omniture

CGTN: Peng Liyuan: Rakyat Cina dan Thai kongsi nilai yang serupa

CGTN
2022-11-21 22:30 660

BEIJING, 21 November 2022 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, mengunjungi Arts of the Kingdom Museum di Ayutthaya, Thailand pada hari Jumaat. Acara berkenaan turut disertai oleh pasangan beberapa pemimpin yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-29.

Naraporn Chan-o-cha, isteri Perdana Menteri Thai Prayut Chan-o-cha, mengalu-alukan Peng apabila beliau tiba dan menemani beliau sepanjang lawatan tersebut.

Dewan pameran muzium tersebut mempamerkan karya seni untuk perayaan utama keluarga Diraja Thai dan kraftangan tradisional Thai. Peng mendengar pengenalan tentang koleksi seni tersebut dan memuji ketukangan dan teknik-teknik oleh pekerja mahir Thai.

Muzium berkenaan dibina untuk memelihara dan membangunkan kraftangan tradisional serta turut membantu keluarga-keluarga di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan. Peng menyatakan bahawa ia serupa dengan konsep pembasmian kemiskinan China di kawasan-kawasan kurang maju.

Muzium berkenaan turut menjual kraftangan yang dibuat oleh kanak-kanak lepasan bidang pendidikan yang dilatih di pusat latihan kraftangan Sekolah Istana. Peng berkata beliau membeli beberapa hasil kraftangan mereka bagi menyokong projek-projek anti-kemiskinan keluarga Diraja Thai.

Menghasilkan dan menjual kraftangan telah membantu membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan di banyak kawasan di China. Kraftangan, seperti keratan kertas dari Wilayah Shaanxi, barat laut China, sulaman dan batik dari Wilayah Guizhou, barat daya China, dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.

Warisan budaya tak ketara turut memainkan peranan penting dalam usaha pembasmian kemiskinan China. Dari tahun 2018 hingga 2020, lebih 2,200 bengkel warisan budaya tak ketara telah dibina di seluruh negara ini, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan negara ini. Bengkel-bengkel ini telah mencipta setengah juta peluang pekerjaan, membebaskan lebih daripada 200,000 isi rumah daripada belenggu kemiskinan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar People's Daily.

Hubungan budaya antara kedua-dua negara

Memerhatikan pemegang lilin bunga teratai, Peng berkata rakyat Cina menyukai bunga teratai dan menghargai kualiti luhurnya yang tumbuh daripada lumpur tanpa dikotori. Naraporn bersetuju, berkata bahawa bunga teratai digunakan untuk memberi penghormatan kepada Buddha oleh rakyat Thai. Peng berkata ia sekali lagi menunjukkan bahawa rakyat Cina dan Thai berkongsi nilai yang serupa.

China dan Thailand merupakan negara jiran yang mesra dengan sejarah yang panjang dalam pertukaran budaya. Sejak pemeteraian hubungan diplomatik antara China dan Thailand pada tahun 1975, bentuk pertukaran budaya antara kedua-dua negara ini telah berkembang dan kandungannya menjadi semakin diperkaya.

Melalui usaha oleh Peng dan Naraporn, Nanjing University of the Arts di China dan Princess Galyani Vadhana Institute of Music di Thailand telahpun menandatangani memorandum persefahaman akademik dalam bulan Mac 2019. Sejak itu, kedua-dua sekolah berkenaan telah mempererat kerjasama melalui pertukaran kakitangan, penyelidikan bersama serta latihan dalam bidang muzik.

Dalam bidang kesusasteraan, Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn juga banyak menyumbang kepada hubungan budaya antara kedua-dua negara ini. Beliau menyukai budaya Cina dan telah menterjemahkan banyak karya sastera Cina ke dalam bahasa Thai. Puteri berkenaan, anggota keluarga Diraja Thai pertama yang mengunjungi China, telah mengadakan kira-kira 50 lawatan ke China dan menerbitkan beberapa catatan perjalanan tentang lawatan beliau. Beliau telah menjadi penerima Pingat Persahabatan China dalam tahun 2019.

Bahasa Cina telah menjadi bahasa yang popular dalam kalangan pelajar Thai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lebih daripada satu juta pelajar mempelajari bahasa Cina di sekolah-sekolah. Di Thailand, terdapat lebih daripada 2,000 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang menawarkan kursus bahasa Cina, seperti yang dilaporkan oleh Xinhua. Sejak tahun 2003, China telah menghantar lebih daripada 20,000 orang sukarelawan untuk mengajar bahasa Cina di sekolah-sekolah Thailand.

Semasa lawatan tersebut, Peng turut berbual-bual dengan pasangan pemimpin-pemimpin ekonomi APEC yang lain dan mereka bergambar bersama-sama.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-18/Peng-Liyuan-attends-spouses-event-of-APEC-leaders-in-Ayutthaya--1f41qNP2cV2/index.html

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service