omniture

Modul dalam talian baharu Cambridge bantu guru bahasa Inggeris tingkatkan kemahiran kebolehgajian pelajar

Cambridge University Press & Assessment
2023-05-18 16:04 38

SINGAPURA, 18 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Guru bahasa Inggeris kini boleh membantu pelajar mereka memperbaiki kemahiran insani untuk tempat kerja dengan modul Kemahiran Kebolehgajian baharu yang dibangunkan oleh pakar-pakar di Cambridge University Press & Assessment. Modul ringkas itu telah diwujudkan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang kemahiran yang akan diperlukan oleh mereka di tempat kerja.

Modul tersebut dilancarkan selepas kajian daripada Cambridge menunjukkan bahawa ramai siswazah yang memasuki dunia pekerjaan tidak memiliki 'kemahiran insani' penting yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya. Kajian ini membawa kepada Rangka Kerja Kemahiran Kebolehgajian untuk ELT, yang merancang dengan teliti kemahiran kebolehgajian penting yang diperlukan oleh siswazah dan menyokong modul tersebut.

Modul Kemahiran Kebolehgajian adalah untuk orang dewasa dan remaja dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris sederhana (B1 CEFR dan ke atas). Ia mudah digunakan dan boleh diajar bersama-sama kursus bahasa Inggeris am dan akademik. Ia tersedia pada platform digital dan mesra mudah alih 'Cambridge One'. Modul berkenaan terdiri daripada lapan unit, setiap satu berlangsung selama satu jam, mencakupi aspek-aspek kecekapan yang penting seperti kerja berpasukan, kolaborasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kecerdasan emosi.

Dan Hutchinson, Pengarah Proposisi di Cambridge University Press & Assessment, berkata: "Kebolehgajian adalah lebih daripada sekadar mempunyai kelayakan dan pengetahuan yang bersesuaian. Kajian kami menunjukkan bahawa ramai siswazah memasuki alam pekerjaan tanpa sedikit kemahiran insani yang penting dan atas sebab itulah kami membangunkan modul ini yang bertujuan untuk membantu pelajar memperbaiki kemahiran keseluruhan mereka."

"Kami tahu bahawa mengajar kemahiran kebolehgajian adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan ini telah menjadi daya penggerak di sebalik modul Kemahiran Kebolehgajian baharu kami."

Modul tersebut menggunakan video keadaan tempat kerja realistik dengan aktiviti interaktif yang mencetuskan refleksi dalam kalangan pengguna. Ia juga merangkumi tugasan bertutur dan menulis untuk disiapkan oleh pelajar pada akhir setiap unit. Nota guru, lembaran kerja pelajar, skrip video dan glosari turut disediakan untuk digunakan oleh guru di bilik darjah.

Pelajar-pelajar boleh memohon sijil tamat untuk setiap unit dan memperoleh lencana digital apabila mereka menyelesaikan kesemua lapan unit. Pelajar-pelajar yang berjaya boleh menambah lencana digital kepada CV mereka dan berkongsi lencana tersebut di rangkaian sosial seperti LinkedIn bagi memastikan kemahiran mereka benar-benar menonjol. Ketahui lebih lanjut tentang Kemahiran Kebolehgajian.

Kunjungi laman sesawang Cambridge English untuk maklumat tambahan.
https://www.cambridgeenglish.org
https://www.cambridgeenglish.org/my/
https://www.cambridgeenglish.org/jp/
https://www.cambridgeenglish.org/vn/
https://www.cambridgeenglish.org/id/
https://www.cambridgeenglish.org/th/ 
https://www.cambridgeenglish.org/kr/ 

Latar Belakang Cambridge University Press & Assessment

Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang sepanjang perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif serta boleh dicapai.

Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi hidup insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Di mana dunia anda berkembang.

Cambridge English ialah pengusaha dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang.

Bahasa Inggeris dituturkan di setiap pelosok dunia: bermula dari kafe hingga kampus, pasar hingga bilik mesyuarat dan di mana-mana sahaja di antaranya. Kami menjalankan peperiksaan di lebih 130 negara kepada lebih 5.5 juta orang setiap tahun. Kami menawarkan persiapan yang komprehensif, bahan sokongan dan sumber untuk mempelajari dan mengajar bahasa Inggeris. Melalui kajian selama bertahun-tahun, kami memperoleh pemahaman mendalam tentang cara orang ramai belajar bahasa. Ini membolehkan kami membangunkan penilaian yang membantu pelajar memperoleh kemahiran yang tepat berdasarkan kepada bagaimana orang ramai menggunakan bahasa Inggeris pada hari ini.

Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh.

Dengan sokongan yang betul, mempelajari bahasa merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Kami berada bersama anda dalam setiap langkah perjalanan anda.

Apa yang kami percaya – Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Apa yang kami tawarkan – Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam seluruh perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Bagaimana kami melakukan sesuatu perkara dan impak yang kami beri – Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif serta boleh dicapai.

Peranan global bahasa Inggeris – Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi dalam menjadi insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Apa yang kami janjikan - Di mana dunia anda berkembang.

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Higher Education New products/services