omniture

CGTN: Mengapa China percepatkan kajian ke atas teknologi teras

CGTN
2022-09-08 14:39 71

BEIJING, 8 September 2022 /PRNewswire/ -- "Hai, semua. Saya telah keluar dari modul. Saya baik-baik sahaja," kata Taikonaut Cina, Chen Dong apabila beliau memulakan perjalanan di angkasa lepas minggu lalu.

Chen dan rakan anak kapal Shenzhou-14, Liu Yang telah menyelesaikan semua tugas luar kenderaan (extravehicular) selama enam jam pada hari Jumaat (2 September), menandakan perjalanan di angkasa lepas kelima di luar stesen angkasa China dan yang pertama keluar dari modul makmal Wentian yang baru dilancarkan.

Sejak tahun 2020, China berjaya melaksanakan beberapa misi penerbangan, termasuk modul teras stesen angkasa lepas Tianhe, kapal angkasa berawak Shenzhou-12 dan Shenzhou-13 serta kapal angkasa kargo Tianzhou-2 dan Tianzhou-3, seterusnya mencapai kemajuan yang luar biasa dalam program angkasa lepas China.

Bukan sahaja dalam aeroangkasa, sepanjang dekad yang lalu, para saintis Cina berusaha membuat penemuan dalam teknologi teras yang menyahut seruan oleh Presiden Xi Jinping terhadap usaha penuh azam untuk membuat penemuan terhadap teknologi teras dalam bidang-bidang penting.

Pada hari Selasa, Xi menegaskan penambahbaikan sistem yang baharu bagi menggerakkan sumber di seluruh negara untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi teras semasa mempengerusikan mesyuarat ke-27 Suruhanjaya Pusat Pembaharuan Memperdalam Komprehensif.

China hendaklah mengoptimumkan peruntukan sumber inovasi berdasarkan kepada keperluan strategik negara, mengukuhkan kekuatan saintifik dan teknologi strategik negara, meningkatkan dengan ketara keupayaan sistematik untuk menangani masalah saintifik dan teknologi utama serta mendorong kelebihan kompetitif dan merebut inisiatif strategik dalam beberapa bidang penting, ujar Xi.

Menguasai teknologi teras 

"Teknologi teras tidak boleh dibeli atau diperoleh dengan meminta bantuan daripada pihak-pihak lain, mahupun dengan merayu," kata Xi dalam satu lawatan pemeriksaan di Xi'an Institute of Optics and Precision Mechanics pada tahun 2015.

Sejak tahun 2012, presiden Cina itu mengetengahkan kepentingan inovasi saintifik dan penguasaan teknologi teras. Diinspirasikan oleh Xi, sejumlah besar teknologi teras telah membuat penemuan, melakar kemajuan yang besar ke arah mencapai matlamat penting China untuk menjadi kuasa global yang terkemuka dalam bidang sains dan teknologi.

R&D dalam teknologi teras memenuhi keperluan utama negara. Penyelesaian canggih menyokong pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang utama seperti Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau dan Landasan Kereta Api Sichuan-Tibet. Penggunaan sumber minyak dan gas dasar laut serta arang batu yang bersih dan cekap, berserta pembangunan teknologi nuklear generasi baharu, penting bagi menjamin sekuriti tenaga negara.

Semasa wabak COVID-19, China telah melakukan beberapa penemuan dalam vaksin, ubat-ubatan dan reagen ujian. Bilangan ubat Kelas-I baharu yang diluluskan di China meningkat daripada lima sebelum tahun 2012 kepada 79 ketika ini.

Terdapat juga beberapa kejayaan dengan pengaruh global. Sebagai contoh, China telah membuat pemerhatian pertama di dunia terhadap kesan Hall kuantum tiga dimensi dan lipatan terkawal grafena dengan kejituan tahap atom serta membangunkan cip pengkomputeran seakan-akan otak gabungan heterogen yang pertama di dunia, "Tianji."

Membuka lebih luas kepada dunia 

Tahun lalu, China mengumumkan untuk membuka Teleskop Radio Sfera Apertur Lima-ratus-meter (Five-hundred-meter Aperture Spherical Radio Telescope, FAST), teleskop radio apertur terisi terbesar dan paling peka di dunia, kepada semua saintis. Hingga bulan Jun, FAST menyediakan perkhidmatan pemerhatian untuk 27 projek saintifik di 14 negara di serata dunia.

Pembukaan FAST merupakan salah satu contoh yang menunjukkan bahawa China serius untuk meluaskan lingkungan rakan dalam bidang sains dan teknologi.

Semasa berucap di mesyuarat yang menggabungkan perhimpunan agung ahli-ahli Chinese Academy of Sciences dan Chinese Academy of Engineering (CAE) serta kongres kebangsaan China Association for Science and Technology (CAST) tahun lalu, Xi telah menggesa pekerja-pekerja sains teknologi Cina untuk menggalakkan keterbukaan, kepercayaan dan kerjasama bersama komuniti sains teknologi antarabangsa, mengambil bahagian dengan aktif dalam menangani cabaran utama yang dihadapi oleh umat manusia dan berusaha untuk mempromosikan pencapaian dalam inovasi sains dan teknologi demi memberi manfaat kepada lebih banyak negara dan rakyat.

Menurut Kementerian Sains dan Teknologi Cina, China telah membina hubungan kerjasama dalam bidang sains teknologi bersama 161 negara dan wilayah, menandatangani 115 perjanjian antara kerajaan dan menyertai lebih daripada 200 organisasi antarabangsa dan mekanisme pelbagai hala.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-07/Why-China-is-speeding-up-research-on-core-technologies-1d8h2b5F89a/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)