omniture

Mindray Revolusikan Cara Menggunakan Ultrabunyi dengan TE Air, Sistem Ultrabunyi Pegang Tanpa Wayar Pertamanya

Mindray Medical
2023-03-16 17:55 42

SHENZHEN, China, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), salah satu pembangun dan penyedia peranti dan penyelesaian perubatan termaju yang terkemuka di dunia, baru-baru ini melancarkan sistem ultrabunyi pegang tanpa wayar pertamanya, TE Air.

Sistem ultrabunyi pegang tanpa wayar, TE Air, Inovasi Tidak Terikat
Sistem ultrabunyi pegang tanpa wayar, TE Air, Inovasi Tidak Terikat

"Dibina daripada teknologi Mindray yang terkemuka, TE Air telah melakar kejayaan cemerlang yang bersejarah bagi tahap kualiti imej ultrabunyi pegang, mengintegrasikan kualiti imej tahap-profesional menjadi sistem tanpa wayar kecil dan ringan. Prestasi premiumnya dan mudah alih tanpa wayar membolehkan doktor-doktor perubatan membuat diagnosis pada bila-bila masa dan di mana-mana dengan yakin," kata Xujin He, Pengurus Besar Unit Perniagaan Sistem Pengimejan Perubatan di Mindray.

Direka khas untuk memenuhi kehendak golongan profesional penjagaan kesihatan global terhadap peranti ultrabunyi mudah alih berkualiti lebih tinggi yang mudah digunakan dalam pelbagai persekitaran perubatan dan menyampaikan pengimejan ultrabunyi titik-penjagaan (POCUS) yang tajam, TE Air merevolusikan cara menggunakan ultrabunyi dengan mentransformasikan sistem ultrabunyi yang rumit menjadi peranti bersaiz kecil, sambil mengekalkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan klinikal yang lebih tinggi.

Dikuasakan oleh platform eWave Mindray dan teknologi Single Crystal generasi kedua, TE Air menyampaikan imej-imej berkualiti tinggi dengan penggunaan kuasa yang rendah demi prestasi unggul. Sementara itu, dengan ciri-ciri pratetap pemeriksaan khusus dan mod pengimejan komprehensif, TE Air membolehkan doktor-doktor perubatan melakukan pemeriksaan ultrabunyi dengan lebih cekap dan menawarkan bantuan pembuatan keputusan yang lebih tepat.

Reka bentuk bebas wayar TE Air dan saiz kompak yang dapat dimuatkan dengan mudah dalam poket, toleransi pembasmian kuman tahap tinggi dan pengecasan yang fleksibel untuk mobiliti yang ekstrem, memperkasa doktor-doktor perubatan menangani cabaran yang dibawakan oleh senario klinikal mudah alih yang tidak dijangkakan. Air Capsule yang unik berfungsi sebagai sarung pelindung dan pengecas tanpa wayar mudah alih yang memastikan peranti beroperasi sepanjang hari, mengambil masa hanya 35 minit untuk mengecas peranti dengan pantas. Dengan reka bentuk tahap-IP68 kalis air dan kalis debu, peranti ini boleh direndamkan sepenuhnya untuk pembasmian kuman tahap tinggi, sesuai untuk kawalan jangkitan hospital.

TE Air App, disediakan untuk Android dan iOS, mengimbangi antara kesederhanaan dan kecekapan dengan membolehkan operasi satu-tangan di mana-mana lokasi dengan sempurna. TE Air boleh berhubung dengan peranti-peranti canggih seperti Sistem Ultrabunyi Mindray TEX20, lalu mengupayakan penyedia untuk menangani batasan kord dan ruang sempit sekali gus menawarkan fungsian yang premium. Ia juga boleh berintegrasi secara lancar dengan sistem maklumat hospital bagi membantu meningkatkan aliran kerja. Di samping itu, data dinyahkenalpasti yang dikumpul boleh disimpan dan dikongsi bagi memenuhi keperluan pengajaran, latihan, perundingan dan perkongsian kes.

 

 

 

 

Source: Mindray Medical
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Keywords: Health Care/Hospital