omniture

Dunia Minecraft bertema musim sejuk baru untuk belajar bahasa Inggeris telah tiba

Cambridge University Press & Assessment
2023-01-20 13:27 140

SINGAPURA, 20 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Para pakar daripada Cambridge University Press & Assessment berkolaborasi dengan Microsoft untuk melancarkan dunia Minecraft bertema musim sejuk baru untuk membantu kanak-kanak belajar bahasa Inggeris. Gormi's Winter Wonderland ialah percubaan kedua oleh Cambridge untuk menggunakan Minecraft sebagai sumber pembelajaran bahasa Inggeris susulan kejayaan Adventures in English with Cambridge Episode 1 yang memenangi anugerah. 

Gormi's Winter Wonderland, dunia Minecraft bertema musim sejuk baharu untuk belajar bahasa Inggeris daripada Cambridge University Press & Assessment
Gormi's Winter Wonderland, dunia Minecraft bertema musim sejuk baharu untuk belajar bahasa Inggeris daripada Cambridge University Press & Assessment

Gormi's Winter Wonderland dirancang untuk menggalakkan kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas untuk belajar bahasa Inggeris dengan menyelesaikan teka-teki dan tugasan yang memfokuskan kemahiran komunikasi kehidupan sebenar. Ia sesuai untuk pemula pada tahap A1 dan ke atas daripada Common European Framework of Reference (CEFR) untuk Bahasa, piawaian antarabangsa bagi keupayaan pembelajaran bahasa. Cabaran dalam-permainan menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pelbagai kemahiran  bahasa baru yang menumpukan kepada perkataan baru, perkataan dalam bentuk baru, ejaan, pembentukan kata, petunjuk visual dan kemahiran pemikiran kritikal. 

Permainan ini telah dibangunkan oleh pakar Cambridge yang serupa yang menghasilkan rangkaian produk pembelajaran dan penilaian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia. Gormi, karakter daripada Adventures in English with Cambridge – Episode 1 pemenang anugerah pada tahun 2021 kini menjadi tumpuan dalam pengembaraan baru ini. Para pemain ditugaskan untuk membantu Gormi membuat persiapan untuk parti musim sejuk dan maju dalam permainan dengan menyelesaikan cabaran dan teka-teki sepanjang jalan

Alex Martin, Pengurus Produk di Cambridge berkata, "Kami ingin mencipta pengalaman pembelajaran bahasa Inggeris yang menarik dan Minecraft merupakan platform yang sempurna kerana ia disukai oleh berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia. Gormi's Winter Wonderland mempersembahkan cabaran dalam-permainan yang menggalakkan kanak-kanak untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka dengan belajar dan menggunakan bahasa yang relevan dan kemahiran komunikasi kehidupan sebenar. Pemain digalakkan untuk memproses maksud bahasa yang mereka temui dan kemudian menggunakannya untuk maju dalam seluruh permainan. Ia merupakan pengalaman yang benar-benar menyeronokkan yang saya pasti akan turut dirasai oleh kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia."

Pemain bebas untuk meneroka dan melengkapkan teka-teki dalam sebarang susunan yang mereka suka dengan petunjuk disediakan dalam 'laporan cuaca' yang boleh ditemui di sekitar iglu. Mereka digalakkan untuk bertahan dan mencuba aktiviti lebih daripada sekali untuk berjaya. Alex berkata kanak-kanak tidak seharusnya terlalu memberi tumpuan pada kesilapan mereka:

'Semasa belajar bahasa, amat mudah untuk termangu pada kesilapan, namun ini merupakan komponen yang diperlukan dalam pembelajaran bahasa. Atas sebab inilah sepanjang permainan ini, pemain digalakkan untuk mencuba sekali lagi sekiranya mereka gagal dalam satu cabaran.'

Anda boleh membaca blog tentang permainan ini di sini: https://education.minecraft.net/en-us/blog/english-cambridge

Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi: https://www.cambridgeenglish.org/learning-english/games-social/adventures-in-english/

LATAR BELAKANG CAMBRIDGE UNIVERSITY PRESS & ASSESSMENT

Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk menikmati dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia. Bersama-sama para guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang sepanjang perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti dengan reputasi bertaraf global untuk kecemerlangan akademik, kami mewujudkan pandangan, diperoleh daripada penyelidikan mendalam, kepakaran dan pengalaman. Ini memastikan pendekatan unik kami memenuhi keperluan kehidupan sebenar pelajar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif dan boleh dicapai.

Termasuk ramai dalam kalangan kami yang pernah menjadi pelajar dan guru bahasa Inggeris, kami semua prihatin tentang impak yang diberikan oleh hasil kerja kami terhadap bilik darjah dan selanjutnya. Dengan mendengar, berkolaborasi dan bekerjasama dengan seluruh komuniti kami, kami mengupayakan para guru untuk melakukan secara terbaik apa yang dapat mereka lakukan – mengajar – dan pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka.

Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membongkar pengalaman sepanjang hayat dan – kerana bahasa merupakan nadi dalam menjadi seorang manusia – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja untuk berhubung, berkomunikasi dan menjadi lebih erat bersama-sama.

Di mana dunia anda berkembang.

LATAR BELAKANG CAMBRIDGE ASSESSMENT ENGLISH

Cambridge Assessment English ialah penerbit dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia tentang adanya keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang. Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan sebanyak 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan bekerja bersama-sama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh. Dengan sokongan yang tepat, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang menggembirakan. Kami bersama anda di setiap langkah perjalanan anda.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment