omniture

Mouser Electronics Tambah Lebih 55 Pengeluar Baharu pada tahun 2022 kepada Kad Lini yang Utama dalam Industri

Mouser Electronics
2023-02-02 15:09 41

SHANGHAI, 2 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (New Product Introduction, NPI) yang terkemuka dalam industri ini yang mempunyai seleksi semikonduktor dan komponen elektronik yang paling luas, menambah 59 pengeluar baharu kepada kad lininya yang utama dalam industri pada tahun 2022, lantas meluaskan pilihan produk dengan signifikan untuk jurutera reka bentuk dan golongan profesional pembeli di serata dunia. Dengan menawarkan seleksi luas teknologi yang paling canggih kepada pelanggan, Mouser membantu pereka bentuk mengelakkan reka bentuk semula yang mahal, kelewatan pengeluaran, malah penamatan projek.


Mouser bekerjasama erat dengan lebih 1,200 rakan pengeluarnya untuk menyediakan akses yang paling pantas dan paling mudah kepada komponen terbaharu dalam industri ini. Sepanjang tahun 2022, memandangkan banyak syarikat menghadapi cabaran rantaian bekalan, pengeluar semikonduktor dan komponen elektronik bergantung pada Mouser untuk membantu mereka memperkenalkan produk mereka dengan jayanya dalam pasaran global.

"Mouser memberi tumpuan yang unik untuk menawarkan kepada pelanggan kami dengan seleksi paling luas teknologi dan produk terkini daripada pengeluar-pengeluar komponen elektronik terkemuka," kata Jeff Newell, Naib Presiden Kanan Produk Mouser Electronics. "Menambah bilangan pembekal baharu yang signifikan ini mengukuhkan reputasi Mouser sebagai kedai sehenti untuk semua komponen bahagian papan dan alat pembangunan berkaitan yang diperlukan untuk reka bentuk projek keseluruhan."

Antara rakan-rakan pengeluar baharu yang ditambah oleh Mouser pada tahun 2022 ialah:

·  Allegro MicroSystems, peneraju global bagi penyelesaian kuasa dan penderiaan untuk kawalan pergerakan dan sistem cekap tenaga.

·  Kingston, pengeluar penyelesaian memori dan storan global yang terkemuka. Kingston membekalkan peranti memori kepada pusat data, penyedia infrastruktur awan dan pengeluar PC terunggul, serta syarikat-syarikat yang membangunkan trend yang seterusnya bagi peranti pintar.

·  Amphenol LTD, sebahagian daripada keluarga syarikat yang membentuk Amphenol Corporation, menawarkan perkhidmatan pengeluaran untuk rangkaian penyelesaian penyambung dan saling hubung yang luas, termasuk pengacuan lebihan, pemasangan kabel dan pempakejan elektronik.

·  Menlo Micro, pengeluar yang bertanggungjawab mencipta kategori suis elektronik baharu sepenuhnya untuk RF, gelombang mikro, gelombang milimeter, penyelesaian kuasa AC/DC dan banyak lagi.

·  Advanced Photonix, pembekal sensor optoelektronik, peranti dan instrumen terkemuka yang digunakan oleh pasaran ujian dan pengukuran, kawalan proses, perubatan, telekomunikasi dan pertahanan.

Untuk maklumat lanjut tentang rakan-rakan pengeluar terbaru Mouser, sila ke https://www.mouser.com/new-manufacturer/.

Untuk melihat produk terkini yang tersedia daripada Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/new/.

Latar Belakang Mouser Electronics

Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik sah yang memfokuskan Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar utamanya. Menawarkan perkhidmatan kepada jurutera reka bentuk elektronik dan komuniti pembeli global, laman sesawang pengedar global, mouser.com, disediakan dalam pelbagai bahasa dan mata wang serta menampilkan lebih 6.8 juta produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 27 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas dalam bahasa, mata wang dan zon waktu tempatan. Pihak pengedar membuat penghantaran kepada lebih 650,000 pelanggan di 223 negara/wilayah daripada kemudahan pengedarannya yang canggih dan berkeluasan 1 juta-kaki-persegi di Dallas, Texas, kawasan metro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Tanda dagangan

Mouser dan Mouser Electronics ialah tanda dagangan berdaftar Mouser Electronics, Inc. Semua produk, logo dan nama syarikat lain yang disebut di sini mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing.

 

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services