omniture

CHINT PERKENAL INNOVATION LAB CANGGIH DI SINGAPURA

CHINT
2022-09-28 18:10 51

CHINT APAC Innovation Lab, yang menempatkan bersama Ibu Pejabat Asia Pasifik, diperkenalkan bukan sahaja sebagai ruang bagi golongan perniagaan dan profesional untuk merasai pengalaman penyelesaian CHINT, tetapi juga bagi menginspirasi serta bersama mencipta idea yang dapat mencabar norma industri pintar tenaga.

SINGAPURA, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- CHINT, peneraju global bagi penyelesaian tenaga pintar, telah melancarkan secara rasmi pembangunan terbarunya iaitu APAC Innovation Lab dan Ibu Pejabat Asia Pasifik bertempat di Singapura pada jumaat lepas. Ibu Pejabat Asia Pasifik ini dirancang supaya menjadi Ibu Pejabat Global bagi syarikat ini di masa akan datang.

CHINT APAC Innovation Lab ini akan menawarkan kepada perniagaan, kerajaan, ahli akademik serta komuniti untuk meneroka serta memperoleh inspirasi daripada penyelesaian CHINT dengan mempamerkan solusi termaju yang terbaharu – seperti stesen pengecasan EV, sistem air pintar, fotovolta dan beberapa lagi. Kesemua teknologi tenaga pintar utama ini adalah relevan kerana dapat meliputi  semua kefungsian termasuklah persekitaran terbina, pusat data, perindustrian serta  bandar pintar.

Dengan keluasan 400m2, Innovation Lab yang  juga merupakan yang pertama dari CHINT di Asia Pasifik, akan membenarkan pelanggan di rantau ini merasai pengalaman demonstrasi secara langsung dan simulasi bukti-konsep.

Melalui makmal ini, CHINT akan saling bekerjasama dengan perniagaan, kerajaan dan komuniti terhadap kesesuaian penyelesaian yang dapat  menyelesaikan masalah perniagaan dan persekitaran mereka yang unik, seterusnya membina Asia Pasifik yang lebih pintar serta lebih hijau. Ia juga akan mengatasi cabaran industri seperti Ujian Penerimaan Kilang Jarak Jauh (FAT).

Menurut Ibu Pejabat Asia Pasifiknya lagi, CHINT akan terus membuka peluang pekerjaan baharu di rantau ini. Secara global, syarikat ini sentiasa komited untuk memupuk bakat terbaik termasuklah dalam kalangan jurutera dan saintis penyelidik bagi memperbaharui semula konsep tenaga pintar dan membangunkan penyelesaian baharu yang kalis masa hadapan untuk memperkasa dunia.

Pelancaran CHINT APAC Innovation Lab dan Ibu Pejabat Asia Pasifik dirasmikan secara bersama oleh Tetamu Kehormat iaitu Menteri Negara, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia & Kementerian Perdagangan dan Industri, Cik Low Yen Ling serta Duta Besar dan Istimewa Republik Rakyat China ke Republik Singapura, Puan Yang Terutama Sun Haiyan.

Para tetamu khas yang turut dijemput bagi menyerikan lagi acara tersebut termasuklah En. Lim Tse Yong, Naib Presiden Kanan, Barangan Modal, Singapore Economic Development Board dan Dr. Thomas Chai, Pengarah Kanan, Kejuruteraan, Singapore Polytechnic.

Kiri ke kanan: Cik Zheng Bei Bei, Menteri Negara Low Yen Ling, Puan Yang Terutama Sun Haiyan, dan En. Johnson Luu di acara pelancaran Asia Pacific Innovation Lab dan Ibu Pejabat CHINT.
Kiri ke kanan: Cik Zheng Bei Bei, Menteri Negara Low Yen Ling, Puan Yang Terutama Sun Haiyan, dan En. Johnson Luu di acara pelancaran Asia Pacific Innovation Lab dan Ibu Pejabat CHINT.

Dalam acara tersebut, Naib Presiden CHINT Global, Cik Bei Bei, berkongsi bahawa Asia Pacific Innovation Lab ditubuhkan dengan misi untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada rakan kongsi industri di rantau ini. Beliau turut berkongsi bahawa Ibu Pejabat Asia Pasifik di Singapura akan menyokong pegawai tempatan dari lebih 20 buah negara di rantau ini, lalu membolehkan CHINT memberi sokongan peringkat serantau dan dalam-negara kepada para pelanggannya.

Sejajar keupayaan untuk melantasi teknologi bagi melangkaui sempadan, Asia Pacific Innovation Lab akan "mencipta ruang kolaboratif untuk CHINT berinovasi bersama-sama rakan industri," kata Johnson Luu, Pengarah Pemasaran, Asia Pasifik di CHINT. Beliau turut berkongsi bahawa makmal tersebut akan "menyediakan penyelesaian untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga boleh diperbaharui dan kelestarian, serta transformasi digital yang adalah merupakan topik-topik kritikal pada hari ini dan masa hadapan."

CHINT telah menjadikan inovasi sebagai keutamaan strateginya dan pada hari ini, ia telah berkembang menjadi sebuah syarikat global yang khusus dalam menghasilkan penyelesaian yang dapat memenuhi permintaan yang meningkat dalam tenaga boleh diperbaharui dan lestari. dan . Dengan pengalaman selama lebih 38 tahun dan bertapak di lebih 140 negara dan wilayah, Innovation Lab yang terkini ini akan membawa tawaran Asia Pasifik CHINT ke suatu tahap baharu.

Innovation Lab terletak di Ibu Pejabat Asia Pasifik CHINT, 8 Kallang Avenue #04-06/09 Aperia Tower 1, Singapura 339509. Digalakkan untuk membuat temujanji sebelum hadir  disini.

Latar Belakang CHINT Global

Ditubuhkan pada tahun 1984, perniagaan CHINT dalam elektrik pintar, tenaga hijau, kawalan dan automasi perindustrian, bangunan pintar dan banyak lagi, membentuk kelebihan rantaian industri penuh yang merangkumkan "tenaga elektrik". CHINT beroperasi di lebih daripada 140 negara dan wilayah, dengan hasil mencapai hampir USD16.1 bilion dalam tahun 2021.

Source: CHINT
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Corporate Expansion