omniture

Terra Drone Kumpul $14 Juta daripada Wa'ed Ventures Aramco

Terra Drone Corporation
2023-01-25 08:00 44
  • Terra Drone ialah syarikat pemula Asia pertama mengumpul dana daripada Wa'ed Ventures, modal teroka daripada syarikat kedua terbesar di dunia mengikut permodalan pasaran, Aramco
  • Syarikat ini akan menubuhkan subsidiari baharu untuk operasinya di Arab Saudi bagi menjalankan tinjauan dron, pemeriksaan dan pengurusan trafik tanpa pemandu (UTM) di Arab Saudi

TOKYO, 25 Januari 2023  /PRNewswire/ -- Terra Drone Corporation, penyedia dron dan teknologi Mobiliti Udara Bandar (UAM) yang terkemuka, telah mengumpul sebanyak $14 juta dalam pendanaan daripada Wa'ed Ventures, cabang modal teroka daripada pengeluar minyak yang terbesar di dunia, Aramco. Melalui pembiayaan ini, Terra Drone akan menubuhkan sebuah subsidiari baharu di Kerajaan Arab Saudi, Terra Drone Arabia, selaras dengan "Visi 2030" kerajaan Saudi.


Mula diumumkan pada tahun 2016, rancangan pembaharuan Visi 2030 bertujuan untuk merangsang transformasi ekonomi di Arab Saudi dengan mengurangkan pergantungan negara berkenaan terhadap hidrokarbon. Teknologi merupakan aspek penting dalam inisiatif ini dan kerajaan Saudi memfokuskan usahanya untuk menggalakkan penggunaan dron dalam perkhidmatan seperti pemeriksaan aset.

Wa'ed Ventures ditubuhkan pada tahun 2013 dan mengkhusus dalam memupuk inovasi dengan melabur dalam syarikat-syarikat pemula bagi membangunkan ekonomi Arab Saudi. Ini merupakan kali pertama Wa'ed Ventures melabur dalam sebuah syarikat pemula Asia, yang menjadi bukti kepada visi Terra Drone, penyelesaian digital yang canggih dan teknologi dron termaju. Terra Drone akan menyokong subsidiari baharu dengan memanfaatkan seluruh pengalaman perniagaan Terra Drone di peringkat Global, penyedia penyelesaian dron No.1 di dunia dalam bidang tinjauan, pemeriksaan dan pengurusan trafik tanpa pemandu (UTM).

Dengan penubuhan Terra Drone Arabia, Terra Drone akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan minyak-gas. Subsidiari baharu ini juga akan membantu Terra Drone, yang dianggap sebagai antara dua penyedia perkhidmatan dron terbaik di dunia, bagi melanjutkan pengembangannya ke seluruh dunia. Ketika ini, Terra Drone menyediakan dron dan penyelesaian UAM di 10 negara seluruh dunia.

Unifly ialah penyedia teknologi UTM yang terkemuka di dunia, memiliki kehadiran yang kukuh di Eropah dan Amerika Utara. Terra Drone merupakan pemegang saham terbesar Unifly.

Subsidiari baharu Terra Drone Arabia akan terus mendorong pemeriksaan dron bagi menyokong ekonomi Saudi, memastikan UAM yang selamat dan cekap di negara tersebut dan melabur dalam pertumbuhan kedua-dua vertikal.

Laman Khas: http://aramco2023.terra-drone.net/en
Borang Hubungan: https://pro.form-mailer.jp/fms/dc9eb557276524

 

Source: Terra Drone Corporation
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Consumer Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Venture Capital