omniture

Mitra Bukalapak Rapatkan Jurang Akses Kewangan dan Pacu Ekonomi Digital Indonesia

Bukalapak
2023-03-13 23:56 37

JAKARTA, Indonesia, 13 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Mitra Bukalapak, pemain dalam-talian-ke-luar-talian (o2o) dan subsidiari syarikat teknologi Indonesia Bukalapak ("IDX:BUKA''), ditubuhkan pada tahun 2018 untuk mengubah warung menjadi tempat jualan moden melalui pendigitalan. Warung merupakan gerai kecil yang dikendalikan oleh keluarga yang menjual barangan runcit. Ia boleh ditemui di mana-mana di negara ini. Atas sebab inilah ramai rakyat Indonesia bergantung pada warung untuk membeli-belah, mewakili hingga 70% jualan di negara ini. Malangnya, ramai pemilik warung terhalang keupayaan mereka untuk berkembang ekoran isu kewangan, infrastruktur dan akses.

One of Mitras with over 3X increase.
One of Mitras with over 3X increase.

Di sinilah Mitra Bukalapak memainkan peranannya. Daripada hanya satu aplikasi, warung berupaya membeli stok barangan dan membolehkannya dihantar ke depan pintu warung mereka. Mereka juga boleh menjual lebih 42 jenis produk dan perkhidmatan maya, termasuk kredit telefon prabayar, token elektrik dan pindahan wang.

Ketika ini, lebih 15 juta warung dan perusahaan kecil-kecilan yang lain di lebih 200 bandar di Indonesia berdaftar dengan Mitra Bukalapak. Setelah menggunakan aplikasi ini, pengguna berjaya meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 3 kali ganda (secara purata) dan menggaji sehingga 3 orang pekerja. Mitra Bukalapak merupakan pemacu penting perniagaan keseluruhan Bukalapak, menyumbang 53% dalam suku ketiga tahun 2022, satu peningkatan daripada 43% pada tahun sebelumnya.

Di seluruh negara, Mitra Bukalapak ialah peneraju bagi pasaran o2o dengan penembusan 56% ke warung dan kios kredit telefon prabayar berkenaan menggunakan aplikasi o2o, menurut tinjauan tahun 2022 oleh Nielsen.

Memperkasa Rangkuman Dipacu-Komuniti

Impak yang dibawa oleh Mitra Bukalapak kepada PMKS telah membantu rangkuman digital mendekati bahagian Indonesia yang sebelum ini dianggap terlalu terpencil. Akses kepada produk maya dan kewangan yang diupayakan oleh Mitra Bukalapak membolehkan semua orang mendapat perkhidmatan yang lebih baik - terutamanya pelanggan di komuniti luar bandar yang benar-benar bergelut untuk mendapat perkhidmatan digital yang berkualiti.

"Dengan melengkapkan warung dengan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada ahli-ahli komuniti mereka, kami dapat memperkasa mereka untuk menjadi ejen tempatan bagi rangkuman kewangan" kata Howard Gani, Ketua Pegawai Eksekutif Mitra Bukalapak.

Mitra Bukalapak turut membangunkan program-program pendidikan, agar pengguna mengetahui cara untuk mendapatkan faedah maksimum daripada aplikasi ini, serta memperoleh ilmu perniagaan asas. Program-program tersebut dibangunkan khusus untuk Juwara, sebuah komuniti yang terdiri daripada pengguna Mitra Bukalapak dari seluruh Indonesia. Secara berkala, ahli-ahli komuniti menyertai sesi pendidikan tentang pelbagai jenis topik, bermula daripada panduan teknologi hingga pengurusan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mitra.bukalapak.com.

 

 

 

 

Source: Bukalapak
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology