omniture

Hisense Lancar U8 Serba Baharu dan Produk TV ULED X di Afrika Selatan

Hisense
2023-05-22 21:55 36

QINGDAO, China, 22 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama teknologi pengguna mengumumkan pelancaran produk ULED X serba baharu dan TV U8 heronya di rantau Afrika Selatan.

Hisense shows new U8 and ULED X TV products at the press conference.
Hisense shows new U8 and ULED X TV products at the press conference.

Pada tahun 2022, Hisense TV menduduki kedudukan No.2 dalam penghantaran TV global dan setakat April tahun ini, jualan Hisense TV dalam pasaran Afrika Selatan tersenarai di tempat pertama dalam industri ini.

Jerry Li, Vice President of Hisense International, shares Hisense Globalization Strategy and CSR efforts in South Africa.
Jerry Li, Vice President of Hisense International, shares Hisense Globalization Strategy and CSR efforts in South Africa.

Mula diperkenalkan di CES pada tahun ini, ULED X 110-inci Hisense menawarkan sistem optik termaju, pemprosesan imej luar biasa dan teknologi paparan yang utama dalam industri. Begitu juga dengan rangkaian baharu TV U8 yang berjanji untuk membawakan pengalaman visual dan audio yang dipertingkat kepada pengguna Afrika Selatan di seluruh negara tersebut.

Hisense juga komited untuk melabur di kawasan setempat dengan menyediakan latihan kemahiran profesonal kepada penduduk tempatan di Taman Perindustrian Afrika Selatan. Ini membolehkan mereka keluar dari kawasan kejiranan yang miskin dan menjadi pekerja industri yang mahir. Ketika ini, Hisense telah mencipta lebih daripada 1,000 pekerja langsung dan lebih daripada 5,000 pekerjaan tidak langsung untuk penduduk tempatan di Afrika Selatan.

Berucap pada majlis pelancaran sidang akhbar di Johannesburg, Jerry Liu Naib Presiden Hisense International mengulas: "Sejak menembusi pasaran Afrika Selatan 20 tahun yang lalu, syarikat ini berkembang secara berterusan dan meluaskan kehadirannya di seluruh negara ini. Setakat tahun 2022, kami telah mencapai 98% kesedaran jenama dalam pasaran ini, meningkatkan ekuiti jenama kami daripada 125 kepada 236. Ini sebahagiannya dibantu dengan meletakkan kepentingan yang tinggi kepada ESG. Kami meneruskan pembangunan penggunaan tenaga hijau, sihat dan rendah serta perlindungan terhadap alam sekitar, memastikan agar Hisense kekal sebagai sebuah perusahaan yang prihatin."

Beliau menyambung: "Hisense telah mengamalkan aktiviti kebajikan awam di Afrika Selatan sejak sekian lama, memperjuangkan kebajikan sosial secara berterusan. Projek Taman Perindustrian Afrika Selatan Hisense dipilih sebagai kes demonstrasi kerjasama Selatan-Selatan oleh UNOSSC. Pada tahun 2022, Hisense bekerjasama dengan FIFA bagi menganjurkan acara amal "Disappearing Pitch" bagi menarik perhatian terhadap pemanasan global dan menyediakan bantuan praktikal kepada komuniit. Janji kami adalah untuk terus membantu pertumbuhan generasi-generasi akan datang, dengan kuasa sains dan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup setiap orang."

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan fokus kepada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih daripada 160 negara.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Corporate Expansion New products/services