omniture

CGTN: China komited terhadap pertumbuhan, tadbir urus global di Sidang Kemuncak G20, mesyuarat APEC

CGTN
2022-11-23 00:13 615

BEIJING, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Minggu lalu, China menyampaikan pesanan lantang yang memihak kepada pembangunan global serta tadbir urus global di Sidang Kemuncak G20 ke-17 dan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-29.

Semasa berucap di mesyuarat multilateral dan berbincang bersama pemimpim-pemimpin dari negara-negara lain di acara tersebut, Presiden Cina Xi Jinping menyampaikan isyarat yang lantang bahawa China akan sentiasa memajukan keamanan dan pembangunan dunia serta mempererat kerjasama antarabangsa, kata Ahli Majlis Negara Cina dan Menteri Luar Wang Yi.

Mendukung multilateralisme

Semasa lawatan beliau selama enam hari, Xi mengambil bahagian dalam lebih 30 acara. Di Sidang Kemuncak G20, Xi mencadangkan pembinaan perkongsian global untuk pemulihan ekonomi dan Inisiatif Kerjasama Antarabangsa untuk Jaminan Makanan Global dan menyokong Kesatuan Afrika dalam menyertai G20 yang mendapat sambutan hangat dari negara-negara sedang membangun.

Di Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC, Xi mengumumkan bahawa China sedang mempertimbangkan untuk mengadakan Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa kali ketiga pada tahun hadapan bagi memberi dorongan baharu demi pembangunan dan kemakmuran Asia-Pasifik dan dunia.

Menggalakkan pembangunan serantau

Kunjungan ke Indonesia merupakan lawatan luar negara pertama oleh Xi sejak Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China. Semasa lawatan beliau ke Indonesia dan Thailand, konsensus yang penting untuk berusaha ke arah pembinaan sebuah komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama diwujudkan.

Xi turut bersetuju dengan pemimpin-pemimpin Filipina, Singapura, Brunei dan negara-negara jiran yang lain untuk mengukuhkan lagi persahabatan berjiran yang baik, mempererat kerjasama yang saling memberi manfaat dan membina hubungan dua hala yang lebih stabil dan kukuh.

Meletakkan hubungan China-A.S. di landasan yang betul demi keamanan dunia

Xi mengadakan mesyuarat secara bersemuka dengan Presiden A.S. Joe Biden di Bali, di mana mereka bertukar-tukar pandangan secara berterus-terang dan mendalam tentang isu-isu yang penting dalam hubungan China-A.S. serta berhubung keamanan dan pembangunan dunia.

Xi menyatakan bahawa keadaan hubungan China-A.S. ketika ini bukanlah untuk kepentingan asas kedua-dua negara serta rakyatnya dan bukan sesuatu yang dijangkakan oleh komuniti antarabangsa.

China dan A.S. perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap sejarah, untuk dunia dan penduduknya, meninjau cara yang betul untuk bergaul mesra dengan satu sama lain dalam era baharu, meletakkan hubungan berkenaan di landasan yang betul dan mengembalikannya ke landasan pertumbuhan yang sihat dan stabil demi manfaat kedua-dua negara dan dunia secara keseluruhan, kata Xi.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-21/China-commits-to-global-growth-governance-at-G20-Summit-APEC-meeting-1f7zKRrDi3C/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Trade show news