omniture

Polkadot Anjur Kejohanan Metaverse di Budapest dengan Hadiah Bernilai $36,000

Polkadot Metaverse Championship
2022-11-04 22:04 391

BUDAPEST, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Polkadot, salah satu mata wang kripto yang amat terkenal di dunia, akan menganjurkan Kejohanan Metaverse di Budapest dari 5 hingga 7 Disember. Acara ini bakal menyaksikan beberapa minda terbaik dalam bidang blok rantai ini bersaing untuk memenangi sebahagian daripada hadiah yang berjumlah sebanyak $36,000.

Selepas menganjurkan Polkadot Decoded dan kejayaan acara sampingannya, Six atau David Pethes, Darren Seah dan Jonan Scheffler telah bersama-sama memikirkan cara untuk mendorong web3 lebih jauh ke hadapan melalui penganjuran acara-acara yang luar biasa.

Polkadot berhasrat untuk menginovasi format biasa hackathon, oleh itu kejuaraan di Budapest ini akan menawarkan beberapa ciri baharu. Jumlah hadiah terkumpul ialah sebanyak $36,000, berserta token yang bernilai beribu-ribu dolar yang ditawarkan mengikut Unit dan Kilt. Walau bagaimanapun, bukan hanya kemenangan yang menjadikannya berbaloi untuk menyertai kejohanan ini dengan penyertaan yang dihadkan kepada 40 orang sahaja.

Hackathon ini bakal berlangsung di Gamerland Budapest dan akan dihakimi oleh nama-nama terkenal dalam blok rantai termasuk Michael Healy, Silur dan Miklós Vitéz.

Pada tahun ini, acara ini akan memperkenalkan beberapa ciri baharu yang merangkumi sebuah acara hibrid, proses prapendidikan untuk para peserta, peluang jaringan kepada para pembangun dan peluang untuk para pemain ditampilkan di atas pentas. Penambahan baharu ini akan menjadikan kejohanan metaverse ini sebagai pengalaman yang amat berharga kepada semua orang yang terlibat.

Pemohon boleh melayakkan diri dengan menyelesaikan tugasan sebelum acara, yang dihadkan kepada 40 pesaing terbaik. Untuk bersedia sepenuhnya, proses prapendidikan disediakan bersama-sama dengan peralatan yang diperlukan semasa pertandingan. Syarat-syarat ini bertujuan untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para peserta sambil memastikan bahawa projek yang dicipta mempunyai kes penggunaan sebenar dan boleh disepadukan ke dalam sistem.

Jaringan juga merupakan ciri utama acara ini. Para pembangun akan dapat membentuk kumpulan mereka sendiri dan berhubung.

Acara ini memberi peluang kepada para pesaing untuk melakukan persembahan di atas pentas, memperoleh kebolehlihatan bagi hasil usaha mereka dan menerangkan tentang projek mereka. Ini merupakan peluang yang amat baik untuk para pembangun yang sedang meningkat naik untuk menunjukkan hasil usaha mereka di hadapan khalayak global, malah ia juga merupakan cara yang hebat untuk para pembangun yang mantap terus berada di hadapan dan memastikan kemahiran mereka sentiasa diasah. 

PMC akan diadakan dalam format hibrid supaya para penonton dapat mengikuti segala-galanya dalam metaverse. Bagi para tetamu yang bukan teknikal, Bengkel Suai Tugas akan dianjurkan untuk membantu mereka bermula.

Untuk maklumat lanjut, sila layari metaversechampionship.gg atau hubungi di https://t.me/metaversechampionship.

Hubungan: Fruzsina Lederer
+36309141467
fruzsi.lederer@gmail.com

Source: Polkadot Metaverse Championship
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment High Tech Security New products/services