omniture

vivo Lancar Funtouch OS 13 Berdasarkan Android 13 untuk Pengguna Luar Negara

vivo
2022-10-26 12:35 267

Sistem operasi baharu ini membawakan pilihan pemperibadian baharu, kemas kini keselamatan dan ciri-ciri yang lebih mudah digunakan demi pengalaman tanpa gangguan yang lebih lancar

SHENZHEN, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- vivo melancarkan secara rasmi Funtouch OS 13 baharu untuk pengguna dalam pasaran luar negara. Berdasarkan kepada Android 13 yang baru dilancarkan, sistem operasi yang dinaik taraf ini menggabungkan nilai berpandukan reka bentuk vivo dengan pilihan pemperibadian yang baharu dan lebih baik, ciri-ciri privasi dan keselamatan yang dinaik taraf dan ciri-ciri kawalan baharu untuk pengalaman tanpa gangguan yang lebih lancar. vivo bukan sahaja berusaha untuk menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman yang lancar, tetapi juga berusaha untuk memperkasa mereka bagi mengekspresikan kreativiti dan keunikan mereka melalui peranti mereka.

Add a touch of personalization to your screen
Add a touch of personalization to your screen

Menambah sentuhan pemperibadian pada skrin anda

Add a touch of personalization to your screen
Add a touch of personalization to your screen

Funtouch OS 13 mengupayakan lebih banyak kawalan visual kepada pengguna pada skrin utama mereka. Dengan ciri ikon monokrom, kini pengguna boleh menukar warna ikon skrin utama mereka untuk memadankan hiasan latar, sistem dan antara muka aplikasi mereka, benar-benar menyerlahkan daya kreativiti dan ekspresi diri mereka.

Selain daripada itu, sistem baharu ini membolehkan pengguna menyesuaikan warna pada UI sistem dan aplikasi terbina dalam mereka, termasuk panel pemberitahuan, kawalan volum, kalkulator dan jam. Ia boleh menggunakan warna daripada hiasan latar dan tema pilihan pengguna bagi menentukan rona warna yang sesuai, mengaplikasikannya pada antara muka aplikasi bagi mentransformasikan peranti dengan rupa dan rasa yang lebih diperibadikan.

Perlindungan dan keselamatan yang selanjutnya

Ciri semat aplikasi baharu ini membantu memastikan data yang sensitif selamat, memberi lebih ketenangan minda kepada pengguna berhubung keselamatan dan privasi mereka. Apabila seorang lagi menggunakan peranti ini, fungsi semat dua tahap memastikan aplikasi yang dipilih dalam paparan dan mengelakkan akses ke aplikasi lain pada peranti ini. Ciri ini mengupayakan lebih kefleksibelan, membolehkan pemilik menetapkan parameter dan kawalan tindakan yang dibenarkan dalam aplikasi semat apabila orang lain menggunakan peranti tersebut.

Kemas kini ini juga membolehkan pengguna menyembunyikan foto dan video serta memilih secara selektif pelbagai akses aplikasi ke foto tertentu, seterusnya mengelakkan tontonan yang tidak diingini pada peranti mereka dan meningkatkan lagi perlindungan privasi.

Kawalan dipertingkat dan ciri-ciri mudah digunakan untuk memberi kemudahan lebih besar

Bagi mencipta pengalaman yang lebih diselaraskan untuk pengguna vivo, Funtouch OS 13 turut menampilkan pengurusan aplikasi yang lebih baik, iManager yang dapat membantu memantau masa penggunaan aplikasi secara spesifik. Sekiranya penggunaan CPU adalah terlalu tinggi, pengguna boleh memadamkan aplikasi tersebut dengan satu ketikan. iManager juga dapat mengelakkan kepanasan melampau dengan mengurangkan bilangan aplikasi yang aktif dan melaraskan frekuensi CPU berdasarkan kepada ciri penyejukan Telefon.

Selain daripada kemas kini cuaca, papan pemuka turut menampikan kad AQI untuk pengguna peka kesihatan yang ingin menyemak maklumat terkini berhubung kualiti udara serta-merta dengan indeks PM2.5 terperinci disediakan.

Dengan pengalaman fotografi mudah alih premium vivo yang terkenal, penaiktarafan foto dan video baharu boleh diharapkan. Pemidang tilik profesional menjadikan fotografi lebih mudah dengan gelung penstabil baharu yang membantu mengurangkan kesan tangan yang bergoyang-goyang.

OS baharu juga telah memperkemaskan proses penyuntingan video, membolehkan pengguna untuk memiutkan bunyi video semasa menyunting rakaman, bahkan membuat pelarasan volum yang tepat pada setiap segmen video, seterusnya memudahkan penciptaan video gred-profesional.

Dari segi kawalan kebolehcapaian, peningkatan telah dibuat dengan pembetulan warna dan penyongsangan, serta pilihan untuk mengeluarkan animasi untuk pengguna dengan keperluas khas seperti kecacatan penglihatan.

Funtouch OS 13 akan tersedia mulai 24 Oktober 2022, bermula dengan X80 Pro. vivo akan membawakan Funtouch OS 13 secara berperingkat-peringkat kepada lebih ramai pengguna di serata dunia dengan pengalaman paling inovatif yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Latar Belakang vivo

vivo ialah sebuah syarikat teknologi yang mencipta produk inovatif berdasarkan kepada nilai-nilai berpandukan reka bentuk dengan peranti pintar dan perkhidmatan cerdas sebagai terasnya. Syarikat ini bermatlamat untuk membina jambatan antara manusia dan dunia digital. Melalui daya kreativiti yang unik, vivo menyediakan kepada pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang semakin mudah. Mengikuti nilai-nilai teras syarikat ini, termasuk Benfen*, orientasi pengguna, nilai berpandukan reka bentuk, pembelajaran berterusan dan semangat berpasukan, vivo melaksanakan strategi pembangunan yang mampan dengan visi untuk membangun menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang lebih sihat, lebih mampan.

Sambil menyatukan dan membangunkan bakat tempatan yang terbaik untuk menyampaikan kecemerlangan, vivo disokong oleh jaringan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi'an, memfokuskan kepada pembangunan teknologi pengguna yang canggih, termasuk 5G, kecerdasan buatan, reka bentuk industri, sistem pengimejan dan teknologi akan datang yang lain. vivo juga telah mewujudkan jaringan pembuatan pintar (termasuk jaringan yang dibenarkan oleh vivo), dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah hampir 200 juta telefon pintar. Setakat ini, vivo telah mengembangkan jaringan jualannya merentas lebih 60 negara dan wilayah serta digemari oleh lebih 400 juta pengguna di seluruh dunia.

*"Benfen" ialah istilah yang menerangkan sikap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul – yang merupakan penerangan ideal tentang misi vivo untuk mencipta nilai kepada masyarakat.

Terus dimaklumkan dengan berita vivo yang terkini di https://www.vivo.com/en/about-vivo/news 

Source: vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services