omniture

CGTN:Swadaya dan kekuatan lebih tinggi dalam sains-teknologi satu kemestian untuk pembangunan berkualiti tinggi

CGTN
2023-03-15 10:18 31

BEIJING, 15 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pembangunan yang berkualiti tinggi, yang memerlukan pembangunan yang inovatif, terselaras, hijau dan terbuka dan pembangunan buat semua, merupakan salah satu perkataan yang disebut-sebut semasa berlangsungnya Two Sessions China yang baru melabuhkan tirainya, yang membincangkan keutamaan pembangunan 2023 dalam ekonomi kedua terbesar di dunia ini.

Semasa menghadiri perbincangan bersama rakan-rakan timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) beliau daripada delegasi Wilayah Jiangsu semasa sesi tersebut, Presiden Xi Jinping menegaskan kepentingan untuk mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi, menggelarnya sebagai tugas "pertama dan terpenting" dalam usaha pemodenan China. Presiden menyatakan bahawa menggiatkan usaha untuk mencapai swadaya dan kekuatan yang lebih tinggi dalam sains dan teknologi merupakan laluan yang perlu diambil oleh negara ini bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi.

China harus berusaha untuk mencapai swadaya dan kekuatan yang lebih tinggi dalam sains dan teknologi, menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri, memajukan pembangunan bandar-luar-bandar dan serantau terselaras serta memupuk pembangunan ekonomi dan sosial hijau dan karbon rendah, Xi mengulanginya apabila berucap di mesyuarat penutup sesi pertama NPC ke-14 pada Isnin.

Perdana Menteri Cina Li Qiang turut berikrar untuk menumpukan usaha bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dan menyatakan bahawa China akan meningkatkan kapasiti dalam sains dan teknologi serta inovasi, mempercepatkan pembinaan sistem perindustrian moden dan memajukan peralihan ke arah pembangunan hijau.

China telah mengorak langkah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan, meluaskan penghasilan tenaga bersih dan memupuk pusat pertumbuhan dengan strategi pembangunan serantau, berserta kemajuan dalam bidang-bidang lain untuk mencapai pertumbuhan yang inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan dikongsi.

Inovasi sains-teknologi menyokong pembangunan berkualiti tinggi China

Seawal tahun 2014, dalam satu lawatan pemeriksaan Wilayah Jiangsu, Xi menekankan peranan inovasi dalam pembangunan ekonomi, berkata bahawa China harus bergantung pada inovasi untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berterusan dan sihat.

China melaksanakan sepenuhnya strategi pembangunan dipacu inovasi serta menambah baik dan menaik taraf struktur perindustrian dalam tempoh lima tahun yang lalu, menurut laporan kerja kerajaan 2023.

China menggalakkan pembangunan ekonomi sebenar melalui inovasi dan terus memupuk pemacu pertumbuhan yang baharu, menurut laporan tersebut. Peranan utama inovasi teknologi diperkukuh, katanya, menambah bahawa China melancarkan beberapa projek inovasi sains-teknologi utama dan menggiatkan usaha untuk memperoleh kejayaan penting dalam teknologi teras melalui bidang-bidang utama.

Dalam mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi, China turut menggandakan inovasi teknologinya sebagai pemacu pertumbuhan yang utama. Pada tahun 2022, China membelanjakan sebanyak 3.09 trilion yuan ($449 bilion) mencatat rekod ke atas penyelidikan dan pembangunan, satu peningkatan 10.4 peratus berbanding tahun sebelumnya yang boleh dikreditkan dengan usaha yang dipercepatkan oleh negara ini untuk meningkatkan keupayaan inovasinya demi lebih banyak pencapaian penting.

China menyaksikan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global melonjak daripada tangga ke-34 pada tahun 2012 kepada tangga ke-11 tahun lalu, dengan ekonomi berkembang pada purata kadar tahunan 6.6 peratus antara tahun 2013 dan 2021, lalu menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

China menjadikan inovasi sains-teknologi manfaat awam global

Apabila mengukuhkan kekuatannya dalam sains dan teknologi, China juga komited untuk berkongsi teknologinya bersama rakan-rakan kongsi seluruh dunia dan bekerjasama untuk meningkatkan tadbir urus sains dan teknologi global

Mempunyai jaringan kereta api berkelajuan tinggi yang terpanjang dan digunakan secara paling meluas di dunia, China telah membantu beberapa negara membina dan menaik taraf alihan rel mereka dengan teknologi kereta apinya yang canggih. Naib Presiden Bank Dunia untuk Asia Selatan Martin Raiser berkata teknologi kereta api China akan membawa pembangunan bandar, pelancongan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Lihat China-Laos Railway, projek Jalur dan Jalan yang utama. Sejak operasinya bermula pada Disember 2021, Laos yang dikelilingi daratan menjadi hab sambungan darat di Asia Tenggara. Bahagian Lao kereta api tersebut telah mencipta lebih daripada 110,000 pekerjaan tempatan.

Melalui mekanisme berbilang hala seperti Inisiatif Jalur dan Jalan serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, pencapaian sains-teknologi China telah memberi pilihan baharu dalam komunikasi 5G, bioperubatan dan pelbagai bidang, di samping turut menyediakan momentum pertumbuhan.

Sistem Satelit Navigasi BeiDou China (BDS) merupakan satu lagi contoh produk, teknologi dan perkhidmatan Cina yang telah digunakan dalam lebih daripada 120 negara dan wilayah.

China telahpun menubuhkan pusat-pusat promosi aplikasi dan industrialisasi BDS luar negara dan berusaha untuk membina asas kukuh untuk industri navigasi satelit, menurut kertas putih yang bertajuk "China's BeiDou Navigation Satellite System in the New Era" ("Sistem Satelit Navigasi BeiDou China dalam Era Baharu") yang diterbitkan pada November 2022.

China memperkukuh kerjasama dengan organisasi-organisasi serantau seperti ASEAN, Kesatuan Afrika, Liga Negara-negara Arab dan Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean serta melancarkan penyelesaian berasaskan BDS dalam bidang bandar pintar, keselamatan awam, pertanian jitu, pengangkutan digital serta pencegahan dan pengurangan bencana yang sedang diuji di Asia, Afrika dan Amerika Latin, menurut kertas putih tersebut.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-13/Speeding-up-self-reliance-in-sci-tech-a-path-to-high-quality-development-1i8T09vixbi/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service