omniture

Perjanjian berjuta-juta dolar eksklusif antara mu Space dan OneWeb sokong penyelesaian sambungan Orbit Bumi Rendah (LEO) di Tanah Besar Asia Tenggara

mu Space Corp
2023-03-20 11:36 36

BANGKOK, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- mu Space, pengeluar aeroangkasa dan penyedia perkhidmatan internet satelit berpangkalan di Asia Tenggara, dan OneWeb, sebuah syarikat komunikasi satelit Orbit Bumi Rendah telahpun menandatangani satu perjanjian eksklusif untuk menyediakan penyelesaian sambungan Orbit Bumi Rendah (LEO) OneWeb di seluruh tanah besar Asia Tenggara termasuk Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Malaysia.

An exclusive multi-million dollar deal between mu Space and OneWeb supports Low Earth Orbit (LEO) connectivity solutions in Mainland Southeast Asia
An exclusive multi-million dollar deal between mu Space and OneWeb supports Low Earth Orbit (LEO) connectivity solutions in Mainland Southeast Asia

mu Space akan menjadi satu-satunya rakan kongsi untuk OneWeb di tanah besar Asia Tenggara dan akan menjadi pengedar tunggal bagi pelbagai jenis perkhidmatan untuk setiap sektor termasuk sektor kerajaan, telekomunikasi, penerbangan, maritim, kenderaan darat, pengangkutan balik dan penjagaan kesihatan bagi menyokong keperluan pelanggan sebagai penghubung komuniti terpencil di rantau ini. Perjanjian ini akan membantu lokasi-lokasi terpencil mendapat sambungan internet dan akhirnya membantu kehidupan harian mereka. Pemantauan jarak jauh terhadap bencana alam seperti kebakaran hutan hanyalah satu contoh menyelamatkan nyawa yang boleh diperoleh oleh komuniti terpencil melalui perjanjian ini. Di samping itu, pendidikan dan penjagaan kesihatan jarak jauh merupakan keadaan penggunaan yang mungkin boleh dijalankan untuk sambungan termaju yang ditawarkan oleh mu Space dan OneWeb.

Perjanjian ini boleh menyaksikan anggaran hasil sebanyak $100 Juta atau 3 Bilion Baht, dalam enam tahun pertama menawarkan perkhidmatan di kawasan Tanah Besar Asia Tenggara, selepas enam tahun, mu Space mempunyai hak untuk melanjutkan perjanjian ini. OneWeb akan mempunyai 648 satelit dilancarkan ke angkasa menjelang suku kedua tahun ini, dengan trend yang terus menunjukkan pelancaran satelit generasi akan datang hanya akan meningkat pada masa depan, akhirnya perjanjian ini boleh bernilai tiga kali ganda, sekitar 10 bilion baht, daripada jumlah 6 tahun pertama.

Sebagai perintis dalam industri angkasa di rantau mereka, Asia Tenggara, mu Space menyasarkan untuk menghubungkan rantau ini dengan seluruh pelosok dunia melalui teknologi dan produk angkasa yang memberi manfaat kepada industri ini sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Dengan dedikasi dan kepimpinan, mu Space komited untuk memberi impak sebenar melalui inovasinya dan dalam mengubah masa depan industri angkasa di Asia Tenggara dan di luarnya.

Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi mu Space, James Yenbamroong, berkata sesuatu tentang perjanjian eksklusif ini:

"Kami berasa gembira untuk mengumumkan perkongsian eksklusif ini kerana ia menandakan hubungan kami yang kukuh dan sangat baik dengan OneWeb. Pengembangan sambungan internet jalur lebar ke kawasan terpencil yang kekurangan sambungan adalah sangat penting dan kami gembira dapat menjadi sebahagian yang menjadikan usaha ini dapat dijayakan melalui teknologi angkasa dan darat. Kepakaran dan pengetahuan kami tentang rantau kami, serta teknologi inovatif, membolehkan mu Space menyesuaikan penyelesaian untuk menyediakan pelengkap yang ideal kepada setiap sektor di setiap negara. Akhir sekali, bagi pihak mu Space, saya ingin menyatakan betapa bangganya kami dapat menjadi sebahagian daripada inovasi ini yang akan memberi pengaruh dan faedah besar kepada rantau kita."

Neil Masterson, Ketua Pegawai Eksekutif, OneWeb, mengulas:

"Beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan kepada kami bahawa sambungan internet jarak jauh adalah menarik dan penting dalam sektor-sektor seperti perusahaan, pendidikan, kesihatan dan kerajaan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang dinamik, yang begitu sejajar dengan matlamat kami, untuk melanjutkan jangkauan kami di seluruh Asia Tenggara dan menghubungkan lebih banyak komuniti dan perusahaan. Perkongsian antarabangsa ini menandakan satu lagi pencapaian penting untuk OneWeb ketika kami memandang ke arah mengaktifkan liputan global penuh lewat tahun ini."

Perkongsian ini akan memberi impak positif ke atas ekonomi angkasa di Asia Tenggara dan paling penting ia akan membantu komuniti terpencil mendapat akses kepada sambungan internet dan memperbaiki kehidupan harian mereka. Space dan OneWeb teruja dengan perjanjian itu dan juga peluang untuk menambah baik kehidupan menggunakan teknologi.

Latar Belakang mu Space

mu Space ialah sebuah syarikat aeroangkasa Asia Tenggara dan penyedia perkhidmatan internet satelit. Dengan mewujudkan rantaian bekalan inklusif untuk produk dan komponen angkasa, syarikat ini menggalakkan inovasi dalam sektor angkasa. Matlamatnya adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk maju melangkaui batasan dan menjadi sebahagian daripada ekosistem ini. mu Space membangunkan dan mengeluarkan platform satelit yang memfokuskan kepada satelit kecil menggunakan teknologi canggih. Mereka menawarkan penyelesaian pembinaan satelit berprestasi tinggi khidmat-penuh serta akses yang boleh dipercayai kepada sambungan internet satelit. mu Space menyokong perbadanan aeroangkasa bersepadu secara vertikal sepenuhnya dengan kilang-kilang inovatif bagi menawarkan produk dan perkhidmatan sekali gus mengelakkan perbelanjaan tambahan yang berkaitan dengan rantaian bekalan yang ekstensif. Ketahui lebih lanjut di https://muspacecorp.com

Latar Belakang OneWeb

OneWeb ialah rangkaian komunikasi global yang dikuasakan dari angkasa, beribu pejabat di London, membolehkan kesalinghubungan untuk kerajaan, perniagaan dan komuniti. Ia sedang melaksanakan konstelasi satelit Orbit Bumi Rendah dengan rangkaian stesen gerbang global dan pelbagai terminal pengguna bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi yang berpatutan, dengan lebar jalur tinggi dan berkependaman rendah, terhubung dengan masa depan IoT dan laluan menuju 5G untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Ketahui lebih lanjut di http://www.oneweb.world

Source: mu Space Corp
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts