omniture

Eka melengkapkan 23 pelaksanaan pelanggan baharu yang mengukuhkan tumpuan terhadap kejayaan pelanggan pada tahun 2022

Eka Software Solutions
2023-03-23 12:23

Syarikat ini telah menambah 11 pelanggan baharu dan disenaraikan sebagai peneraju kategori dalam Kuadran 'Teknologi Risiko' Chartis Research untuk Penyelesaian CTRM Tahun 2022

NEW YORK, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Eka Software Solutions, platform awan perusahaan terkemuka untuk pengurusan risiko dan perdagangan komoditi (CTRM), mengumumkan pertumbuhan dan pengembangan berterusan pada tahun 2022. Syarikat ini memberi tumpuan untuk membawa para pelanggan beroperasi secara langsung dan bekerja pada pelan hala tuju produk.

"Eka telah bekerjasama dengan para pelanggan dalam penjajaran pelan hala tuju produk bagi memastikan "Beroperasi Secara Langsung" menjadi keutamaan bagi setiap perkara yang kami lakukan. Perniagaan bergantung pada platform bersepadu kami yang menyediakan fleksibiliti terbina dalam untuk bersiap sedia dan menangani sebarang cabaran yang mungkin berlaku dengan pantas," kata Manav Garg, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Eka Software Solutions. "Kami memberi tumpuan untuk membolehkan para pelanggan kami memanfaatkan sepenuhnya keupayaan Eka serta memastikan mereka menerima perkhidmatan dan sokongan pada tahap yang tertinggi."  

23 buah perusahaan beroperasi secara langsung dari jarak jauh di Platform Awan Eka 

Untuk tahun fiskal 2022 hingga 2023, syarikat ini telah melengkapkan 23 pelaksanaan pelanggan baharu yang meningkat daripada 16 pelaksanaan pada tahun sebelumnya. Ini termasuk nama-nama global seperti Unilever, Land O'Lakes, Cargill, Scoular, Mosaic, COFCO, Kraft Foods, Westlake, Fertiglobe dan Vale. Pelaksanaan ini membawa masuk 750 pengguna baharu yang menjadikan bilangan pengguna berjumlah 5,500 di seluruh dunia. Syarikat ini turut menandatangani perjanjian dengan 11 pelanggan baharu di seluruh industri pertanian, tenaga, logam dan perlombongan, termasuk kemajuan yang ketara terhadap risiko dan pematuhan, pembuatan F&B, bahan api bertapis dan kelestarian.

Keupayaan dan ciri baharu 

Penyelesaian baharu untuk industri makanan dan baja telah mengukuhkan jangkauan syarikat daripada 'Ladang Terus ke Pengguna' melalui Eka Connect. Ciri-ciri baharu ini memberi tumpuan kepada kebolehgunaan, analisis dan pelaporan serta kontrak, kos, invois dan pengurusan cukai yang maju ditambah untuk lokasi geografi seperti India, Brazil, Ukraine, Uruguay, Bulgaria, Greece dan banyak lagi.

Pengiktirafan sebagai peneraju CTRM 

Eka telah diiktiraf sebagai Peneraju Kategori bagi Kuadran Teknologi Risiko – Penyelesaian CTRM 2022 oleh Chartis Research. Eka juga telah disebut dalam Panduan Pasaran Gartner Penyelesaian Pengurusan Risiko dan Perdagangan Tenaga (ETRM) 2022 yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian pengurusan risiko dan perdagangan yang terkemuka.

Tentang Eka Software Solutions 

Eka Software Solutions ialah peneraju global dalam menyediakan penyelesaian awan inovatif yang menggabungkan pelbagai aliran kerja daripada perolehan hingga pembayaran. Penyelesaian yang dipacu platform miliknya untuk pengurusan komoditi dan rantaian bekalan, sumber kepada pembayaran, perbendaharaan dan kelestarian membantu para pelanggan mengatasi cabaran yang rumit serta mempercepat perjalanan digital mereka dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Dengan lebih 600 orang pekerja, Eka membantu lebih 100 pelanggan di seluruh dunia dan telah membuktikan kepakaran industri dalam membantu para pelanggan mencapai transformasi digital, menyelesaikan cabaran perniagaan yang rumit dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Baca lebih lanjut di www.eka1.com.

 

Source: Eka Software Solutions
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Survey, Polls & Research