omniture

TCL Umum Penajaan Global 2023 Tonjolkan Hubungan Berkuasa Antara Teknologi dan Sukan

TCL Electronics
2023-03-24 23:35 16

Memanfaatkan tawaran TV LED Mini dan QLED inovatif untuk menyatukan peminat ketika mereka mengalami alam hiburan baharu bersama-sama.

HONG KONG, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna terkemuka dan dua jenama TV terbaik dunia, hari ini menunjukkan komitmennya kepada pelanggannya dan salah satu keghairahan yang paling biasa dikongsi bersama di dunia, menerusi pengumuman beberapa penajaan sukan berprofil tinggi, mencakupi pelbagai disiplin dalam berbilang pasaran.

Sebagai jenama yang mempunyai misi untuk menginspirasikan kehebatan, TCL memahami impak yang diberikan oleh sukan kepada jiwa dan kehidupan orang ramai dari kesemua pelosok dunia. Memanfaatkan kuasa teknologi untuk menjadikan tontonan sukan lebih menyeronokkan dan menghiburkan berbanding sebelum ini, TCL bermatlamat untuk menyatukan orang ramai bagi meraikan detik bermakna dan bersenang-senang dengan kegembiraan salah satu hobi terbesar dalam hidup.

Seperti mana kumpulan pelanggan TCL, dunia sukan adalah luar biasa beraneka dan pelbagai. Pada awal tahun ini, TCL America mengumumkan ia telah dinamakan sebagai Rakan Kongsi Rasmi NFL di Amerika Utara. Daripada mengkhususkan kepada satu disiplin tertentu sahaja, TCL memilih untuk memperluas jangkauannya dengan menyokong pelbagai pasukan kebangsaan kegemaran dan acara terkemuka dalam keratan lintang liga-liga kompetitif.

Menyokong Perlawanan Bola Sepak Terbaik Amerika Latin sebagai Rakan Kongsi Premium CONMEBOL Libertadores

Dengan menaja salah satu liga yang paling penting di Amerika Selatan, CONMEBOL Libertadores, TCL berharap dapat mendorong khalayak global untuk melibatkan diri dengan kecintaan wilayah tersebut terhadap bola sepak.

TCL menyertai jenama-jenama global lain untuk menaja CONMEBOL Libertadores semasa kitar 2023-2026, yang mana ia akan mendapat manfaat daripada pendedahan jenama pada tampalan baju pengadil, papan iklan di padang dan papan iklan LED. Jenama ini akan menerima tiket agar berupaya mengaktifkan bersama pelanggan di semua negara, menawarkan pengalaman diperkaya kepada peminat tegar.

Memulakan Tahun 2023 dengan Tumpuan Diperbaharui terhadap Bola Sepak Eropah; TCL Menjadi Rakan Kongsi Rasmi kedua-dua Pasukan Kebangsaan Sepanyol dan Itali

Di seberang laut dan menonjolkan komitmen jenama ini terhadap Eropah, TCL turut mencapai persetujuan dengan kedua-dua Royal Spanish Football Federation (RFEF) dan Italian Football Federation (FIGC) masing-masing untuk menjadi rakan kongsi rasmi kedua-dua pasukan kebangsaan Sepanyol dan Itali, hingga tahun 2026.

Dengan jangkaan yang semakin tertunggu-tunggu untuk musim panas akan datang bagi kejohanan bola sepak utama, itulah masa yang lebih menggembirakan untuk menjadi peminat Bola Sepak Eropah. Sokongan TCL untuk kedua-dua pasukan legenda ini menunjukkan kesungguhannya untuk terus berkembang dalam dua pasaran Eropah yang amat penting.

Dengan sokongan tambahan untuk pelbagai pasukan dan pertandingan di Argentina, Australia, Brazil, United Kingdom dan Amerika Syarikat, antara lain, komitmen TCL terhadap bola sepak telah lama wujud dan mempunyai jangkauan yang jauh. TCL juga menjalin hubungan yang berterusan dengan beberapa wira sukan terhebat dalam permainan ini, baru-baru ini bersama Pedri, Rodrygo, Phil Foden dan Raphaël Varane.

