omniture

Permohonan Pertandingan Kes Pelajar Asia Pasifik IMA 2023 Kini Dibuka

Institute of Management Accountants
2022-11-28 11:00 332

Setiap pemenang akan menerima Biasiswa U.S. CMA dan baucar hadiah Amazon 

SINGAPURA, 28 November 2022 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan secara eksklusif ke atas kemajuan kerjaya perakaunan pengurusan, sedang menerima penyertaan untuk Pertandingan Kes Pelajar Asia Pasifik IMA 2023 mulai sekarang hingga 3 Februari 2023. Pelajar-pelajar universiti di rantau Asia Pasifik dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang mencabar, namun mendatangkan kepuasan ini.

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mentafsir, menganalisis, menilai, mensintesis dan menyampaikan penyelesaian untuk masalah perakaunan pengurusan. Pelajar-pelajar di seluruh Asia Pasifik perlu mendaftar dan bersaing sebagai sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang ahli. Ahli-ahli kumpulan boleh terdiri daripada program-program akademik yang berbeza, tetapi kesemuanya haruslah daripada institusi/universiti yang sama. Sebagai sebahagian daripada pertandingan kes ini, pasukan-pasukan perlu membuat persiapan dan pembentangan secara maya kepada ahli-ahli IMA dan golongan profesional perniagaan yang tersohor.

Kajian kes 2023 ditulis oleh Charles R. Thomas Jr., Ph.D., CMA, CPA, CGMA, dari Tarleton State University, James W. Hesford, Ph.D., dari University of Missouri-St. Louis dan Michael James Turner, Ph.D., dari The University of Queensland. Peserta-peserta perlu berfikir secara strategik dan memanfaatkan kemahiran analitikal mereka untuk menyelesaikan kes perniagaan "Kunapipi Gardens: Transfer Pricing in The Service Industry," yang meminta pelajar-pelajar untuk meneliti kedudukan strategik semasa hotel rekaan tersebut dan mencadangkan sistem pengukuran prestasi yang "ideal".

Tiga pasukan terbaik yang berjaya dalam pertandingan Asia Pasifik ini akan dianugerahkan hadiah* yang terdiri daripada Biasiswa U.S. CMA® (Certified Management Accountant) bernilai lebih AS$2,000, baucar hadiah Amazon dan peluang untuk mengambil bahagian dalam Program Keahlian Pasukan dengan sebuah cawangan IMA.** Di samping itu, pasukan pemenang tempat pertama akan menerima sesi pementoran persediaan dan pembangunan kerjaya yang eksklusif bersama Dr. Josh Heniro, pengarah kanan Asia Tenggara dan Australasia di IMA.

"Pertandingan ini menggalakkan pelajar-pelajar untuk membangunkan penetapan pemikiran mereka yang strategik dengan menganalisis cabaran perniagaan sebenar yang dihadapi oleh perusahaan," kata Heniro. "Di samping itu, ia memupuk kemahiran berfikir secara kritis oleh pelajar, kemampuan untuk membuat pertimbangan yang wajar dan kemahiran komunikasi yang cemerlang. Kesemua ini merupakan kemahiran yang amat dicari-cari dalam profesion ini. Selama bertahun-tahun, kami mendapati pelajar-pelajar mencadangkan penyelesaian yang lebih kreatif untuk masalah dunia sebenar dan kami tidak sabar-sabar menantikan satu pertandingan yang menarik."

Butiran pertandingan penuh tersedia di sini: Pertandingan Kes Pelajar Asia Pasifik IMA 2023

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants) 

IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif untuk memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebanyak dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan lebih daripada 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. 

** Tertakluk kepada kewujudan cawangan tempatan di negara pasukan pemenang.

Source: Institute of Management Accountants
Keywords: Banking/Financial Service Education