omniture

JA Solar akan Bekalkan kesemua Modul Bercekapan Tinggi untuk projek PV Terbesar Mesir

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-01-18 15:07 49

BEIJING, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- JA Solar memeterai perjanjian perkongsian dengan AMEA Power, salah satu pemaju yang terbesar di UAE dan akan berganding bahu bersama sebuah konsortium yang terdiri daripada China Energy Engineering Group, China Energy International Group dan Zhejiang Thermal Power Construction untuk menyediakan penyelesaian bersepadu kepada projek-projek tenaga angin & fotovolta (PV) berskala gigawatt yang dimulakan oleh AMEA. Antaranya, projek Kom Ombo Abydos di Mesir, dengan kapasiti 560MW, akan menjadi projek PV tunggal yang terbesar di negara ini setelah siap. JA Solar akan membekalkan kesemua modul berkecekapan tinggi DeepBlue 3.0 untuk projek ini. Kerja-kerja pembinaan projek bermula pada awal Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 19 bulan.

Projek PV Kom Ombo Abydos di Mesir dibangunkan, dimiliki serta dikendalikan oleh AMEA Power dan dibiayai oleh International Finance Corporation (IFC), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO). Setelah siap, projek ini akan menyediakan tenaga elektrik yang bersih kepada hampir satu juta penduduk Mesir.

Modul DeepBlue 3.0 Pro yang dipilih untuk projek ini menggunakan teknologi Saling Sambung Fleksibel Tanpa Jurang (Gapless Flexible Interconnection, GFI) proprietari JA Solar. Dengan kecekapan penukaran modul mencecah 21.7%, mengintegrasikan kelebihan kecekapan penukaran yang tinggi, kapasiti penjanaan kuasa yang cemerlang dan keandalan yang tinggi, DeepBlue 3.0 Pro mengimbangi dengan sempurna antara kualiti, kecekapan dan kos, menawarkan kepada pelanggan dengan kos tenaga teraras (LCOE) yang optimum dan memastikan output kuasa tinggi secara berterusan melalui kitar hayat loji PV.

Ketika ini, tenaga fosil tradisional masih menguasai sistem tenaga Mesir, menyumbang sehingga 90% daripada jumlah keseluruhan. Mengikuti trend global ke arah keneutralan karbon, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Mesir menggalakkan pembangunan dan aplikasi tenaga boleh baharu dengan aktif dan menetapkan matlamat untuk meningkatkan bekalan elektrik daripada tenaga boleh baharu kepada 42% menjelang tahun 2035. Pada November 2022, Mesir menganjurkan Persidangan Pihak-pihak ke-27 (COP27) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC). Sebagai pengeluar dalam industri tenaga boleh baharu, JA Solar mengambil bahagian dengan aktif dalam persidangan tersebut dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan serta terus mengamalkan model pembangunan mampan iaitu "Hijau untuk Hijau, Hijau untuk Bertumbuh dan Hijau untuk Hebat" ("Green to Green, Green to Grow, and Green to Great")

Yang Aiqing, Ahli Lembaga dan Presiden Bergilir JA Solar mengulas, ia merupakan satu penghormatan buat JA Solar untuk mengambil bahagian dalam pembinaan projek Kom Ombo Abydos bagi menjadikan tenaga PV berpatutan dan boleh dicapai oleh penduduk tempatan. Afrika memiliki akses yang rendah terhadap kuasa elektrik, namun kaya dengan cahaya matahari dan berkedudukan unik untuk membangunkan tenaga solar. Agar lebih ramai orang mendapat akses kepada kuasa elektrik hijau yang cekap dan andal, JA Solar menggalakkan pembangunan pasaran PV Afrika dengan aktif. Sejak penubuhannya, JA Solar menetapkan misi korporatnya untuk "Membangunkan kuasa solar bagi memberi manfaat kepada seluruh umat manusia". Ia komited dan akan terus berusaha untuk menggalakkan pembangunan teknologi PV dan aplikasi PV di seluruh dunia.

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements