omniture

Hisense Perkenal Produk Tersuai untuk FIFA World Cup 2022™, Tetapkan Standard Luar Biasa untuk Pengalaman Gaya Hidup Premium

Hisense
2022-08-19 02:17 62

QINGDAO, China, 19 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hisense, perusahaan teknologi global yang terkemuka, mengadakan strim langsung pertama Produk Tersuai Hisense untuk Pelancaran FIFA World Cup 2022™ dan memperkenalkan produk premium yang inovatif. Di Acara tersebut, Hisense mendedahkan produk terkininya, termasuk TV U7H Hisense, TV Laser L9H Hisense dan memaparkan produk-produk perkakas rumah. Pelancaran tersebut mempamerkan teknologi premium dan pencapaian inovatif Hisense, yang mendemonstrasikan sepenuhnya nilai-nilai dan komitmen perusahaan ini untuk menggunakan teknologi bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan lebih premium kepada pengguna global.

"Sepanjang 53 tahun yang lalu, Hisense berkembang menjadi sebuah perusahaan terkemuka teknologi antarabangsa." Semasa perasmian, Candy Pang, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Jenama Hisense Group, menyatakan: "Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022, kami amat berbesar hati melancarkan Produk Tersuai Hisense untuk FIFA World Cup bagi meraikan Detik-detik FIFA yang menakjubkan bersama dunia."

Teknologi Premium dan Hebat: Disesuaikan untuk Pengalaman Kehidupan Unggul  

U7H Hisense - Tingkatkan Pengalaman Perlawanan Sempurna

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna semakin beralih kepada yang terbaik daripada TV terbaik dan U7H Hisense menampilkan teknologi premium yang dapat memadankan permintaan pengguna dengan tepat. Melalui penjelasan yang terang, pelancaran tersebut memaparkan fungsi premium U7H Hisense, lalu membantu pengguna memahami dengan lebih baik faedah-faedah kesemua ciri pintar. Melaluinya, fungsi Mod Sukan merupakan fungsi peningkatan unggul, bilamana penonton menyaksikan adegan sukan, U7H Hisense akan mengaktifkan Mod Sukan secara automatik, meningkatkan perincian dan kelancaran, menyediakan kepada peminat sukan bola sepak dengan pengalaman menonton FIFA World Cup™ yang hebat.

TV Laser TriChroma L9H Hisense – Pengalaman TV Terbaik-dalam-Kelas

Dengan pembangunan selama bertahun-tahun, TV Laser Hisense telah dinobatkan "Raja Projektor Balingan Ultra Pendek", mendapat gelaran "Terbaik-dalam-Kelas", "Anugerah Pilihan Editor" dan L9H menyampaikan pengalaman hebat kepada pengguna yang mencari TV skrin besar premium dengan prestasi yang sempurna. Semasa acara tersebut, Hisense membawa khalayak dalam perjalanan penerokaan untuk memvisualisasikan sepenuhnya teknologi L9H. L9H ialah TV Laser Skrin Ultra-Besar, Berkualiti Imej Sempurna dan Lebih Mesra Alam, kesemua teknologi yang dilengkapkan dalam L9H dapat memberi kecerahan, kontras, warna dan perincian yang cemerlang untuk kualiti gambar ultra-jelas, lalu memberikan pengalaman tontonan yang mempesonakan kepada pengguna global.

Siri Perkakas Rumah, Produk Kategori Lengkap

Selain daripada siri TVnya, Hisense turut memaparkan perkakas rumahnya untuk meningkatkan pengalaman kehidupan pengguna. Bermula daripada ketuhar kepada pembasuh pinggan mangkuk, daripada penyaman udara pintar hinggalah mesin basuh, menghimpunkan kesemua produk terkini Hisense di dalam 'Hisense House' bagi menyampaikan suasana gaya hidup yang sempurna kepada pengguna dengan memanfaatkan konsep kehidupan pintar.

Melalui Produk Tersuai Hisense bagi Pelancaran FIFA World Cup 2022™, Hisense menakrifkan semula teknologi premium dengan inovasi termaju, sekali lagi membawa pengalaman kehidupan pengguna ke tahap seterusnya. Pada penghujung tahun ini, sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™, Hisense akan menyatakan komitmen sepenuhnya dan membawakan pengalaman Perlawanan Sempurna (Perfect Match) kepada pengguna global melalui teknologi Hisense.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Retail Sports New products/services