omniture

CGTN: Beribu-ribu tahun kemudian, Konfusianisme masih mempengaruhi penduduk seluruh dunia

CGTN
2022-10-03 21:40 67

BEIJING, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Confucius dianggap sebagai salah satu ahli falsafah yang paling berpengaruh dalam sejarah. Lebih dua alaf yang lalu, kebijaksanaan beliau mengalir selama beberapa generasi dan terus mempengaruhi penduduk di seluruh dunia.

Patung Confucius di Nishan Cultural Tourism Resort di Bandar Qufu, Wilayah Shandong, timur China. /CGTN
Patung Confucius di Nishan Cultural Tourism Resort di Bandar Qufu, Wilayah Shandong, timur China. /CGTN

Muncul 2,500 tahun yang lalu, idea pertukaran dan dialog, toleransi dan pembelajaran bersama Konfusianisme memainkan peranan yang aktif dalam perwarisan tamadun Cina dan memberi inspirasi untuk pertukaran serta kerjasama antara tamadun-tamadun yang berbeza.

Mengikut catatan, hasil karya Confucius telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa Eropah dalam abad ke-16 dan membentuk pemikiran ramai pemikir di Eropah ketika itu dan selanjutnya.

Festival Kebudayaan Confucius Antarabangsa China 2022 dan Forum Tamadun-tamadun Dunia Nishan ke-8 yang diadakan baru-baru ini di kampung halaman Confucius di Bandar Qufu, Wilayah Shandong, timur China, menghimpunkan hampir 200 ilmuwan dan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-2,573 Confucius, memahami kebijaksanaan beliau dan meneroka nilai-nilai bersama insan dalam pelbagai tamadun.

Kepentingan moden Konfusianisme

Bagi ahli falsafah Jerman David Bartosch, Konfusianisme menonjol antara falsafah-falsafah lain daripada pelbagai tamadun. "Impak beliau adalah sangat besar, bukan sahaja di China, tetapi juga di Jepun dan Korea, malah di peringkat antarabangsa," kata beliau.

Bartosch berkata kebijaksanaan Confucius adalah beliau menyediakan "benih intelektual yang perlu dirungkai oleh setiap orang yang mengkaji karya beliau," tidak seperti rakan-rakan teori beliau yang sering menghasilkan "teori tetap."

"Beliau (Confucious) mahukan anda merungkai pemikiran ini dengan cara anda sendiri, dalam kehidupan anda sendiri dan membuat kesimpulan sendiri," tambah Bartosch.

Beliau berkata biarpun mengalami pasang surut dalam sejarahnya yang panjang, undang-undang Konfusianisme sentiasa muncul semula dan menyediakan asas untuk menggabungkan dan menyerap elemen-elemen lain yang berjaya memasuki tamadun Cina.

"Ia (Konfusianisme) ibarat sebatang pokok yang sedang tumbuh membesar; akarnya menyusup ke zaman silam yang amat kuno, namun pokok ini masih tumbuh membesar," kata beliau.

Kebijaksanaan Konfusianisme membolehkan pembangunan ekonomi di negara-negara dan wilayah-wilayah yang menerimanya dan beberapa idea Konfusianisme mempunyai pendekatan duniawi, seperti idea tentang generasi masa depan dan pendidikan, kata Daniel Bell, dekan Sekolah Sains Politik dan Pentadbiran Awam di Shandong University.

"Kesemua ini sangat kondusif untuk pemodenan," kata beliau.

"Seorang lelaki yang budiman mencari keharmonian, bukan keseragaman" merupakan petikan yang terkenal daripada Confucius. Ini merupakan contoh baik yang menunjukkan bahawa Konfusianisme bukanlah suatu cara yang difahami oleh ramai pengulas Barat, kata Benjamin Cole daripada Jabatan Falsafah dan Pembangunan Sosial, Huaqiao University.

Petikan tersebut menekankan rasa hormat kepada perbezaan individu, bukannya menggalakkan pandangan yang serupa dan mengikuti pendapat yang sama, jelas beliau.

Pada zaman moden, ia seiring dengan idea tentang keterbukaan dalam masyarakat, toleransi dan penerimaan kerja, budaya dan latar bekalang yang berbeza dalam masyarakat yang sama, kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-30/Thousands-of-years-on-Confucianism-still-influences-people-worldwide-1dJj4umiPDO/index.html

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service