omniture

Docquity menyampaikan 10% pertumbuhan bahagian pasaran untuk pelanggan farmaseutikal berpangkalan di Filipina hanya dalam setahun

Docquity
2023-01-19 13:28 47
  • Jaringan HCP Docquity yang terkemuka dan penyelesaian Awareness to Advocacy (A2A) proprietari melengkapkan pasukan Jualan dan Pemasaran Pelanggan bagi meningkatkan penukaran dalam pasaran produk kesakitan yang amat kompetitif
  • Pelanggan berupaya untuk meningkatkan preskripsi dan hasil jualan, dengan lebih 80% penjimatan kos berbanding pendekatan tradisional

MANILA, Filipina, 19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Docquity, komuniti golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan (HCP) yang terbesar di Asia Tenggara, yang menghubungkan dua daripada tiga orang doktor di rantau ini, membantu sebuah syarikat farmaseutikal berpangkalan di Filipina dalam bidang terapeutik pengurusan kesakitan (Pelanggan) mendapat 10% bahagian pasaran hanya dalam tempoh setahun melalui program Awareness to Advocacy (A2A) Docquity proprietarinya. Dengan memanfaatkan jaringan luas HCP Docquity, pemahaman mendalam tentang keperluan dan keutamaan HCP serta penyelesaian omnisaluran yang mantap, pendekatan ini melengkapkan pasukan Jualan dan Pemasaran Pelanggan untuk meningkatkan jangkauan HCP sebanyak 2.5x melalui hampir 30,000 titik sentuhan dan meningkatkan penukaran dan  pendapatan, pada 17% dari kos menggunakan kaedah-kaedah tradisional seperti wakil-wakil perubatan secara bersemuka.

Pelanggan mengilang produk kesakitan dengan mekanisme tindakan berbeza, menyediakan pendekatan berbilang mod terhadap pengurusan kesakitan yang  lebih efektif untuk pesakit-pesakit tertentu. Walau bagaimanapun, pasaran produk kesakitan merupakan pasaran berpandukan-sumber dan peka-promosi dengan gabungan antara pesaing preskripsi dan belian-di-kaunter (OTC). Meskipun Pelanggan perlu meningkatkan kesedaran dan mendidik doktor tentang peranan dan manfaat pendekatan produknya terhadap pengurusan sakit, wakil-wakil perubatannya berhubung terlebih dahulu dengan hanya sekitar 15% HCP yang merawat pesakit  untuk rawatan kesakitan  dan gejala-gejala yang berkaitan dalam pasarannya.

Bagi mengatasi cabaran ini, Docquity melibatkan Pelanggan ke dalam program A2A, bermula dengan memahami persepsi jenama Pelanggan ketika ini melalui HCP  dalam rangkaiannya dan melaksanakan bantuan omnisaluran bersasar untuk meningkatkan kesedaran terhadap mesej penting jenama ini dan membina kepercayaan melalui pendidikan saintifik. Kemudian, Docquity mengukur secara berterusan perjalanan HCP merentas kohort pemasaran, bermula daripada kohort Kesedaran (HCP yang berinteraksi dengan mesej penting melalui Docquity dan saluran media sosial) hinggalah kohort Kepercayaan (HCP yang  meneruskan  interaksi dengan kandungan pendidikan saintifik seperti kajian kes dan kursus pada platform Docquity) dan kohort Advokasi (HCP yang menunjukkan minat terhadap Seruan Tindakan Pelanggan (CTA)). Berdasarkan  pendekatan ini, Docquity memanfaatkan Wakil-wakil Perubatan Mayanya (VMR) untuk  memulakan perbualan berfokus dengan HCP, disokong oleh keutamaan HCP yang terhasil melalui platform Docquity Insights.

"Melalui pendekatan A2A proprietari daripada Docquity, pelanggan kami di Filipina berupaya untuk membina segmen HCP yang lebih bersasar yang dapat mengenal pasti kes-kes tertentu  di mana produk-produknya adalah  paling relevan. Ini membolehkan pelanggan memupuk hubungan yang bermakna  dengan HCP yang  betul melalui mesej dan saluran yang tepat, mengatasi persaingan industri dan mencapai hasil perniagaan yang luar biasa," kata Amit Vithal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pertumbuhan di Docquity. "Jaringan dan kepakaran kami sebagai platform digital yang dipercayai menghubungkan dan membolehkan HCP di Asia Tenggara meletakkan kami di kedudukan unik untuk terus membangunkan pendekatan ini bagi menyokong organisasi-organisasi penjagaan kesihatan yang ingin meningkatkan penglibatan dengan para doktor."

Dengan keputusan mantap yang disampaikan hanya dalam 12 bulan, Docquity dan Pelanggan telah melangkah maju ke arah model perkongsian komersial jangka panjang,  di mana Docquity  sejajar dengan matlamat perniagaan Pelanggan dan pertumbuhan jenama. Docquity sedang mengadakan perbincangan selanjutnya dengan lebih banyak pertubuhan penjagaan kesihatan di seluruh Asia Tenggara bagi mendemonstrasikan nilai program A2A dan memulakan satu perjalanan bersama untuk memperkasa HCP bagi membina kehidupan yang lebih sihat secara meluas.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti profesional yang terdiri daripada golongan profesional penjagaan kesihatan terbesar yang dipercayai di Asia Tenggara. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung, berkembang serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta mendapatkan pandangan tentang mereka.

Docquity mempunyai lebih daripada 350,000 doktor  di platform ini dan mempunyai pejabat di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Program Awareness to Advocacy (A2A) Docquity

Program A2A Docquity memanfaatkan jaringan HCP utama kami, penyelesaian omnisaluran serta pemahaman yang mendalam tentang persona, keutamaan dan keperluan HCP individu bagi melengkapkan fungsi-fungsi Jualan dan Pemasaran pelanggan kami.

Pendekatan ini memanfaatkan kajian berdasarkan kepada jaringan HCP Docquity untuk melaksanakan bantuan omnisaluran - melalui platform Docquity dan saluran media sosial - kepada mikrosegmen HCP, bagi meningkatkan kesedaran tentang mesej penting jenama ini dan membina kepercayaan melalui pendidikan saintifik. Selanjutnya, Docquity menjejaki perjalanan HCP melalui kohort pemasaran dan menggunakan VMR untuk mengadakan perbualan yang terperinci dengan HCP, disokong oleh  perisikan terhadap persona dan keutamaan HCP.

Program Awareness to Advocacy (A2A) Docquity
Program Awareness to Advocacy (A2A) Docquity

 

Source: Docquity
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals