omniture

Aratek TruFace: Penyelesaian Keselamatan Biometrik Lebih Pintar untuk Kawalan Akses

Aratek Biometrics
2023-02-06 12:00 44

TAIPEI, 6 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Aratek, peneraju bagi biometrik dan industri keselamatan, baru-baru ini melancarkan "Aratek TruFace", penyelesaian keselamatan biometrik komprehensif yang direka bentuk untuk merevolusikan keselamatan kawalan akses dan memaksimumkan kecekapan tenaga kerja.

Sistem kawalan akses biometric Aratek Truface menyediakan anda dengan teknologi pengecaman wajah canggih, menawarkan anda dengan perlindungan yang tiada tandingan dalam hanya beberapa minit.
Sistem kawalan akses biometric Aratek Truface menyediakan anda dengan teknologi pengecaman wajah canggih, menawarkan anda dengan perlindungan yang tiada tandingan dalam hanya beberapa minit.

Penyelesaian Aratek TruFace merupakan cara yang sempurna untuk memastikan kemudahan anda dilindungi. Dengan kawalan akses biometrik, pengurusan pengunjung dan keupayaan pengesanan kehadiran masa, ia merupakan padanan yang hebat untuk institusi-institusi dalam pelbagai industri seperti pendidikan, kerajaan, penjagaan kesihatan, perniagaan, penguatkuasaan undang-undang, peruncitan dan hospitaliti.

Penyepaduan mudah dengan infrastruktur keselamatan semasa anda 

Penyelesaian Aratek TruFace mudah ditetapkan dan digunakan. "API dan SDK kami menjadikannya amat mudah untuk mengintegrasikan aplikasinya dengan infrastruktur keselamatan anda, seperti pengawasan video atau sistem penggera, berserta platform pengurusan HR seperti penjejakan kehadiran dan sistem gaji," kata Samuel Wu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Antarabangsa Aratek.

"Aratek TruFace memberi kawalan akses biometrik yang menyenangkan dan penyelesaian pengesanan kehadiran yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja hampir serta-merta – tanpa memerlukan latihan yang panjang atau persediaan yang rumit supaya anda boleh menikmati keselamatan dan kecekapan yang lebih baik sekelip mata," jelas Samuel Wu.

Menyelaraskan kawalan akses dengan penyelesaian biometrik tunggal yang berkuasa 

Penyelesaian Aratek TruFace menggabungkan terminal pengecaman wajah "Aratek BA8300" yang canggih dengan platform perisian "Aratek TruFace Manager" berkuasa, bagi menyampaikan sistem yang intuitif dan tangkas untuk sebarang perniagaan.

  • Perkakasan Aratek TruFace: Terminal pengecaman wajah tiada tandingan 

Terminal pengecaman wajah "Aratek BA8300" menyediakan keupayaan pengesahan berbilang faktor termaju seperti pengecaman cap jari, pembacaan kad RFID, pengimbasan kod bar dan pengecaman wajah. Dengan peranti ini dipasang dalam bangunan anda, anda akan dapat menjamin akses dan memaksimumkan kebolehgunaan merentas berbilang aplikasi.

"Pengguna boleh mendapat akses dengan membolehkan wajah, cap jari atau kad RFID mereka diimbas atau dengan mod kombinasi, menambah satu lapisan keselamatan tambahan ke kawasan yang dilindungi," ujar Samuel Wu.

  • Perisian Aratek TruFace: Tingkatkan keselamatan anda dengan platform inovatif 

Platform perisian "Aratek TruFace Manager" yang hebat memberi kawalan sepenuhnya kepada pentadbir terhadap pengurusan peranti, diagnostik peranti, tetapan peraturan kawalan akses dan penjejakan kehadiran. Melalui papan pemuka gambaran keseluruhannya yang intuitif, membolehkan pentadbir memvisualisasikan metrik prestasi dalam laporan yang jelas.

Selain itu, menerusi aplikasi mudah alih untuk telefon Android dan iOS, pekerja boleh mengurus kehadiran secara jarak jauh dengan ciri-ciri seperti merakamkan waktu masuk/keluar, memohon cuti dan membuat laporan kehadiran. Penyelesaian ini menawarkan kepada perniagaan dengan cara yang andal, selamat dan mudah bagi memantau dan memperkukuh keperluan keselamatan mereka.

Latar Belakang Aratek Biometrics

Aratek ialah peneraju global bagi biometrik dan industri keselamatan. Selama lebih 20 tahun, kami menyediakan produk biometrik canggih yang disesuaikan mengikut keperluan kerajaan, sekolah, bank dan pelbagai institusi lain agar menjadi lebih selamat dan cekap. Bermula daripada pengimbas cap jari termaju dan peranti kawalan akses pengecaman wajah, sehinggalah sistem keselamatan fizikal yang mantap dan perisian biometrik - Aratek akan membantu dalam menangani cabaran yang paling sukar bagi anda!

Source: Aratek Biometrics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security