omniture

CGTN: China tekankan penggiatan semula timur laut dalam usaha mencapai kemakmuran bersama

CGTN
2022-08-22 07:20 145

BEIJING, 22 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Selepas berjaya dalam perjuangan memerangi kemiskinan mutlak dan menyempurnakan matlamat seratus tahun pertama untuk membina sebuah masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek, frasa "kemakmuran bersama" telah mendapat perhatian memandangkan China bertekad untuk memperbaiki kehidupan lebih ramai rakyat.

"Pemodenan gaya Cina ialah pemodenan yang membawakan kemakmuran bersama dan kebahagiaan buat semua, bukan untuk segelintir sahaja," kata Presiden Xi Jinping menerusi tinjauan beliau baru-baru ini di Wilayah Liaoning, timur laut China.

Semasa lawatan selama dua hari beliau yang bermula pada hari Selasa, Presiden Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), menyeru untuk menyelaraskan tindak balas COVID-19 dengan pembangunan ekonomi dan sosial, mengimbangi kemestian pembangunan dan keselamatan, melaksanakan falsafah pembangunan baharu secara sepenuhnya dan betul serta menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dengan tegas.

Timur laut China – merangkumi tiga wilayah iaitu Heilongjiang, Jilin dan Liaoning – dahulunya merupakan penjana yang berkembang maju di belakang industri-industri tradisional termasuk pembuatan keluli, automobil dan pesawat, pembinaan kapal serta penapisan petroleum. Walau bagaimanapun, setelah ditimpa masalah yang berakar umbi termasuk penduduk yang semakin meningkat usia, pelaburan yang semakin berkurangan dan aliran keluar bakat, wilayah tersebut menunjukkan penurunan mendadak secara beransur-ansur dalam penunjuk prestasi ekonominya.

Pada tahun 2003, Jawatankuasa Pusat CPC melancarkan strategi penggiatan semula untuk wilayah berkenaan dan pada tahun 2016, memperbaharui pelan tindakan melibatkan langkah-langkah sokongan bertumpu.

Usaha harus dilakukan untuk menggalakkan kemakmuran bersama buat semua, memajukan pemodenan sistem dan kapasiti China untuk tadbir urus serta memperkukuh tadbir urus kendiri Parti secara sepenuhnya dan dengan ketat bagi mewujudkan suasana untuk Kongres Kebangsaan CPC ke-20, Xi memberitahu pegawai-pegawai Liaoning semasa lawatan tersebut.

Pembangunan berpandukan-inovasi

Semasa melawat sebuah syarikat robotik pada hari Rabu di Shenyang, ibu kota wilayah Liaoning, Presiden Xi meletakkan kepentingan tambahan ke atas inovasi bebas yang akan memudahkan perubahan China daripada ekonomi kuantiti menjadi ekonomi dan pengeluar kualiti.

Xi menyeru usaha serta-merta untuk menggalakkan sikap berdikari dalam bidang sains dan teknologi serta rangsangan yang lebih besar untuk menjamin genggaman negara ini terhadap teknologi teras dalam bidang-bidang penting dan pembuatan peralatan sekali gus mengesahkan kemajuan yang dilakar oleh syarikat ini dalam inovasi bebas serta pembangunan perindustrian.

Beliau menegaskan usaha untuk mencipta corak pembangunan baharu yang memberi tumpuan kepada ekonomi domestik namun menunjukkan saling tindakan yang positif antara aliran ekonomi domestik dan antarabangsa, seterusnya menegaskan bahawa China akan terus membuka pintu kepada dunia.

"Kami benar-benar yakin dengan penggiatan semula wilayah timur laut," kata beliau pada hari Selasa di Bandar Jinzhou, menyeru untuk mempercepatkan penstrukturan semula industri dan memenuhi keperluan reformasi dan pembangunan dalam era baharu.

Pada tahun 2020, Wilayah Liaoning, berserta dua wilayah timur laut yang lain, mencapai pertumbuhan ekonomi yang positif, petanda kebingkasan ekonomi negara ini berlatarbelakangkan pandemik yang paling buruk di dunia dalam beberapa dekad.

Persekitaran perniagaan yang baik juga telah terbentuk. Data rasmi di Liaoning menunjukkan bahawa bilangan entiti pasaran di wilayah tersebut mencecah 4.58 juta, meningkat 9.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jumlah perusahaan bersaiz kecil dan sederhana saintifik dan teknologi mencecah 18,158, meningkat 34.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Xi: CPC sentiasa bersama rakyat

Presiden Xi turut melawat komuniti tempatan di Daerah Huanggu, Bandar Shenyang, yang mana beliau menyeru pengubahsuaian komuniti kediaman lama sebagai satu tugas penting untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk, bukan sahaja persekitaran tempat tinggal dan kemudahan, tetapi juga perkhidmatan komuniti.

Lebih banyak usaha harus dilakukan agar rakyat merasakan bahawa CPC berkhidmat kepada rakyat secara sepenuh hati dan sentiasa bersama rakyat, kata Xi pada hari Rabu lalu.

Dengan mengambil kira penduduk China yang semakin berusia dan jangka hayat warga emas yang semakin meningkat, perkhidmatan penjagaan orang tua harus terus berkembang, kata Xi.

Xi turut menggesa penjagaan kanak-kanak dan pembangunan yang dipertingkatkan.

https://news.cgtn.com/news/2022-08-18/Xi-Jinping-inspects-NE-Chinese-city-of-Shenyang-1cAFM6snuEg/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion