omniture

CGTN: China tawar penyelesaian untuk perbetulkan defisit dalam keselamatan, pembangunan global

CGTN
2022-09-19 07:35 57

BEIJING, 19 September, 2022 /PRNewswire/ -- Pembangunan dan keselamatan merupakan kebimbangan yang sama antara semua negara, usaha yang terhalang oleh perubahan global sekali dalam satu abad yang saling berkait rapat dengan pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Di bandar Samarkand, Uzbek, pemimpin-pemimpin daripada negara-negara anggota Shanghai Cooperation Organization (SCO) berserta pelbagai negara pemerhati dan rakan kongsi dialog bertemu secara bersemuka dari 15 hingga 16 September, bagi menjadi contoh dari segi bagaimana negara-negara dapat bekerjasama dengan lebih baik antara satu sama lain dalam menghadapi cabaran global.

Komited untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama, Presiden Cina Xi Jinping mencadangkan beberapa inisiatif untuk pembangunan dan keselamatan global, seterusnya menyumbang kebijaksanaan Cina untuk menyelesaikan masalah yang mendesak yang dihadapi oleh umat manusia ketika ini. Cadangan beliau disambut dengan pujian daripada komuniti antarabangsa, tidak terkecuali negara-negara SCO.

Keselamatan bersama, pembangunan buat semua

Di Boao Forum for Asia pada bulan April, Presiden Xi mencadangkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), satu idea yang menjadikan aspek keselamatan sebagai prinsip panduan, saling hormat-menghormati sebagai keperluan asas, keselamatan yang tidak boleh dibahagikan sebagai prinsip penting dan pembinaan sebuah komuniti keselamatan sebagai matlamat jangka panjang, demi memupuk jenis keselamatan baharu yang menggantikan konfrontasi, pakatan dan pendekatan campur tolak dengan dialog, perkongsian dan hasil yang saling menguntungkan.

Semasa mesyuarat dua hala beliau dengan pemimpin-pemimpin dunia di Samarkand, presiden Cina mengulangi bahawa negara-negara harus saling menyokong antara satu sama lain dalam isu-isu berhubung kedaulatan, kemerdekaan, integriti wilayah dan kepentingan teras yang lain, selari dengan GSI.

Xi turut menggesa usaha untuk melindungi kepentingan keselamatan wilayah tersebut serta kepentingan bersama negara-negara sedang membangun dan pasaran-pasaran baru muncul semasa perbincangan beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengatakan bahawa China dan Rusia perlu meningkatkan penyelarasan di bawah rangka kerja pelbagai hala termasuk SCO, Persidangan Interaksi dan Langkah-langkah Membina Keyakinan di Asia dan BRICS bagi menggalakkan solidariti dan kepercayaan bersama antara pelbagai pihak.

"Dalam menghadapi perubahan dunia, zaman dan sejarah kita, China akan bekerjasama dengan Rusia untuk memenuhi tanggungjawab mereka sebagai negara-negara utama dan memainkan peranan utama dalam menyuntik kestabilan ke dalam dunia yang mengalami perubahan dan gangguan," kata Xi kepada Putin.

Di Perbahasan Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2021, Xi mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang menegaskan keterbukaan, penyelarasan dan perkongsian.

Xi, semasa mesyuarat dua hala beliau di Samarkand, berulang kali menyuarakan kesediaan China untuk meluaskan kerjasama dengan negara-negara lain dan membina sinergi yang lebih kukuh antara strategi pembangunan masing-masing agar dapat membantu mencapai pembangunan dan kemakmuran bersama.

Pemimpin-pemimpin menyokong GSI dan GDI semasa perbincangan mereka bersama Xi. Pada hari Khamis, Presiden Kyrgyz Sadyr Zhaparov berkata beliau melihat kedua-duanya sebagai inisiatif yang penting untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia, manakala Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov berkata inisiatif tersebut bersifat kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menyambut masa depan yang lebih baik

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara China dan Kazakhstan serta antara China dan Uzbekistan. Pada hari Rabu dan Khamis, Presiden Xi mengadakan lawatan negara ke kedua-dua negara, seterusnya membawa hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Baik Uzbekistan mahupun Kazakhstan menjadi sebahagian daripada Jalan Sutera purba yang menghubungkan Asia dan Eropah. Kini, Inisiatif Jalur dan Jalan yang dicadangkan oleh Xi meneruskan semangat berkenaan ke seluruh benua Eurasia, lalu menjadikan ahli-ahli SCO malah lebih rapat.

Import dan eksport barangan antara China dan Kazakhstan berjumlah $25.25 bilion pada tahun 2021, meningkat 17.6 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala jumlah perdagangan antara China dan Uzbekistan berjumlah $8.05 bilion dalam tahun 2021, meningkat 21.6 peratus berbanding tahun 2020, lalu menunjukkan kerjasama dua hala telah dapat bertahan daripada ujian pandemik dan menunjukkan kebingkasan yang teguh.

Persahabatan yang tidak boleh diputuskan antara China dan Kazakhstan akan menyumbang kepada pertumbuhan kuasa yang positif dan progresif di dunia dan untuk pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, kata Xi kepada Presiden Kazakh Kassym-Jomart Tokayev pada hari Rabu.

Tokayev memuji lawatan Xi sebagai satu pencapaian baharu dalam sejarah hubungan Kazakhstan-China, menambah bahawa BRI telah menjadi enjin yang penting untuk memacu pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Pada hari Khamis, Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev menggelar lawatan negara oleh presiden Cina sebagai "bersejarah", mengatakan bahawa ia dapat membantu mengukuhkan persahabatan tradisional antara kedua-dua negara, merangka perjalanan untuk kerjasama masa depan dan meningkatkan perkongsian dua hala ke tahap baharu yang menampilkan kevitalan dan prospek yang baharu. 

Xi menyatakan selanjutnya bahawa China dan negara-negara Asia Tengah mempunyai masa depan yang dikongsi bersama dan kepentingan mendalam dari segi keselamatan dan kestabilan satu sama lain dan menyeru usaha untuk membina sistem tadbir urus antarabangsa yang lebih adil dan saksama semasa mengadakan perbincangan bersama pemimpin-pemimpin yang lain.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-16/China-offers-solutions-to-fix-deficit-in-global-security-development--1dmIiiQWTeg/index.html 


 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Homeland Security Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service