omniture

ONGO LANTIK AYE MYAT KHINE KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ONGO MYANMAR

ONGO
2022-09-20 11:44 45

SINGAPURA, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- ONGO, salah satu platform pembayaran digital B2B yang terbesar di Myanmar, hari ini mengumumkan pelantikan Aye Myat Khine (Amy) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ONGO. Amy ialah seorang pemimpin perniagaan antarabangsa yang berpengalaman dan akan menggantikan Allen Gilstrap yang telah beralih kepada jawatan Penasihat Kanan dengan ONGO ketika perniagaan ini membangunkan pengembangan serantaunya.

Pelantikan tersebut adalah susulan ONGO menjadi platform pembayaran digital yang terbesar untuk perniagaan termasuk FMCG, Mikrokewangan, NGO dan Bank memproses serta mengedarkan dana di seluruh Myanmar. ONGO menyediakan perkhidmatan yang penting kepada lebih seratus perniagaan dengan platform pembayarannya melalui jaringan lebih puluhan ribu ejen.

Paling terkini, Amy merupakan Ketua Pegawai Operasi & Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ONGO selama lebih dua tahun. Sebelum ONGO, beliau berkhidmat dengan Oxfam International sebagai Pengarah Negara Myanmar Bersekutu dan sebelum ini merupakan Pengarah Kewangan Rantau Asia untuk Aramex International.

"Kami berbesar hati kerana Amy menerima kenaikan pangkat yang sememangnya layak ini. Melihatkan pengalaman dan ilmu beliau mengendalikan perniagaan perkhidmatan kewangan di Myanmar, beliau merupakan individu yang tepat untuk memimpin perniagaan kami ketika kami berkembang dan mempelbagaikan perkhidmatan kami," kata Michael Madden, Pengerusi, ONGO.

"Saya teruja untuk menyandang jawatan yang baharu ini dan untuk bekerjasama dengan pasukan kepimpinan yang hebat," kata Aye Myat Khine (Amy). "Terdapat peluang yang besar untuk apa yang boleh kami capai buat pelanggan dan pekerja kami ketika kami mengembangkan perniagaan kami dan menjadi bahagian yang penting dalam transformasi kewangan digital di Myanmar. Ketika industri ini berkembang, saya percaya ONGO akan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan sehenti bagi membantu pelanggan kami mengurus ekosistem kewangan mereka dengan cekap. Saya tidak sabar untuk perniagaan kami terus membantu organisasi-organisasi berhubung dengan sistem kewangan dan menggerakkan kuasa data kewangan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan dalam masa yang sama mentransformasikan cara pelanggan kami terlibat dengan kewangan mereka di Myanmar."

ONGO (Ronoc Myanmar) ialah pemegang saham Ronoc www.ronoc.ie sebuah firma penasihat dan pelaburan, mengkhusus dalam Pasaran Baru Muncul, memfokuskan kepada Perkhidmatan Kewangan Runcit dan Teknologi Kewangan serta National Bank of Canada https://www.nbc.ca

Aye Myat Khine (Amy)

ONGO LANTIK AYE MYAT KHINE KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ONGO MYANMAR
ONGO LANTIK AYE MYAT KHINE KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ONGO MYANMAR

Amy ialah seorang pemimpin strategik berkemahiran tinggi yang mempunyai pengalaman peringkat antarabangsa selama lebih 15 tahun dalam jawatan pengurusan kanan dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, perubahan strategik dan pengurusan operasi. Amy mempunyai kemahiran advokasi yang mantap dengan pengalaman berhubung dengan kerajaan, pertubuhan berasaskan PBB, EU dan Bank Dunia. Sebelum ini, beliau berkhidmat dalam jawatan pengurusan kanan bersama organisasi-organisasi multinasional baik dalam pasaran antarabangsa mahupun domestik. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains daripada Oxford Brookes University, Ijazah Sarjana kelas pertama daripada University of Dublin serta CIMA & ACCA, kelayakan akauntan pengurusan berkanun profesional beliau yang dianugerahkan di UK.

 

 

Source: ONGO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology