omniture

Filipina mulakan Bulan Teknologi Kewangan ASEAN

Philippine FinTech Festival
2022-08-29 10:45 178

DTI, DICT, Digital Pilipinas memimpin pelancaran Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Filipina, Program SFE MAS

MANILA, Filipina, 29 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Alfredo Pascual memimpin pelancaran perkongsian secara berturut-turut Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Filipina dan Program Pemerkasaan PKS-Kewangan (SFE) Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan di tengah-tengah pembangunan pesat industri FinTech Filipina, yang menarik pelaburan sebanyak $342 juta yang mencatat rekod tinggi dalam separuh pertama tahun 2021 sahaja.

Memimpin pelancaran PFF dan Program PKS (dari atas, kemudian mengikut arah jam dari kiri ke kanan): Setiausaha DTI Alfredo Pascual; Setiausaha Rendah DICT David L. Almirol Jr.; Ketua Pegawai Teknologi Kewangan (Fintech) MAS Sopnendu Mohanty; Pengurus Negara Filipina IFC Jean-Marc Arbogast; Pengerusi Digital Pilipinas Amor Maclang; dan Wakil Residen UNDP Selva Ramachandran.
Memimpin pelancaran PFF dan Program PKS (dari atas, kemudian mengikut arah jam dari kiri ke kanan): Setiausaha DTI Alfredo Pascual; Setiausaha Rendah DICT David L. Almirol Jr.; Ketua Pegawai Teknologi Kewangan (Fintech) MAS Sopnendu Mohanty; Pengurus Negara Filipina IFC Jean-Marc Arbogast; Pengerusi Digital Pilipinas Amor Maclang; dan Wakil Residen UNDP Selva Ramachandran.

PFF akan memulakan Bulan FinTech ASEAN pada 17 Oktober, diikuti oleh Kemboja pada 24 Oktober dan Thailand pada 27 Oktober, membawa kepada Festival FinTech Singapura (SFF) tahunan pada bulan November. PFF ialah rakan kongsi Festival FinTech Dunia, yang merupakan siri pameran pasaran tempatan, penerokaan mendalam sektor dan peluang perangkaian yang dianjurkan dengan kerjasama rangkaian global rakan kongsi dipercayai yang membina hingga SFF.

"Teknologi mentakrifkan semula industri-industri serta PKS yang memerlukan bantuan komuniti FinTech untuk meluaskan skop mereka," kata Setiausaha Pascual.

Pendigitalan ASEAN
Program SFE mengetengahkan manfaat-manfaat memperkasa PKS dari sudut kewangan yang menurut Setiausaha Pascual harus dianggap sebagai "perusahaan berpandukan digital". Ia menggaji 63% tenaga kerja dan menyumbang 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Namun demikian, ia kekurangan pembiayaan dan memerlukan teknologi serta produk dan perkhidmatannya untuk dilihat dan dijual."

Setiausaha Rendah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DICT) David L. Almirol Jr. menambah bahawa penerimaan teknologi oleh kerajaan dapat membantu PKS berkembang. Beliau menyebut cabaran, "Terdapat terlalu banyak sistem manual dalam kerajaan yang telah ketinggalan zaman dengan pengambilan kakitangan yang tidak mencukupi." Beliau menambah bahawa kolaborasi dengan sektor swasta dapat membawa kepada kebebasan untuk berinovasi.

Ketua Pegawai FinTech MAS Sopnendu Mohanty berkata, "Teknologi dapat memacu idea untuk membantu PKS berkembang. Pemerkasaan kewangan, melalui program SFE merupakan langkah pertama untuk membantu PKS memahami dengan lebih baik dan memanfaatkan alatan kewangan dan digital untuk berkembang. Ekosistem Singapura berasa sukacita dapat berkolaborasi dengan Filipina untuk menyokong pergerakan FinTech ASEAN yang akan menghubungkan komuniti FinTech dan perkhidmatan kewangan di rantau ini."

Pelancaran PFF
Kolaborasi teknologi sebagaimana penting untuk pertumbuhan ASEAN akan menjadi lebih ketara dalam PFF yang akan menghimpunkan lebih daripada 200 pihak berkepentingan utama, pemimpin pemikiran, penggubal dasar dan beberapa syarikat teknologi yang terbesar di negara ini.

"PFF akan membuat penerokaan yang mendalam, membina terhadap isu-isu berkisarkan kerjasamaa perusahaan di peringkat negara dan serantau," kata Amor Maclang, Pengerusi PFF, Festival FinTech Dunia – Filipina dan Digital Pilipinas, pergerakan sektor-swasta terbesar Filipina yang memperjuangkan dengan aktif penerimaan teknologi dalam industri-industri. "Menjalin kerjasama dengan sektor awam untuk meningkatkan darjah digital negara ini sentiasa menjadi sebahagian daripada advokasi Digital Pilipinas."

Pelancaran secara berturut-turut itu dihadiri oleh pemimpin kerajaan, perniagaan dan teknologi: Jean-Marc Arbogast, Pengurus Negara, International Finance Corporation; Selva Ramachandra, Wakil Residen, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Nelly Dillera, Pengarah Eksekutif, DTTI - Philippine Trade Training Center; Yoly Crisanto, Ketua Pegawai Kelestarian dan Komunikasi Korporat Glob; Rico Bautista, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa; Ramesh Nagarajan, Ketua, Keselamatan Pembayaran, APJ, Outseer;  Francis Plaza, Ketua Pegawai Eksekutif Paymongo; Angeline Tham, Pengasas Angkas; Arlene Martinez, Presiden Pengasas, Asian Council for Small Business; Tan Chong Hui, Ketua Program Kewangan, Singapore University of Social Sciences; dan Rajan Uttamchandani, Pengerusi dan Pengasas, Esquire.

Untuk mendaftar PFF, klik https://philippinefintechfestival.ph/registration/

Source: Philippine FinTech Festival
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology