omniture

Ingenico dan GHL meterai perjanjian meluaskan pangkalan pelanggan GHL dengan perkongsian jangka panjang untuk meningkatkan pengalaman pembayaran di Malaysia

Ingenico, a Worldline brand
2022-09-08 10:09 84

PARIS dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 September 2022 /PRNewswire/ -- Ingenico, Jenama Worldline dan Paysys(M) Sdn Bhd, subsidiari milik penuh GHL Systems Bhd. menggabungkan kekuatan perniagaan mereka bagi memenuhi keperluan pasaran pembayaran di Malaysia. Dalam perjanjian kerjasama saling untung ini, Ingenico akan menjual sebahagian aset perniagaan dan pelanggannya di Malaysia kepada GHL. Menerusi model operasi yang baharu ini, Ingenico akan mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia dengan memanfaatkan pengetahuan pasaran Paysys yang luas dan membawakan pelbagai jenis penyelesaian pembayaran Ingenico untuk membuka peluang baharu bersama lebih ramai pelanggan dan menyerlahkan pengalaman pembayaran yang baharu.

Paysys akan memberi komitmen untuk menyediakan kepada pelanggan di Malaysia dengan penyelesaian pembayaran Ingenico, serta membekalkan perkhidmatan perkakasan dan juga perisian. Ingenico akan turut menyediakan kepada Paysys dengan akses kepada pengurusan terminal serta perkhidmatan profesional dan pelaksanaan terminal POS pintar terkininya iaitu AXIUM DX8000. Terminal berasaskan Android menawarkan pengalaman digital yang terbaik di samping mengoptimumkan prestasi, produktiviti dan sekuriti, bagi memenuhi kehendak pengguna Malaysia terhadap pembayaran digital termaju. Paysys akan berpeluang untuk menyertai program PartnerIN Ingenico yang akan memberikan akses kepada sumber teknikal, perniagaan dan pasaran bersasar Ingenico.

Frank Leong, Ketua Pegawai Operasi Paysys berkata, "Kami percaya perjanjian ini menandakan satu lagi langkah ke arah menawarkan penyelesaian dan pilihan bayaran yang inovatif untuk sektor pembayaran, yang membawakan manfaat kepada peniaga mahupun pengguna. Sepanjang dua tahun yang lalu, landskap pembayaran telah berubah dengan ketara dan perkongsian ini membolehkan perniagaan mengekalkan kelebihan kompetitif mereka di samping memastikan keperluan pengguna terhadap kaedah-kaedah bayaran yang fleksibel dan terjamin dipenuhi."

Nigel Lee, Naib Presiden Kanan Ingenico untuk Asia Pasifik berkata, "Berdasarkan enam tahun kami di Malaysia, perjanjian ini memperlihatkan hubungan yang diperluas antara Ingenico dan Paysys bagi memberi nilai dan memenuhi keperluan pelanggan tatkala penduduk mesra teknologi yang muda dan semakin bertambah di seluruh ASEAN menerima pakai kaedah bayaran digital dan alternatif. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dan berkembang dengan Paysys yang membolehkan mereka menyampaikan penyelesaian pembayaran yang lengkap, bersepadu dan termaju kepada pelanggan rantau ini dan berbangga untuk menyokong mereka dalam perjalanan pertumbuhan mereka."

Menerusi perkongsian ini, Paysys berkedudukan baik untuk memainkan peranan penting bagi mengembangkan dan membangunkan sektor ini di Malaysia dan mengambil manfaat daripada sektor pembayaran yang berubah-ubah. Ini selari dengan cita-cita Ingenico untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendaya ekosistem yang memperkasa perdagangan dalam pelbagai saluran, mempermudah pembayaran dan menyampaikan perjalanan pelanggan yang inovatif.

LATAR BELAKANG WORLDLINE

Worldline [Euronext: WLN] ialah peneraju bertaraf global dalam industri pembayaran dan rakan kongsi teknologi pilihan peniaga, bank dan pemeroleh. Dikuasakan oleh 20,000 pekerja di lebih daripada 50 negara, Worldline menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang mampan, dipercayai dan inovatif yang memupuk pertumbuhan mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Worldline termasuk pemerolehan komersial di kedai dan dalam talian, pemprosesan transaksi bayaran yang amat selamat dan pelbagai perkhidmatan digital. Pada tahun 2021, Worldline menjana hasil proforma mencecah hampir 4 bilion euro.

LATAR BELAKANG GHL SYSTEMS BERHAD

Sebagai penyedia penyelesaian pembayaran terkemuka ASEAN, jangkauan GHL mencakupi 6 negara: Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia – menjangkaui jejak yang luas melebihi 398,000 titik sentuh pembayaran merentas wilayah ini. Di barisan hadapan teknologi kewangan (fintech) termaju wilayah ini, GHL memperkasa revolusi pembayaran yang membentuk trend perbelanjaan hari ini, menawarkan pilihan pembayaran yang luas, baik secara luar talian mahupun dalam talian bagi memenuhi keperluan peniaga dan pengguna.

GHL ialah pemeroleh pembayaran terkemuka di ASEAN untuk lebih 100 skim dan saluran pembayaran global dan serantau, memproses lebih RM1.5 bilion transaksi bayaran sebulan. Selain daripada menjadi rangkaian tambah nilai kredit prabayar dan kutipan bil yang terbesar di Malaysia, GHL beraspirasi untuk memangkinkan sara hidup berterusan para Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui perkhidmatan bernilai tambah kewangan dan bukan kewangan.

GHL ialah sebuah syarikat tersenarai dengan permodalan pasaran mencecah lebih RM1.16 Bilion pada 5 September 2022. GHL disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 2003. (www.ghl.com)

LATAR BELAKANG PAYSYS (M) SDN BHD

Ditubuhkan pada tahun 1999, Paysys ialah pakar teknologi komunikasi maklumat buatan sendiri di Malaysia dan subsidiari milik penuh GHL Systems Berhad. Paysys menawarkan pelbagai jenis penyelesaian pembayaran, mengkhusus dalam terminal Penangkapan Data Elektronik (EDC) untuk institusi-institusi kewangan. Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam industri pembayaran, Paysys terdorong ke arah menyediakan penyelesaian pembayaran demi pengalaman pembayaran yang lancar.

PR

Source: Ingenico, a Worldline brand
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology