omniture

CGTN: China tegaskan tingkatkan strategi negara, keupayaan strategik disepadukan

CGTN
2023-03-10 05:40 41

BEIJING, 10 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Dalam sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 yang sedang berlangsung, badan perundangan tertinggi China, menghimpunkan 2,977 timbalan daripada pelbagai profesion dan latar belakang. Antara penggubal undang-undang negara tersebut, 281 adalah daripada angkatan tentera, membentuk kumpulan penggubal undang-undang yang terbesar di mesyuarat pada tahun ini.

Presiden Cina Xi Jinping mengambil bahagian dalam salah satu mesyuarat pleno delegasi tentera semasa sesi NPC pada setiap tahun bagi membincangkan isu-isu ketenteraan.

Pada hari Rabu, semasa menghadiri mesyuarat pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat Cina (PLA) dan Pasukan Polis Bersenjata Rakyat semasa sesi pertama NPC ke-14 tahun ini, kehadiran beliau yang ke-11, Xi menegaskan kepentingan membuka ruang baharu untuk meningkatkan strategi negara dan keupayaan strategik yang disepadukan.

Bagi mencapai tujuan tersebut, usaha harus dilakukan untuk memperoleh momentum daripada pembaharuan dan inovasi, tegas Xi, menggesa lebih banyak kemajuan berhubung hal ini.

Membina keupayaan strategik

Dalam laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) pada Oktober, China berikrar untuk memodenkan selanjutnya pertahanan negara dan juga ketenteraannya.

Negara ini akan meningkatkan keupayaan strategik tentera bagi mempertahankan kedaulatan, sekuriti dan kepentingan pembangunan China dan menyaksikan bahawa angkatan tentera memenuhi misi dan tugas mereka dengan berkesan dalam era baharu, menurut laporan tersebut.

Di mesyuarat pleno pada hari Rabu, Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, berkata bahawa mengukuhkan dan meningkatkan strategi negara dan keupayaan strategik disepadukan mempunyai kepentingan mendalam bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan memajukan penggiatan semula negara China yang hebat dalam semua bidang, serta bagi mencapai matlamat untuk ulang tahun keseratus PLA pada tahun 2027 dan memartabatkan angkataan tentera kepada standard bertaraf dunia dengan lebih pantas.  

Mengetengahkan matlamat untuk memaksimumkan keupayaan strategik negara China, Xi menggesa usaha bagi mengintegrasikan susun atur yang strategik, sumber dan kekuatan dalam semua bidang, dalam usaha untuk meningkatkan kekuatan keseluruhan negara ini secara sistematik bagi menghadapi risiko strategik, melindungi kepentingan strategik dan merealisasikan objektif strategik.

Xi menggesa usaha untuk memajukan inovasi kolaboratif dalam sains dan teknologi, dengan tumpuan pada inovasi bebas dan asli, seterusnya membina swadaya tahap tinggi serta kekuatan dalam sains dan teknologi pada kadar yang lebih pantas.

Keupayaan strategik dalam bidang-bidang baru muncul harus diperkukuh bagi mengejar kelebihan baharu dalam pembangunan negara dan persaingan antarabangsa manakala kebingkasan rantaian industri dan bekalan harus ditingkatkan, kata beliau.

Sebelum berucap di mesyuarat tersebut, presiden mendengar pandangan dan cadangan yang dikongsi oleh enam timbalan tentera yang menyebut tentang keupayaan teknologi pertahanan, pembinaan infrastruktur utama dan pendidikan pertahanan negara untuk orang awam.

Dalam ucapan beliau, Xi mengarahkan penyelarasan pembinaan infrastruktur utama, mempercepatkan pembinaan rizab negara dan menjadikan rizab tersebut lebih berupaya menjaga keselamatan negara.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-08/Xi-attends-plenary-meeting-of-delegation-of-PLA-armed-police-1i0Cgn1PUY0/index.html 

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Broadcast feed announcements