omniture

Numen Cyber Technology & HUAWEI CLOUD umum MoU galakkan secara bersama pembangunan Web3 di Asia Pasifik

Numen Cyber Technology
2022-09-22 19:51 55

SINGAPURA, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 20 September 2022, HUAWEI CLOUD, jenama perkhidmatan awan Huawei yang terkemuka, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Numen Cyber Technology, sebuah syarikat Sekuriti Web3 berpangkalan di Singapura, di acara HUAWEI CONNECT 2022 di Bangkok, Thailand.

Kedua-dua pihak telah melancarkan satu kerjasama strategik yang komprehensif untuk menggalakkan pembangunan Web3 yang rancak di rantau Asia Pasifik secara bersama yang berpusat di Singapura dan membina ekosistem Web3 yang selamat secara bersama.

Latar Belakang HUAWEI CLOUD

HUAWEI CLOUD ialah penyedia perkhidmatan awan terkemuka yang membawakan kepakaran Huawei selama lebih 30 tahun bersama-sama dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang andal, selamat dan berkesan kos untuk memperkasa aplikasi, memanfaatkan kuasa data dan membantu organisasi daripada semua saiz berkembang dalam dunia pintar pada hari ini. HUAWEI CLOUD juga komited untuk membawakan perkhidmatan awan dan AI yang berpatutan, berkesan dan andal melalui inovasi berteknologi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.huaweicloud.com/

Latar Belakang Numen Cyber Technology

Numen Cyber Technology ialah vendor Keselamatan Siber dan penyedia penyelesaian yang berpangkalan di Singapura. Kami mendedikasikan diri kami terhadap Sekuriti Web3 serta Pengesanan & Respons Ancaman. Kami menyediakan Penyelesaian Sekuriti Web3 yang utama dalam industri yang dapat meliputi sepenuhnya semua keperluan keselamatan siber bagi semua jenis senario aplikasi Web3.

Pasukan penyelidikan sekuriti Web3 kami terdiri daripada pakar-pakar sekuriti yang terunggul dalam industri ini dari serata dunia, mengkhusus dalam Sekuriti Blok Rantai, Penggodaman Beretika, Kajian Kerentanan serta Analisis Ancaman dan banyak lagi. Kami melindungi sekuriti aset digital pihak projek dan pengguna melalui audit sekuriti terhadap kontrak pintar, rantai awam, dompet dan platform pertukaran, perkhidmatan dan produk seperti pengesanan dan respons ancaman kontrak pada-rantaian, kesedaran situasi sekuriti  Web3, dan risikan ancaman Web3 yang mengupayakan projek-projek Web3 meningkatkan sekuriti pada semua tahap dalam kitar hayat pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.numencyber.com

 

Source: Numen Cyber Technology
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet