CANNES, Perancis, 13 November 2013 /PRNewswire/ -- "Ketika ditanya oleh rakan sekerja berkenaan perkataan yang saya akan pilih bagi menggambarkan Pameran Dunia TFWA 2013, perkataan 'dinamik' muncul di benak fikiran saya," menurut komen Erik Juul-Mortensen, Presiden TFWA. "Dinamik kerana terdapat kerjasama yang lebih baik dalam industri, yang dapat dibuktikan dengan bilangan peserta, yang terdiri daripada pempamer dan pengunjung, yang kian meningkat."
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64139-duty-free-travel-retail-industry-world-exhibition
Sejumlah lebih 6,300 delegasi daripada hampir 3,000 syarikat industri jualan runcit pelancongan & bebas cukai peringkat global hadir di pameran perdagangan tahunan yang diadakan di Palais des Festivals, Cannes bermula pada hari Ahad 20 Oktober hingga Jumaat 25 Oktober. Jumlah pengunjung mewakili peningkatan sebanyak +4% berbanding tahun sebelumnya dan 34% terdiri daripada tuan tanah dan pengendali jualan runcit pelancongan & bebas cukai yang utama, peningkatan sebanyak 8% berbanding tahun 2012.
"Dinamik" berkaitan kepada industri tersebut dengan sama rata secara keseluruhannya. Jualan seluruh dunia pada tahun lalu berjumlah USD55.8 bilion, peningkatan sebanyak 9.4% berbanding tahun sebelumnya, menurut Generation Research pada saat banyak wilayah lain di seluruh dunia masih sedang pulih daripada krisis kewangan dan kekangan ekonomi.
Asia Pasifik menyumbang sebanyak USD19.9 bilion, 36% daripada jumlah keseluruhan dan diikuti oleh Eropah yang menyumbang sebanyak USD19.3 bilion (35%). Benua Amerika pula menyumbang sebanyak 20%, Timur Tengah 9% dan Afrika 2%. Asia Pasifik masih muncul sebagai rantau yang paling pesat berkembang dengan sumbangan sebanyak +19.4%.
Setakat ini dari segi saluran, jualan runcit lapangan terbang kekal sebagai penyumbang terbesar kepada hasil yang diperoleh, jauh meninggalkan syarikat penerbangan, feri dan saluran lain. Lapangan terbang moden, yang berjaya menampung penambahan penumpang yang pesat, mengutamakan jualan runcit bukan penerbangan dalam strategi pembangunan mereka dan hasilnya ialah peningkatan yang pelbagai, menarik dan menghiburkan dalam persekitaran jualan runcit tersebut.
Dari segi sektor produk pula, minyak wangi & barangan kosmetik kekal sebagai sektor yang dominan dengan lebih 28% saham pasaran, diikuti wain & arak dengan saham pasaran sebanyak 16%. Walau bagaimanapun, peningkatan sebanyak 10% bagi kategori kecantikan ini kurang mengagumkan berbanding fesyen & aksesori, yang merupakan kategori yang menyumbang sebanyak 14% bagi pasaran tetapi meningkat sebanyak 13.5% pada tahun 2012 berbanding tahun 2011. Kategori jam tangan, barangan kemas & alat tulis berseni serta makanan & manisan pula telah mengatasi sektor kecantikan, sesuatu yang tidak dijangkakan.
Pameran Dunia TFWA tahunan ini memainkan peranan penting sebagai forum bagi perniagaan, perangkaian dan platform pelancaran bagi produk baharu yang tidak terkira banyaknya bagi kedai runcit pelancongan, yang kebanyakannya sangat eksklusif bagi para pelancong.
Sumber: TFWA