omniture

Menyasarkan "Permainan Kasual Terbaik 2023", Thetan Rivals Perkenalkan Peta Baharu, Mod Permainan Baharu Dan Kekulit Baharu

WOLFFUN PTE. LTD.
2023-01-16 10:44 34
  • Pelancaran Awal didatangkan dengan Pas Musim pertama dan banyak kandungan baharu
  • Kekulit baharu dan unik yang tidak terkira banyaknya untuk menunjukkan citarasa anda

SINGAPURA, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Menutup Beta Terbuka dengan kejayaan cemerlang, Thetan Rivals - pengganti Thetan Arena (Permainan Mudah Alih Terbaik oleh GAM3 Awards 2022) akan mengadakan Pelancaran Awal pada 15 Januari 2023. Kemas kini baharu ini didatangkan dengan pelbagai ciri, yang berjanji untuk memuaskan hati mana-mana pemain.


Cabaran baharu dan pelbagai

Peta dan mod permainan baharu akan diperkenalkan pada peringkat pertama Pelancaran Awal. Peta perlumbaan halangan serba baharu dihiasi dengan tema haiwan kesayangan: lajur haiwan kesayangan dan katil haiwan kesayangan sebagai trampolin, malah perlumbaan dengan buaya. Bersama-sama peta baharu ialah mod permainan baharu yang menyeluruh untuk meningkatkan keterujaan anda – Kawasan Skor. Dalam mod permainan ini, anda perlu membakar Thenions anda agar mendapat kelayakan.

Kesemua kandungan yang baru ditambah ini pasti dapat memikat baik pemain sedia ada mahupun pemain baharu Thetan Rivals.

Iklan Acah Thetan Rivals : https://youtu.be/E_EzAjPi5mE

Tonjolkan keunikan anda dengan pelbagai kekulit baharu

Pasukan Thetan Rivals bekerja sekeras mungkin untuk menyampaikan ratusan kekulit dan kosmetik Thenion baharu kepada pemain untuk dipilih dan mengekspresikan personaliti dan citarasa mereka secara bebas. Kekulit diinspirasikan oleh wira-wira perkasa Thetan Arena, namun dalam versi miniatur dan comel.

Pas Musim Pertama - Opening World

Salah satu sorotan Pelancaran Awal ini ialah pengenalan kepada Pas Musim pertama Thetan Rivals - Opening World. Pas Musim menandakan satu pencapaian penting oleh permainan ini. Dengan Pas Musim ini, kesemua pemain berpeluang untuk menuntut item kegemaran mereka dengan mengumpul mata pengalaman. Anda boleh memperoleh mata ini secara mudah dengan melakukan pencarian setiap hari.

Kedai baharu dan sistem ekonomi baharu

Kedai dalam-permainan mendapat antara muka baharu. Anda boleh mendapatkan item percuma setiap hari hanya dengan mengunjungi kedai ini dan menuntut item itu. Item berkenaan ditukar secara rawak setiap hari.

Sistem ekonomi baharu telahpun dikemas kini. Terdapat lima mata wang: R-Buck, Gold, Season Point, Enhancer dan EXP. Setiap mata wang yang berbeza akan membolehkan anda mendapat item yang berbeza. Sistem kotak dibahagikan kepada dua kategori: Percuma dan Premium.

"Dalam Beta Terbuka, kami dengan gembiranya mengalu-alukan lebih daripada 100K pemain untuk menyertai Thetan Rivals. Kini, dengan matlamat untuk mencipta medan permainan yang mesra untuk pemain, kami melancarkan permainan ini lebih awal dalam pasaran-pasaran terpilih. Pasukan ini berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama erat bagi mengadakan Pelancaran Awal memandangkan kami benar-benar berharap dapat membawa sebanyak mungkin kandungan baharu dan menarik kepada pemain. Ini merupakan satu kejayaan penting buat Thetan Rivals itu sendiri serta Thetan Arena dan projek-projek Thetan World yang berikutnya," kata En. Eric Khanh Nguyen - Ketua Pegawai Eksekutif Wolffun Game.

Thetan Rivals ialah produk dalam ekosistem Thetan World - bersama-sama Thetan Arena. Thetan Rivals masih dalam peringkat pembangunan, bererti akan terdapat lebih banyak ciri dan kandungan yang akan datang semasa pelancaran global rasmi permainan ini pada tahun ini. Bersama-sama Thetan Rivals, Thetan Arena terus mengeluarkan lebih banyak kemas kini untuk memperbaharui dan merancakkan semula komuniti permainan di seluruh dunia.

Ikuti kami melalui saluran rasmi kami:

Latar Belakang Wolffun Game

Wolffun Game  studio dengan pasukan yang bersemangat dan berpengalaman yang telah membangunkan beberapa permainan terkenal dalam genre MOBA untuk platform Mudah Alih dan komputer peribadi (PC). Dengan matlamat untuk mencipta pengalaman permainan yang unik dan menyeronokkan serta meningkatkan peluang pelaburan untuk orang ramai, Wolffun Game menyasarkan untuk memastikan kualiti permainan kami menjadi keutamaan nombor satu. Penuhi Keriangan dan Hubungkan Orang Ramai.

Source: WOLFFUN PTE. LTD.
Related Stocks:
Singapore:NONE
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services