omniture

CGTN: Visi China menuju Masa Depan melalui Siri Dokumentari CGTN Baharu "China Aspirations"

CGTN
2022-12-02 08:36 50

BEIJING, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Selepas Kongres Kebangsaan ke-20 China, hala tuju negara ini untuk masa depan telah menjadi tumpuan utama komuniti antarabangsa. China Aspirations menawarkan interpretasi baharu bagaimana perubahan China selama bertahun-tahun bersedia untuk membentuk visinya demi masa depan.

Dipersembahkan oleh CGTN, siri dokumentari empat bahagian ini ditayangkan buat julung kalinya pada 24 November di seluruh dunia, China Aspirations akan membawa khalayak menempuh perjalanan ke seluruh dunia, bermula daripada tempat asal tamadun Cina hinggalah tempat bermulanya teknologi kuantum China. Dari kuil Hindu purba Nepal hingga Savannah Kenya yang hebat

Mengikuti kehidupan 24 kumpulan individu, termasuk saintis lakuran nuklear, tukang perisai besi, panjaga gajah, juruanimasi, penggubal dasar, doktor, dsb., siri dokumentari ini mendedahkan petanda di sebalik perubahan luar biasa negara ini dalam dekad yang lalu dengan mendokumentasikan kehidupan individu yang telah membantu membentuk landskap semasa China.

China Aspirations merungkai naratif konvensional China dengan memaparkan karakter-karakter kehidupan sebenar yang jelas yang percaya bahawa mereka harus berbeza dan boleh menjadi berbeza. Bagaimana mereka dapat membuatkan yang mustahil menjadi mungkin dicapai dan hanya dengan 'selesaikan tugas', tetapi lebih penting lagi, bagaimana mereka melihat diri mereka dan peranan penting sebagai warga global.

Siri empat bahagian ini – "NEW COOL", "MONEY STORIES", "MARK MY WORDS" dan "INTO THE FUTURE", akan meliputi topik-topik mengenai budaya, ekonomi, tadbir urus dan hal ehwal global.


Ramai yang berkata China telah menempuh sedekad dengan keyakinan yang semakin meningkat, yang telah menjadi punca kebimbangan ramai pengkritik dan ahli politik. Namun begitu, bagi generasi-genarasi yang membesar pada dekad lalu, perubahan ini kini merupakan bahagian intrinsik dalam kehidupan mereka dan mereka berasa bangga kerana menemui semula warisan mereka dan menghidupkan semula tradisi yang hilang.

China Aspirations memaparkan kesan riak (rippling effect) yang dibawa oleh generasi baharu ini dengan mengambil pendekatan unik dari perspektif penyajak yang romantis, amat berani dan legenda dalam sejarah Cina.

Puisi Song Ci, satu bentuk khas puisi muzik China, telah banyak mempengaruhi dunia rohani rakyat Cina selama lebih seribu tahun. Bekerjasama dengan sekumpulan artis yang berdedikasi untuk mengembalikan bentuk seni yang hilang, siri dokumentari berkenaan, buat julung kalinya, telah dapat mencipta semula lagu yang hilang daripada salah satu puisi Song Ci yang paling terkenal dan berpengaruh untuk dilihat oleh dunia moden.

Siri tersebut turut membongkar rahsia di sebalik bandar China yang berkembang paling pantas, pada kelajuan yang hampir belum pernah didengari di dunia. Bagaimana syarikat teknologi kuantum IPO pertama di dunia beroperasi selepas beberapa pusingan sekatan A.S.

China Aspirations meninjau daya penggerak baharu di sebalik ekonomi kedua terbesar di dunia ini berhubung peralihan kepada mod pembangunan yang berkualiti tinggi, di samping turut mendengar suara generasi baharu dalam menerima perubahan untuk mencapai impian mereka.

CGTN akan melancarkan China Aspirations dalam 15 bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Arab, Bahasa Rusia, Bahasa Perancis, Bahasa Mongolia, Bahasa Hebrew, Bahasa Portugis, Bahasa Hindi, Bahasa Parsi, Bahasa Vietnam, Bahasa Bengali, Bahasa Myanmar, Bahasa Indonesia dan Bahasa Jerman.

Siri penuh dan klip pendek akan turut disediakan di laman sesawang rasmi CGTN, APP dan nama pengguna umum media sosial selepas tayangan perdananya di CGTN.

https://www.cgtn.com/specials/2022/china-aspirations.html

 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services