omniture

Hisense Berada di Kedudukan No.2 Secara Global untuk Penghantaran TV pada 2022

Hisense
2023-02-23 10:24 219

Penghantaran televisyen global mencatat rekod pada 2022 mewakili paras tinggi yang bersejarah dalam sejarah Hisense

QINGDAO, China, 23 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pemulihan pantas syarikat-syarikat perindustrian China yang terkemuka dan kekuatan kompetitif mereka dalam sektor perkakas rumah pengguna global khususnya, telah diperkukuh oleh data yang terkini daripada institut penyelidikan pasaran terkemuka Omdia, lantas menunjukkan bahawa penghantaran global Hisense TV, untuk sepanjang tahun 2022, mencecah jumlah tahunan sebanyak 24.5 juta, memberi kedudukan No.2 secara keseluruhan kepada Hisense dalam pasaran global, dengan pertumbuhan 16.1% berbanding tahun sebelumnya.

Penghantaran mencatat rekod pada tahun 2022 mewakili paras tinggi yang bersejarah dalam sejarah Hisense, lalu menunjukkan penguasaan global syarikat ini yang semakin meningkat dalam industri televisyen China, dengan pertumbuhan Hisense berbanding tahun sebelumnya menyenaraikannya di kedudukan lima teratas daripada semua syarikat global dalam sektor ini.

Jumlah Penghantaran TV Global 2022
Jumlah Penghantaran TV Global 2022

Sebagai peneraju teknologi dan pasaran dalam bidang industri televisyen Laser, bahagian penghantaran global 2022 Hisense sebanyak 53.5% turut menyenaraikan syarikat ini di kedudukan No.1 dalam kategori televisyen Laser.

Dalam pasaran yang semakin kompetitif, syarikat ini memberi tumpuan penting ke atas keperluan pelanggan yang semakin berubah-ubah dengan inovasi yang berterusan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, meningkatkan pasaran televisyen domestik sambil mengembangkan bahagian pasaran dalam pasaran luar negara. Syarikat ini turut memberi penekanan ke atas penjualan luar negara dan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan berpandukan inovasi.

Sebagai komponen penting dalam strategi masa depannya untuk mencapai pertumbuhan, Hisense akan memperkukuh komitmennya bagi menyampaikan penyelesaian premium demi memastikan pengguna mengalami keseronokan pada tahap seterusnya.

Latar Belakang Hisense
Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sejak 54 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang kepada nilai-nilai teras iaitu "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kelestarian" serta strategi pembangunan "Asas Teknologi yang Bagus dan Operasi yang Mantap". Perniagaan ini meliputi bidang-bidang termasuk industri multimedia, perkakas rumah, maklumat pintar IT dan perkhidmatan moden. Dengan pembangunan yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan Hisense diperluaskan ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. TV Pintar, yang merupakan teras perniagaan B2C Hisense, sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri global. Selain B2C, Hisense turut berada di kedudukan utama global dalam industri-industri B2B termasuk Pengangkutan Pintar, Perubatan Jitu dan Komunikasi Optik.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics Retail