omniture

Edisi ke-24 Pet Fair Asia dan Siri Pameran VNU Exhibitions Asia dibuka dengan jayanya di Shenzhen

VNU Exhibitions Asia Ltd.
2022-11-06 09:33 265

SHENZHEN, China, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Di Kongres Kebangsaan ke-20 CPC yang berakhir baru-baru ini, pameran perdagangan sekali lagi disebut dan ditegaskan lagi peranannya dalam menggalakkan pembangunan industri pada masa depan dan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi. Sejak penularan COVID-19 pada tahun 2020, aktiviti perniagaan luar talian telah menghadapi banyak cabaran namun permintaan orang ramai terhadap komunikasi secara bersemuka dan peluang perdagangan perniagaan luar talian tidak pernah berhenti. Walaupun wabak ini terus berulang di beberapa tempat di negara ini, berlandaskan premis untuk memastikan sepenuhnya keselamatan pencegahan wabak, acara-acara berskala besar (termasuk pameran perdagangan) di banyak bandar utama "kembali beroperasi".

The major exhibitions of VNU Exhibitions Asia opened in Shenzhen
The major exhibitions of VNU Exhibitions Asia opened in Shenzhen

Dengan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, enam pameran utama VNU Exhibitions Asia termasuk Pet Fair Asia, DOMOTEX asia/CHINAFLOOR, R+T Asia, TCT Asia dan sebagainya dibuka di Pusat Pameran & Konvensyen Dunia Shenzhen, dengan jumlah kawasan kasar mencecah hampir 400,000 meter persegi dan akan berlangsung hingga 6 November.

Acara-acara berskala besar ini, beraneka tema dan sumbernya, mengkhusus untuk perniagaan dan peka terhadap keperluan pempamer dan pengunjung yang berbeza mempunyai kepentingan strategik bukan sahaja untuk menggalakkan pemulihan seluruh industri pameran, bahkan menyokong pembangunan saluran komersial yang baharu untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport dalam suku akhir tahun 2022 ini.

Edisi 2022 Pet Fair Asia kembali dengan penuh hebat, mengukuhkan selanjutnya sinergi dengan seluruh industri dengan meliputi kesemua kategori dalam rantaian industri haiwan peliharaan dan menghimpunkan syarikat-syarikat terkemuka baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Banyak acara tematik akan diadakan sepanjang 4 hari itu, bagi memperkayakan pameran dengan kandungan bernilai budaya yang tinggi, memberi pandangan yang menarik, detik-detik pertemuan dan idea untuk inspirasi dan renungan.

Di TCT Asia, satu siri forum dan sidang kemuncak tahap tinggi membawakan platform yang efektif untuk mengadakan dialog dalam industri pembuatan aditif, lalu menggalakkan pembangunan seluruh sektor ini.

Meluaskan permintaan domestik merupakan salah satu asas strategik bagi pembangunan ekonomi China beberapa tahun ini dan inilah sebabnya kebanyakan pameran memilih dengan teliti saluran jualan domestik bagi mewujudkan padanan yang sempurna dengan peserta pameran melalui aktiviti-aktiviti Pemadanan dan Lawatan Kumpulan Pembeli. Sungguhpun begitu, kepentingan yang besar juga telah diberikan oleh semua Acara untuk perdagangan antarabangsa dan bagi pempamer serta pengunjung luar negara yang tidak dapat hadir sendiri, sejumlah besar aktiviti permintaan-bekalan dalam talian telah dibangunkan dengan teliti pada tahun ini dengan matlamat untuk membuka lebih banyak saluran perdagangan global yang amat cekap.

Bagi mencapai matlamat untuk menawarkan peluang perniagaan yang berharga kepada semua peserta pameran, pengunjung dan rakan kongsi sambil menggalakkan pemulihan seluruh industri pameran, edisi tahun ini bagi Pet Fair Asia, TCT Asia dan seluruh Siri Pameran VNU Exhibitions Asia akan berusaha untuk menawarkan peluang baharu, hala tuju baharu, idea baharu dan juga tenaga baharu.

Source: VNU Exhibitions Asia Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Retail Animals/Pets Trade show news