omniture

Sistem Edaran Kuasa Voltan Rendah Bermodul Boleh Didapati daripada RS Components Menjamin Keselamatan dan Kecekapan Operasi

RS Components
2013-11-22 11:58 151

Siri Acti 9 daripada Schneider Electric yang mudah dipasang dan dinaikkan taraf memberikan kelebihan dalam keselamatan dan kecekapan yang menerajui industri bagi pembina mesin dan panel serta jurutera penyelenggaraan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 November 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan telah memasukkan sistem edaran kuasa Acti 9TM ke dalam inventori produk Schneider Electric.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/15/20131115220744852436.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/15/20131115220759349718.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Siri Acti 9 merupakan sistem bermodul berprestasi tinggi yang merangkumi peranti bervoltan rendah termasuk pemutus litar, penyentuh, suis industri dan meter kuasa. Ia direka khas bagi memberikan perlindungan teras ketika penyelenggaraan dan operasi dalam rangkaian dan persekitaran yang paling mencabar dalam pengurusan bangunan dan aplikasi bangunan panel.

Teknologi canggih dan ciri-ciri yang dimiliki oleh sistem ini membolehkan pemasangan yang lebih selamat, cekap dan ringkas. Ciri-ciri VisiSafeTM menjamin litar hiliran sentiasa selamat, tanpa mengira keadaan lebihan voltan, pemakaian atau pengalaman pengendali. Muka depan Kelas 2 bagi pemutus litar Acti 9 merupakan satu-satunya peranti yang boleh didapati dengan tahap keselamatan ini, lantas memberikan kejelasan antara permukaan pemutus dan bahagian dalaman yang lebih dua kali berbanding standard industri.

Direka khas bagi mengoptimumkan kecekapan, VisiTripTM mampu mengesan kesilapan dalam rangkaian, membolehkan diagnosis yang pantas dan resolusi untuk meminimumkan masa henti, seterusnya memastikan kesinambungan perkhidmatan dan kekebalan elektrik, yang penting khususnya dalam aplikasi kuasa yang kritikal di hospital dan pusat data, sebagai contoh.

Acti 9 memudahkan operasi pengedaran peringkat akhir di bangunan dan kemudahan industri, menawarkan sistem yang fleksibel dan berskala yang membolehkan penyesuaian kepada standard pemasangan baharu atau keperluan bangunan. Pemutus litar kecil Acti 9 mematuhi IEC/EN 947 IEC/EN 947 dan IEC/EN 898. Sistem ini mudah dipasangkan dan dikendalikan: perkabelan lebih selamat dan mudah dilakukan kerana dua kali lebih sambungan penamatan yang ada dan sehingga 50 peratus pengurangan pendawaian. Antara muka yang ergonomik menyediakan pembacaan yang dipertingkatkan dan sambungan lebih selamat dibolehkan melalui penutup terminal IP2-B yang selamat. Rangkaian aksesori khusus juga boleh diperoleh termasuklah sistem mangga, blok pemecah dan perisai terminal kedap udara.

Acti 9 boleh didapati dengan pembelian secara terus daripada stok RS dengan penghantaran pada hari yang sama.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasinya di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter perdagangan kepada lebih sejuta pelanggan dan penghantaran kira-kira 44,000 bungkusan pada setiap hari. Produk kami yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan berpendapatan sejumlah £1.24 bilion pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di: http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?typre=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components

Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)

Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services