omniture

CGTN: TCM terus memainkan peranan signifikan dalam merawat COVID-19

CGTN
2023-01-12 17:46 223

BEIJING, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Perubatan Tradisional Cina (TCM) memainkan peranan yang penting dalam perjuangan China memerangi COVID-19. 

Tatkala China mengalihkan tumpuan tindak balas COVID-19nya daripada mencegah jangkitan kepada melindungi kesihatan rakyat serta mengelakkan kes yang teruk, kekuatan unik TCM dimanfaatkan selanjutnya oleh pihak-pihak berkuasa kesihatan untuk melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat.

Pada 5 Januari, China mengeluarkan versi ke-10 protokol diagnosis dan rawatan untuk COVID-19, yang mencerminkan sepenuhnya pengalaman berharga menggunakan TCM dalam merawat kes-kes teruk dan kritikal. Protokol baharu itu memperkenalkan rawatan TCM bersasar untuk kes-kes teruk dan mengemukakan penyelesaian TCM terapeutik yang agak lengkap untuk kanak-kanak.

Negara ini juga telah membangunkan satu rancangan yang unik untuk menangani wabak COVID-19 dengan menggabungkan penggunaan ubat TCM dan Barat untuk pesakit teruk dan kritikal.

Ketika ini, kepentingan TCM dalam pertempuran memerangi coronavirus diperlihatkan terutamanya dalam tiga aspek.

"Pertama, intervensi boleh distratifikasikan untuk pesakit," kata Huang Luqi, timbalan ketua National Administration of Traditional Chinese Medicine pada 4 Januari di sidang akhbar. "Pesakit boleh memilih TCM yang sesuai untuk rawatan di rumah bagi mengurangkan risiko dan tekanan yang berlebihan ke atas institusi dan sumber perubatan."

Kedua, pesakit yang mengalami gejala ringan dan biasa boleh bergantung pada TCM sebagai rawatan utama, ujar Huang.

Ketiga, TCM memainkan peranan dalam pemulihan. Selepas asid nukleik bertukar negatif, ramai pesakit masih mengalami batuk, letih, berpeluh dan gejala-gejala lain.

"TCM boleh merawat gejala berkenaan dan menjalankan fungsinya dalam pengawalaturan keseluruhan tubuh secara menyeluruh," kata Huang.

China berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membantu pesakit di kawasan luar bandar dengan TCM.

Di Daerah Daming, Bandar Handan, Wilayah Hebei, utara China, para doktor pergi ke kawasan luar bandar, memberi khidmat runding percuma serta diagnosis untuk penduduk kampung yang lebih berusia serta mengagihkan ubat-ubatan percuma, yang kebanyakannya merupakan TCM dan campuran.

"Saya mendapat ubat di sini dua kali dan setelah makan ubat, ahli keluarga saya bertambah baik," kata penduduk Wang Aijiao.

"Hospital kami dan hospital-hospital lain menghantar para doktor ke kampung-kampung dua kali seminggu," kata Yang Chenjuan, seorang doktor daripada Daming Hospital of Traditional Chinese Medicine.

"Kami turut menyediakan kepada mereka dengan ubat-ubatan herba Cina secara percuma, herba untuk mandian kaki dan pengasapan TCM serta menawarkan lebih banyak nasihat kesihatan," kata Yang.

Syarikat-syarikat TCM di seluruh negara ini menggunakan proses pengilangan yang canggih bagi memastikan pengeluaran ubat-ubatan yang mencukupi serta memperhalusi dan memperbaiki teori dan praktis TCM untuk membendung penyakit.

Barisan pengeluaran bagi syarikat farmaseutikal Zhendong Group beroperasi selama 24 jam sehari untuk membuat produk ubat bagi mencegah COVID-19.

"Kami melabur lebih banyak lagi dalam pengeluaran ubat-ubatan Cina proprietari menerusi konsep moden, bermula daripada penanaman dan penyimpanan herba Cina hinggalah pembangunan produk. Ini merupakan satu peluang untuk kami menyumbang kembali kepada masyarakat," kata Li Anping, presiden syarikat.

Terapi TCM masih menawarkan rawatan yang efektif terhadap varian-varian baharu COVID-19.

"Varian-varian semasa kesemuanya mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan bahagian atas," kata Liu Qingquan, presiden Beijing Hospital of Traditional Chinese Medicine, di satu sidang akhbar pada Isnin, menambah bahawa varian-varian baharu yang merebak ke negara-negara lain seperti BQ.1 atau XBB pada dasarnya tidak berbeza daripada BA.5.2 dan BF.7 yang sebahagian besarnya menular di China.

"Terapi TCM kami masih berkesan," kata Liu.

https://news.cgtn.com/news/2023-01-11/TCM-continues-to-play-significant-role-in-treating-COVID-19-1gvsGymjqU0/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Pharmaceuticals Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion