omniture

IMA Lancar Program-program Sijil Didik tentang Dua Bidang Perniagaan Baru Muncul

Institute of Management Accountants
2022-10-03 08:51 51

Program-program kemampanan dan DE&I baharu akan memberi alatan dan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli profesional perakaunan dan kewangan untuk menangani isu-isu dalam organisasi-organisasi mereka

Montvale, New Jersey, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah sebuah persatuan terbesar dan paling disegani yang memfokuskan secara eksklusif kepada profesion perakaunan pengurusan, hari ini melancarkan dua program sijil, satu program memfokuskan kepada amalan perniagaan mampan dan satu lagi memfokuskan kepada kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DE&I) dalam profesion perakaunan dan kewangan. Program-program ini menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan kedua-dua topik yang kritikal untuk ahli-ahli profesional perniagaan hari ini. Kedua-dua program melibatkan penilaian kumulatif yang membolehkan peserta memperoleh sijil profesional dan lencana digital.

 

"Amalan perniagaan tentang kemampanan dan DE&I masih lagi bidang-bidang agak baharu yang ditangani oleh organisasi-organisasi dan program-program sijil ini mendapat maklumat penting tentang bidang perakaunan dan kewangan, memperlihatkan perubahan dalam jangkaan perniagaan," kata Jackie Oppenheim, CPTD, CAE, naib presiden, pendidikan dan perkhidmatan kerjaya di IMA. "Program-program sijil ini berfungsi sebagai sejenis latihan untuk semua ahli profesional, terutamanya untuk pemimpin-pemimpin kanan yang perlu bangkit untuk menggiatkan kedua-dua bidang dan untuk pemimpin-pemimpin masa depan untuk melihat bahawa mereka sedang membawa perubahan. Memperoleh sijil-sijil ini menunjukkan kepada majikan berhubung tahap kecekapan dan pemahaman dari segi bagaimana kedua-dua bidang ini mempengaruhi fungsi perakaunan dan kewangan serta keupayaan untuk turut menyumbang."

IMA Sustainability Business Practices Certificate,™ akan memberikan asas kepada peserta tentang amalan perniagaan berterusan, bagaimana ia berkaitan dengan isu-isu semasa yang dihadapi oleh dunia dan bagaimana kesemuanya akan memberi impak kepada proses kewangan dan hala tuju strategik dalam melangkah ke hadapan. Program ini meliputi topik-topik termasuk penyahmistisan hal ehwal alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bekerjasama untuk integrasi kemampanan dalam perniagaan serta strategi, perancangan, prestasi, pemantauan dan pelaporan dalam persekitaran perniagaan yang mampan. Program ini mengandungi enam kursus.

IMA Diversity, Equity, & Inclusion Practices Certificate,™ akan memberikan alatan dan amalan kepada peserta untuk memupuk persekitaran DE&I. Program ini membawakan latihan interaktif yang menjelaskan DE&I, mendedahkan pertindihan antara DE&I dan kemampanan serta menggambarkan keperluan etika untuk memperjuangkan inisiatif DE&I dalam profesion perakaunan dan kewangan. Kandungannya adalah berdasarkan kepada kepimpinan pemikiran dan penerbitan penyelidikan IMA, mempunyai berpuluh-puluh amalan yang boleh diambil tindakan bagi mewujudkan rasa kekitaan, meningkatkan inovasi organisasi serta menarik, mengekalkan dan mempromosikan bakat yang pelbagai. Program ini mengandungi lima kursus.

Untuk mengakses program-program sijil, kunjungi https://bit.ly/3fr38pd untuk program kemampanan dan https://bit.ly/3BV3sUr untuk program DE&I.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah satu persatuan terbesar dan paling disegani yang memfokuskan secara eksklusif untuk memajukan profesion perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong profesion ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

 
Source: Institute of Management Accountants
Keywords: Banking/Financial Service