omniture

3600 Meter Persegi! Skrin LED Unilumin Bersinar di dalam dan luar Padang di Qatar World Cup

Shenzhen Unilumin Technology Co., Ltd.
2022-11-29 03:34 424

SHENZHEN, China, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Qatar World Cup sedang berlangsung dengan penuh rancak. Di padang bola, pemain-pemain veteran seperti Lionel Messi dan Luka Modric bersaing dengan pendatang-pendatang baharu untuk memenangi trofi terakhir. Di luar padang, peminat-peminat bola sepak dari serata dunia berbondong-bondong ke Qatar dan ketika ini negara berkenaan menjadi sebuah syurga keseronokan. Qatar World Cup pada tahun ini menyaksikan banyak unsur Cina di dalam dan luar padang yang menggamit perhatian dunia. Sebagai wakil bagi teknologi LED Cina, Unilumin menyediakan sejumlah 3600 meter persegi skrin LED untuk Stadium Lusail Qatar, dewan penyiaran televisyen, hotel, pusat membeli-belah dan tempat-tempat lain bagi memastikan perjalanan perlawanan Qatar World Cup yang berjaya.

Stadium Lusel Qatar World Cup
Stadium Lusel Qatar World Cup

Perlawanan pembukaan Kumpulan C Qatar Worl Cup berlangsung pada sebelah petang 22 November waktu Beijing di Stadium Lusail. Papan mata LED gergasi Unilumin merupakan ilustrasi sempurna terhadap glamor sukan ini apabila Arab Saudi menewaskan pasukan bola sepak yang terkemuka di dunia, Argentina, yang diketuai oleh Lionel Messi. Papan mata LED Unilumin juga menambah elemen glamor kepada World Cup tahun ini dengan paparannya yang amat jelas dan pemandangan siaran berpanorama yang menunjukkan setiap detik yang mengujakan kepada peminat bola sepak di serata dunia.

Di luar padang, skrin LED Unilumin turut menjadi sorotan penting. Di Festival Muzik Antarabangsa yang diadakan di Stadium Lusail, menerusi kualiti gambar berdefinisi ultra tinggi dan warna-warna lembut yang terang, skrin LED Unilumin mewujudkan suasana persembahan muzik secara langsung imersif yang menjadi pelengkap kepada penyanyi Bollywood yang paling popular Sunidhi Chauhan serta bintang-bintang terkenal yang lain, lantas menawarkan karnival artistik yang penuh semangat untuk memulakan Piala Dunia!

Bermula daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad hingga hotel-hotel lima bintang bertaraf antarabangsa, daripada dewan penyiaran CCTV di Qatar hinggalah pusat-pusat membeli-belah mercu tanda tempatan, Unilumin mewujudkan ruang yang eksklusif untuk para peminat bola sepak dengan pelbagai paparan LED dan penyelesaian disepadukan termasuk sekitar perlawanan di dalam stadium-stadium Qatar serta acara-acara di sekeliling stadium, lalu menyediakan rangkaian perkhidmatan penuh untuk FIFA World Cup 2022!

Dewan Penyiaran CCTV, Qatar
Dewan Penyiaran CCTV, Qatar

 

Source: Shenzhen Unilumin Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Sporting Events Sports