Bekerjasama secara rasmi dengan Australian Football League (AFL)

Sejak beroperasi dalam pasaran Australia dari tahun 2004, TCL Electronics menyediakan pelbagai jenis produk bermula daripada televisyen hingga mesin basuh. Sebagai salah satu sukan yang paling mengujakan di planet ini, Australian Football League (AFL) mengumumkan satu perkongsian baharu dengan TCL Electronics di Australia. Perkongsian tersebut akan menghubungkan AFL dengan TCL, yang memiliki tradisi sekian lama mengiktiraf kuasa sukan dan semangat penghubung yang menginspirasikan kehebatan dalam kalangan pemain dan komuniti yang lebih luas.

TCL juga akan menjadi tuan rumah kepada pelanggan penting, pembekal dan peruncit sepanjang tahun dalam TCL Supersite di Marvel Stadium dan di Acara-acara AFL.

Memperluas Bola Keranjang Di Seluruh Dunia melalui Perkongsian Piala Dunia Bola Keranjang FIBA

Selain daripada bola sepak, TCL bersedia untuk menyampaikan kejohanan bola keranjang yang terbesar di dunia dan bintang-bintang terbaik sukan ini ke Filipina menjelang Piala Dunia Bola Keranjang FIBA 2023 yang akan datang.

Bermula pada 25 Ogos, ketiga-tiga tuan rumah—Filipina, Jepun dan Indonesia—akan mengehoskan Fasa Kumpulan Piala Dunia. Pertandingan tersebut akan mencapai kemuncaknya pada 10 September di Manila, Filipina dengan penobatan juara-juara 2023.

Memperkukuh Jejak TCL di India Melalui Penajaan Pasukan Kriket Sunrisers Hyderabad

TCL juga menjadi rakan kongsi rasmi bagi pasukan kriket India popular Sunrisers Hyderabad (SRH) untuk tahun keempat berturut-turut, lalu menunjukkan komitmennya kepada pelanggan di India melalui sokongan kepada sukan kebangsaannya yang paling dihargai.

Dengan bermulanya musim kriket 2023 pada penghujung bulan ini, peminat di India dan seluruh dunia akan terpaku pada set televisyen mereka terlebih dahulu. Melalui teknologinya yang boleh diakses dan sokongan SRH, TCL menawarkan pengalaman tontonan yang mudah dan imersif untuk berjuta-juta peminat kriket di seluruh dunia.

Peneraju Di dalam dan Luar Padang – Gandingan Hebat Teknologi dan Sukan

TCL menyedari bahawa televisyen mempunyai kebolehan unik untuk menghubungkan dan menginspirasikan orang ramai di serata dunia, dengan mengasyikkan mereka dalam aksi yang didedahkan pada skrin. Daripada kesemua kandungan televisyen yang tersedia, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sesuatu yang ajaib tentang menonton sukan langsung dan merasakan emosi sama yang dirasai oleh berjuta-juta penonton lain di seluruh dunia secara serentak.

Sebagai syarikat yang perkasa bagi inovasi inklusif, TCL percaya bahawa detik ajaib ini seharusnya boleh dicapai oleh khalayak ramai, berusaha untuk mencipta set TV LED Mini dan QLED yang terbaik dalam kelas dengan nilai yang tiada tandingan. Memastikan pengguna tidak pernah terlepas detik aksi dengan rangkaian skrin XL TC berukuran sehingga 98" dan membuatkan mereka merasakan seperti berada di sana di tepi padang. Tambahan pula, melalui penajaan global ini yang akan menarik minat spektrum luas peminat, TCL berharap dapat menginspirasikan detik kehebatan dalam kalangan pengguna.

Untuk menemui lebih lagi tentang bagaimana produk terkini TCL dapat membantu anda menikmati kejohanan kegemaran anda, kunjungi www.tcl.com.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman sesawang TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements