omniture

Linguaskill Cambridge Manfaatkan Pembelajaran Berkuasa-AI untuk Beri Peluang Sama Rata Global kepada Sektor Pendidikan dan Korporat Asia

Cambridge University Press & Assessment
2022-12-09 03:18 46

SINGAPURA, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Linguaskill, ujian pembelajaran bahasa Inggeris Berkuasa AI termaju untuk institusi-institusi pengajian tinggi serta sektor-sektor korporat yang dibangunkan oleh Cambridge University Press & Assessment, telah terbukti menjadi alat yang tidak ternilai yang memperkasa pekerja di seluruh Asia bagi memastikan pasukan mereka memiliki kemahiran bahasa yang diperlukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Linguaskill mengukuhkan kedudukannya bagi mengambil manfaat sepenuhnya kemajuan transformasi yang telah berlaku dalam pembelajaran dalam talian serta bidang kerja semasa pandemik.

Linguaskill daripada Cambridge
Linguaskill daripada Cambridge

Sebagai respons kepada permintaan yang amat tinggi terhadap kemahiran berbahasa Inggeris untuk pendidikan dan tempat kerja di seluruh dunia dan membina pengalaman luas dalam membangunkan peperiksaan yang utama di dunia untuk pelajar serta guru bahasa, termasuk Cambridge English Qualifications dan IELTS, Linguaskill Test yang dibangunkan oleh Cambridge disediakan dalam dua versi, Linguaskill General dan Linguaskill Business. Syarikat-syarikat mengintegrasikan Linguaskill untuk menapis calon-calon baharu dan sebagai aspek teras dalam program latihan dalaman mereka sebagai standard untuk kenaikan pangkat dalaman yang telah menjadi pendorong untuk kakitangan menghadiri program latihan bahasa.

"Peperiksaan kami telah membantu lebih daripada 55 juta orang di seluruh dunia untuk mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia sementara pengalaman dan kepakaran unik kami meletakkan Cambridge di kedudukan yang utama untuk membantu merapatkan jurang komunikasi di rantau Asia Pasifik. Tatkala Asia terus mengantarabangsakan, kemahiran bahasa Inggeris yang lebih mantap akan membantu perniagaan membuka peluang serta bersaing di peringkat global. Linguaskill akan membantu organisasi-organisasi merekrut individu yang tepat dan membentuk program latihan yang lebih berkesan," tambah Francesca Woodward.

Bersedia mendepani masa depan, berciri adaptif secara menyeluruh dan meliputi empat kemahiran bahasa yang penting, mendengar, bertutur, membaca dan menulis, Linguaskill memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) yang canggih untuk menyesuaikan ujian secara individu mengikut kebolehan setiap calon, lalu membolehkan pengalaman yang diperibadikan. Teknologi di sebalik Linguaskill, disokong oleh kajian Cambridge dan diuji oleh penutur lebih 40 bahasa dari 50 negara, tekal berusaha untuk memastikan keandalan dengan menyesuaikan soalan-soalan, menjadikannya lebih mudah atau lebih susah bergantung pada tahap pengambil ujian. Kemudian, sistem berkenaan menentukan tahap dan gred bahasa Inggeris calon dengan cepat dan tepat.

Francesca Woodward, Pengarah Urusan Global, English of Cambridge University Press & Assessment, berkata, "Linguaskill membantu majikan merekrut individu yang memiliki kemahiran bahasa yang tepat – bukan sekadar pengetahuan yang pasif tentang bahasa Inggeris, sebaliknya kebolehan untuk berkomunikasi dengan efektif. Justeru itu, Linguaskill dibangunkan untuk mempermudah proses menentukan kemahiran bahasa pemohon kerja dan mengaudit kemahiran bahasa kakitangan sedia ada bagi merancang dan menilai latihan."

Linguaskill mudah dijalankan untuk calon individu atau kumpulan kerana ia merupakan satu ujian untuk individu pada semua peringkat, bermula daripada peringkat asas hingga lanjutan. Ujian dalam talian berbilang peringkat ini juga mempermudah proses pengujian dengan membolehkan organisasi-organisasi untuk mengendalikan dan mengawasi di tempat mereka sendiri. Dalam tempoh 48 jam, pentadbir boleh mengakses laporan yang komprehensif dan mendalam sementara keputusan diiktiraf di peringkat antarabangsa, kerana ia selari dengan Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR), piawaian global untuk menerangkan kebolehan bahasa. Kepantasan laporan membolehkan organisasi-organisasi untuk membuat keputusan yang bermaklumat bagi merekrut calon-calon yang memiliki kemahiran bahasa yang tepat dan membantu individu meningkatkan penguasaan bahasa mereka dari masa ke masa.

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Linguaskill

Buat organisasi-organisasi yang berminat untuk menawarkan Linguaskill kepada pelajar, kakitangan atau pelanggan mereka, ketahui lebih lanjut di sini dan sekiranya anda merupakan calon yang ingin menduduki Linguaskill Test, cari sebuah pusat untuk menempah peperiksaan anda.

LATAR BELAKANG CAMBRIDGE UNIVERSITY PRESS & ASSESSMENT

Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk menikmati dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia. Bersama-sama para guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam seluruh perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, seterusnya membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi bertaraf global untuk kecemerlangan akademik, kami memberi pandangan, yang diperoleh daripada kajian mendalam, kepakaran dan pengalaman. Ini memastikan pendekatan unik kami memenuhi keperluan kehidupan sebenar pelajar melalui produk serta perkhidmatan yang inklusif dan boleh dicapai.

Termasuk ramai dalam kalangan kami yang telah menjadi pelajar dan guru bahasa Inggeris, kami semua prihatin akan impak yang diberikan oleh hasil kerja kami di dalam bilik darjah dan selanjutnya. Dengan mendengar, berkolaborasi dan bekerjasama dengan seluruh komuniti kami, kami mengupayakan para guru melakukan apa yang dapat dibuat oleh mereka dengan cara terbaik – mengajar – dan pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka.

Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris dapat membuka peluang untuk pengalaman sepanjang hayat dan – ekoran bahasa merupakan aspek penting dalam menjadi seorang insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja untuk berhubung, berkomunikasi dan menjadi lebih erat bersama-sama.

Di mana dunia anda berkembang.

LATAR BELAKANG CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH

Cambridge Assessment English ialah penerbit dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan adanya keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang. Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan sebanyak 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh. Dengan sokongan yang tepat, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang menggembirakan. Kami bersama anda di setiap langkah perjalanan anda.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education