omniture

CGTN: Lawatan Presiden Xi ke Rusia untuk galakkan keamanan dunia, rangsang pembangunan global

CGTN
2023-03-21 21:12 35

BEIJING, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Dunia sedang mengalami perubahan mendalam yang tidak pernah dilihat dalam seabad, dengan pergolakan geopolitik yang meningkat, konfrontasi yang lebih teruk antara unilateralisme dan berbilang polariti, pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini serta krisis Rusia-Ukraine yang berdentam-dentum.

Di tengah-tengah latar belakang global ini, Presiden Cina Xi Jinping dan rakan sejawat Rusia beliau Vladimir Putin akan bertemu di Moscow mulai 20-22 Mac bagi membincangkan perkongsian penyelarasan strategik komprehensif China-Rusia, bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal antarabangsa dan serantau yang utama serta melangkah ke hadapan dengan kerjasama praktikal antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar China.

China baru sahaja menamatkan sesi tahunan badan perundangan negara dan badan penasihat tertingginya, yang melaluinya kerajaan China mendedahkan matlamat KDNK 2023nya: sekitar 5 peratus, dengan ramai yang menyifatkan ramai mengatakan konservatif melihatkan pemulihan pesat aktiviti ekonomi China. Baru-baru ini, negara ini juga menjadi perantara perjanjian damai antara Arab Saudi dan Iran, berjaya memajukan penyambungan semula hubungan diplomatik mereka.

Ketika China memulakan semula ekonominya – daya penggerak penting untuk ekonomi global yang sedang bergelut ini dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam bidang politik global, masyarakat antarabangsa mengharapkan banyak lagi untuk mesyuarat yang akan datang antara presiden Cina dan juga Rusia.

Lawatan untuk menggalakkan keamanan dunia

Lawatan negara ke Rusia yang akan datang merupakan lawatan asing pertama oleh Xi selepas memulakan penggal ketiga beliau sebagai presiden Cina awal bulan ini dan juga lawatan pertama beliau ke Rusia sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari 2022.

Mengambil maklum bahawa lawatan tersebut akan memperdalami lagi kepercayaan bersama dan persefahaman antara kedua-dua negara, Wang Wenbin, jurucakap untuk Kementerian Luar China, berkata di taklimat akhbar biasa bahawa ia juga akan menjadi lawatan untuk memupuk keamanan.

Memerhatikan bahawa hubungan antara China dan Rusia adalah berasaskan kepada prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga, Wang berkata bahawa atas dasar ini, China dan Rusia akan menggalakkan dunia berbilang kutub dan demokrasi yang lebih luas dalam hubungan antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan dunia.

Bagi perbincangan yang amat dinanti-nantikan tentang krisis Ukraine, Wang berkata China akan terus menegakkan objektif dan pendiriannya yang adil tentang isu berkenaan dan memainkan peranan yang membina bagi menggalakkan rundingan damai.

Kejayaan China dalam pengantaraan pemulihan hubungan baik antara Arab Saudi dan Iran bukan sahaja membuktikan kebolehjayaan rundingan damai, tetapi turut membangkitkan harapan bahawa ia juga boleh melakukan perkara yang sama dalam menyelesaikan konflik Ukraine.

Mengambil maklum bahawa China menjalin hubungan yang mesra dengan Rusia dan Ukraine, Yuan Sha, penolong felow penyelidik di Jabatan Pengajian Amerika di China Institute of International Studies, percaya bahawa peranan pengantara membina China antara Rusia dan Ukraine boleh diharapkan kerana kejayaan pengantaraan China antara Arab Saudi dan Iran membolehkan China mendapat kelayakan sebagai broker yang jujur dan bersifat membina.

Yuan menambah bahawa selama ini China telah mengulangi komitmennya untuk menggalakkan keamanan dan memudahkan rundingan antara Rusia dan Ukraine.

Lawatan kerjasama untuk meningkatkan pemulihan ekonomi global

"Semakin bergolak dunia ini, maka semakin penting untuk hubungan China-Rusia melangkah ke hadapan dengan mantap," kata Duta China ke Rusia Zhang Hanhui dalam satu wawancara baru-baru ini.

Menurut Kementerian Luar China, lawatan Xi ke Rusia akan menjadi lawatan kerjasama bagi menggalakkan kerjasama yang saling memberi manfaat dalam pelbagai bidang, memperdalam sinergi antara Inisiatif Jalur dan Jalan serta Kesatuan Ekonomi Eurasia dan membantu kedua-dua negara mencapai matlamat pembangunan dan penggiatan semula masing-masing.

Memandangkan tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China, Cui Hongjian, pengarah Jabatan Pengajian Eropah di China Institute of International Studies, berkata bahawa Rusia ialah rakan kongsi China yang penting dalam kerjasama BRI dan masa depan mereka sementara kerjasama yang selanjutnya dalam rangka kerja tersebut boleh memberi manfaat kepada lebih banyak negara dan wilayah.

Mengambil maklum bahawa China dan Rusia boleh terus memajukan projek-projek dalam bidang termasuk tenaga dan infrastruktur, Ding Xiaoxing, pengarah Eurasia Institute of the China Institutes of Contemporary International Relations berkata bahawa pertumbuhan mantap kerjasama China-Rusia akan menyuntik lebih banyak tenaga positif ke dalam pemulihan ekonomi dunia.

Pada tahun 2022, perdagangan dua hala antara China dan Rusia mencapai paras tinggi mencatat rekod sebanyak $190.27 bilion, kata Duta Zhang, menambah bahawa perdagangan tenaga memainkan peranan yang lebih penting dalam perdagangan dua hala, manakala eksport China iaitu produk elektrik, automobil dan alat ganti kereta ke Rusia kesemuanya menyaksikan pertumbuhan yang ketara.

Pada hari Khamis, sebuah kereta api pengangkut China-Eropah menuju ke Moscow berlepas dari Beijing. Kereta api tersebut, dimuatkan dengan barangan termasuk perkakas rumah, pakaian dan alat ganti kereta dijadualkan tiba selepas melakukan perjalanan kira-kira selama 18 hari.

"Kami percaya bahawa perdagangan China-Rusia akan mencapai tahap yang baharu pada tahun 2023 dan kami berusaha untuk mencapai sasaran dagangan $200 bilion menjelang akhir tahun ini, yang ditetapkan oleh dua ketua negara," kata Zhang.

Biarpun kerjasama yang menyeluruh antara kedua-dua negara semakin berkembang pesat, pertukaran sesama rakyat dan budaya turut berkembang maju. Pada masa kini, kedua-dua rakyat menandakan tahun 2023 dengan pertukaran sukan.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-19/Xi-s-Russia-visit-to-promote-world-peace-boost-global-development-1iiTVkGSItq/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Trade show news