omniture

Vantage dan NEOM McLaren Extreme E menggamit perhatian luas untuk ESG di Finance Magnates London Summit 2022

Vantage
2022-11-23 22:01 697

LONDON, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, Vantage (turut dikenali sebagai "Vantage Markets"), dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan dan penajaannya dalam Finance Magnates London Summit buat tahun kedua berturut-turut, dengan dorongan yang diperbaharui untuk ESG.

Tahun ini, Vantage ditemani oleh rakan kongsi mereka NEOM McLaren Extreme E untuk mempamerkan kenderaan SUV elektrik penuh - dinamakan ODYSSEY 21 - di Old Billingsgate di London, bersebelahan dengan gazebo luar.

Vantage dan NEOM McLaren Extreme menggamit perhatian yang luas untuk ESG di Finance Magnates London Summit 2022
Vantage dan NEOM McLaren Extreme menggamit perhatian yang luas untuk ESG di Finance Magnates London Summit 2022

Dalam masa yang sama, Vantage melancarkan perkhidmatan kecairannya yang berpangkalan di UK, Vantage Connect semasa sidang kemuncak tersebut, dengan wajah baharu yang menakjubkan yang sesuai dengan jenama institusi ini.

Vantage dan NEOM McLaren Extreme menggamit perhatian yang luas untuk ESG di Finance Magnates London Summit 2022
Vantage dan NEOM McLaren Extreme menggamit perhatian yang luas untuk ESG di Finance Magnates London Summit 2022

Pameran tersebut merupakan kemuncak usaha Vantage dalam bidang ESG. Syarikat ini bekerjasama dengan NEOM McLaren Extreme E menerusi inisiatif Blue Carbon, memanfaatkan penerbit media sosial tersohor Supercar Blondie untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kesamaan jantina.

Kumpulan ini juga bekerjasama dengan UNHCR untuk acara pengumpulan dana dolar-untuk-dolar buat pelarian, bekerjasama dengan Red Cross untuk kempen derma darah global serta menjalin kerjasama dengan UNESCO bagi menyokong inisiatif pendidikan mereka di India.

Inisiatif-inisiatif ESG ini dan banyak lagi merupakan sebahagian daripada perbincangan di London Summit. Ketua Pegawai Eksekutif Vantage UK, David Shayer disertai oleh Kim Wilson, Pengarah Kemampanan, McLaren Racing untuk berucap di sidang panel berfokus ESG "Fintech for Good: Social Impact & Innovation in Fintech" ("Teknologi Kewangan demi Kebaikan: Impak Sosial & Inovasi dalam Teknologi Kewangan") yang diadakan jam 2 petang di Centre Stage.

Shayer turut berbicara lebih lanjut tentang kepentingan Vantage Connect dalam pasaran yang tidak menentu semasa sesi perbincangan panel "Risk Management for Turbulent Times" ("Pengurusan Risiko untuk Zaman Bergolak") yang diadakan jam 12.30 tengah hari di Innovate Stage.

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, berkata: "Kami berasa gembira kerana sekali lagi dapat menyertai Finance Magnates menerusi sebuah acara yang penting. Tahun ini menjadi tahun yang amat mengujakan buat Vantage, bermula dengan perkongsian kami bersama NEOM McLaren Extreme E hinggalah pelancaran VSocial dan Vantage Connect. Perniagaan kami telah berkembang agar lebih selaras dengan keperluan pelanggan runcit dan institusi kami dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang menjadikan penjagaan sebagai mata wang utama kami."

Latar Belakang Vantage  

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham dan ETF.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

Jadilah berwibawa untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dengan lebih baik apabila anda berdagang dengan lebih bijak @vantage

Source: Vantage
Keywords: Auto Banking/Financial Service Contracts Hispanic-oriented news New products/services