berbincang tentang hak asasi manusia dan masalah global yang penting. Lebih enam ribu peserta dari Poland dan luar negara telah mendaftar untuk menghadiri acara itu.

Sidang Kemuncak Dunia Penerima Hadiah Nobel untuk Keamanan, diadakan di Eropah Tengah dan Eropah Timur buat kali pertama, diadakan berpandukan cogan kata "Berganding tangan dalam perpaduan demi keamanan - masa untuk bertindak". Piotr Gulczynski, Presiden Lembaga Eksekutif Institut Lech Walesa, menegaskan cogan kata tahun ini mendapat kepentingan yang istimewa: "Tiga puluh tahun lalu, Presiden Lech Walesa telah dianugerahkan Hadiah Nobel kerana komitmen beliau untuk penyelesaian aman bagi masalah yang dihadapi oleh Poland. Tindakan beliau merupakan ekspresi perpaduan unik yang ditampilkan oleh negara Poland dalam pergelutannya bagi mencapai kebebasan dan kemerdekaan. Hari ini, di tengah-tengah zaman kemelut yang mengganas, dunia sangat mendambakan perpaduan, seperti yang didambakan oleh Poland tiga dekad lalu."

Sewaktu Sidang Kemuncak itu, para peserta antarabangsa akan menyertai para Penerima Hadiah Nobel untuk Keamanan dalam debat tentang isu penting yang berkaitan dengan pengurangan ketaksamaan sosial global. Para Penerima Hadiah Nobel berikut bakal menyertai sesi debat ini: Yang Mulia Dalai Lama XIV, bekas Presiden Afrika Selatan Frederik Willem de Klerk, peguam Iran Shirin Ebadi, penggiat kebebasan Ireland Betty Williams dan Mairead Corrigan, serta Muhammad Yunus, pencetus asal konsep mikrokredit. Debat itu juga bakal dihadiri perwakilan daripada organisasi yang dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Keamanan: Biro Keamanan Antarabangsa Kekal, Amnesty International, American Friends for Service Committee, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian.

Maklumat lanjut:
Wojciech Chatys: wojciech.chatys@ilw.home.pl; +48-797-030-584.
http://www.nobelforpeace-summits.org, http://www.facebook.com/nobelforpeace

Sumber: Yayasan Institut Lech Walesa

Source: Lech Walesa Institute Foundation
Keywords: Publishing/Information Service Awards