omniture

Lonjakan Teknologi dalam Kebolehgunaan Keselamatan Awan dengan Inovasi terkini oleh Trend Micro

Trend Micro
2022-12-15 10:06 38

Pelaksanaan tunggal menambah keterlihatan dan perlindungan berpandu untuk akaun AWS dalam beberapa minit

SINGAPURA, 15 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), peneraju keselamatan siber global, hari ini mengumumkan model pelaksanaan perlindungan baru, Trend Micro Cloud Sentry yang memberi nilai hebat untuk pasukan keselamatan dan pasukan pembangunan. Trend Micro, melalui penyelesaiannya, mengenal pasti ancaman dalam beberapa minit dan merekodkan penemuan keselamatan tanpa menjejaskan prestasi dan tanpa mengeluarkan data daripada persekitaran pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Trend Micro Cloud Sentry, sila kunjungi:
https://www.trendmicro.com/en_us/business/products/hybrid-cloud/cloud-sentry.html

"Trend Micro ialah pengusaha terbesar dalam pasaran keselamatan beban kerja awan," kata Philip Bues, Pengurus Penyelidikan, Keselamatan Awan di IDC. "Pasukan keselamatan bergelut untuk mengikuti arus perkembagan pembangunan yang pantas dan menjadi sector kritikal bagi  infrastruktur dan aplikasi awan dilaksanakan merentas persekitaran awan hibrid yang kompleks.

Setiap organisasi tidak hanya terhad kepada keterlihatan, akan tetapi ia juga memerlukan cara sebenar untuk menangani ancaman dan mengurangkan risiko. Trend Micro dapat membawakannya dengan Cloud Sentry."

Penawaran baru ini merupakan satu tindakbalas langsung kepada pasukan keselamatan yang berkongsi bagaimana mereka sering bergelut untuk terus mengikuti kepantasan perubahan aplikasi dalam persekitaran awan awam. Pembangun menggunakan sumber aplikasi baru dan dikemas kini dengan pantas sementara kawalan keselamatan perlu dilaksanakan dengan berkesan untuk semua sumber.

Jason Cradit, Ketua Pegawai Maklumat/Ketua Pegawai Teknologi, Summit Carbon Solutions berkata, "Bekerjasama dengan Trend Micro membolehkan kami melindungi data secara meluas tanpa pelayan untuk diurus dan dalam masa yang sama menyimpan semua data kami di dalam akaun kami. Membawakan kawalan keselamatan tambahan dan jenis sumber kepada gaya keselamatan ini merupakan satu pengubah keadaan untuk kami di seluruh ratusan pasukan teragih."

Menerusi model perlindungan baru ini, organisasi akan memperoleh pandangan beraneka konteks merentas persekitaran beban kerja awan legasi dan natif dengan hanya satu klik, lalu memberikan ruang kepada pasukan keselamatan untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih kritikal. Inovasi ini, dinamakan Trend Micro Cloud Sentry, membolehkan pasukan keselamatan mengurus pelaksanaan tunggal bagi setiap akaun AWS tanpa mengira bagaimana sumber digunakan atau dikemas kini.

Nilesh Jain, Naib Presiden untuk Asia Tenggara dan India, Trend Micro berkata, "Inovasi terkini daripada Trend Micro, Cloud Sentry, menawarkan kegunaan "all in one' dengan keupayaan untuk menyokong keperluan organisasi di Asia dalam perjalanan awannya. Ini mencakupi pemeriksaan data secara setempat hinggalah membantu memenuhi keperluan pematuhan dan kedaulatan data"

Kevin Simzer, Ketua Pegawai Operasi, Trend Micro berkata, "Perubahan kepada keselamatan awan adalah hasil kerjasama yang erat dengan pelanggan kami melalui perjalanan transformasi awan mereka yang mendorong kepada inovasi produk secara berterusan. Keterlihatan berkurangan dan pergeseran meningkat apabila perniagaan mengambil dan mengguna pakai teknologi awan yang baru. Pelanggan meminta kami untuk memberi peluang yang sama rata, maka kami menyediakan penyelesaian keterlihatan yang tidak menjejaskan pengeluaran."

Di samping itu, pasukan keselamatan didayakan dengan lebih baik untuk bekerjasama dengan lancar bersama pasukan pembangun menggunakan data pengurusan risiko dan risikan ancaman untuk memaklumkan keutamaan keselamatan dan menjelaskan keperluan untuk perubahan.

Latar Belakang Trend Micro

Trend Micro, merupakan peneraju keselamatan siber global, membantu menjadikan dunia selamat dalam pertukaran dan perkongsian maklumat digital. Didorong oleh kepakaran keselamatan, kajian ancaman global dan inovasi yang berterusan selama berdekad, platform keselamatan siber Trend Micro melindungi ratusan ribu organisasi dan berjuta individu merentas awan, rangkaian, peranti dan endpoint. Sebagai peneraju bagi keselamatan siber awan dan perusahaan, platform ini menyampaikan pelbagai teknik pertahanan ancaman dinamik yang unggul, dioptimumkan untuk persekitaran seperti AWS, Microsoft dan Google serta keterlihatan berpusat untuk pengesanan dan tindakbalas yang lebih baik dan lebih pantas. Dengan kapasiti seramai 7,000 pekerja merentas 65 negara, Trend Micro memberi kemudahan kepada organisasi dalam urusan dan jaminan kepada dunia terhubung mereka. www.TrendMicro.com

Source: Trend Micro
Related Stocks:
OTC:TMICY Tokyo:4704
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services