omniture

CGTN: China, Asia Tengah berikrar membina komuniti lebih erat dengan masa depan bersama di sidang kemuncak Xi'an penting

CGTN
2023-05-24 01:16 35

BEIJING, 24 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Bukanlah kebetulan apabila Xi'an dipilih untuk menjadi tuan rumah perhimpunan bersemuka yang pertama dalam kalangan ketua negara China dan lima negara Asia Tengah sejak hubungan diplomatik mereka terjalin 31 tahun yang lalu.

Sejak 2,100 yang lalu, Zhang Qian, utusan Dinasti Han, melakukan perjalanan beliau ke Barat dari Chang'an, kini bandar Cina barat laut Xi'an, membuka pintu kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan Asia Tengah.

Menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang diadakan di titik permulaan Jalan Sutera purba pada hari Jumaat, Presiden Cina Xi Jinping mengimbau persahabatan yang lama terjalin selama beribu tahun dan memuji hubungan itu yang penuh dengan semangat dan bertenaga dalam era baharu.

Dalam menghuraikan cara untuk membina sebuah komuniti China-Asia Tengah dengan masa depan yang dikongsi bersama, Xi menegaskan perlunya terhadap sokongan bersama, pembangunan bersama dan mendukung keselamatan sejagat serta persahabatan yang berkekalan.

Sidang kemuncak yang berlangsung mulai Khamis hingga Jumaat itu dihadiri oleh Presiden Kazakh Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Kyrgyz Sadyr Japarov, Presiden Tajik Emomali Rahmon, Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov dan Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev.

Semasa mesyuarat atau perbincangan mereka bersama Xi, pemimpin-pemimpin menyatakan keyakinan dan kesungguhan untuk meningkatkan kerjasama dengan China, menyuarakan sokongan mereka terhadap inisiatif yang dicadangkan oleh China mengenai pembangunan global, keselamatan dan ketamadunan.

Menetapkan langkah untuk kerjasama BRI

Asia Tengah ialah lokasi di mana Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) bermula, seperti yang disebut dalam ucapan yang disampaikan di Nazarbayev University Kazakhstan pada September 2013, Xi buat pertama kalinya mencadangkan pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera. Sebulan kemudian, di Indonesia, beliau mencadangkan pembinaan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21.

"Sepanjang dekad yang lalu, China dan negara-negara Asia Tengah bekerjasama dengan erat untuk menghidupkan semula Jalan Sutera secara sepenuhnya dan mempererat dengan aktif kerjasama berorientasikan masa depan, mengemudi hubungan kami menuju era baharu," kata Xi dalam ucapan beliau.

Beliau terus memuji lebuh raya China-Kyrgyzstan-Uzbekistan, lebuh raya China-Tajikistan, saluran paip minyak mentah China-Kazakhstan dan Saluran Paip Gas China-Asia Tengah sebagai Jalan Sutera hari ini sementara kereta api pengangkut China-Eropah, trak pengangkut dan penerbangan merupakan karavan unta hari ini.

Selain daripada bidang kerjasama tradisional, China dan Asia Tengah juga harus membentuk pemacu pertumbuhan yang baharu dalam bidang kewangan, pertanian, pengurangan kemiskinan, pembangunan hijau dan karbon rendah, perkhidmatan perubatan serta inovasi kesihatan dan digital, kata Xi.

Perdagangan China dengan lima negara mencecah $70 bilion pada tahun 2022, meningkat sebanyak lebih 100 kali sejak hubungan diplomatik terjalin. Setakat akhir Mac, stok pelaburan langsung China di Asia Tengah mencecah lebih $15 bilion, menurut Kementerian Perdagangan Cina.

Saling bekerjasama demi keamanan berkekalan

Selepas lima negara Asia Tengah itu mengisytiharkan kebebasan pada tahun 1991, China merupakan antara negara pertama yang mengiktiraf kedaulatannya dan menjalin hubungan diplomatik bersamanya. Sejak itu, China dan negara-negara lain membentuk perkongsian strategik secara berturut-turut.

Di sidang kemuncak pada hari Jumaat, Xi mengulangi bahawa kedaulatan, keselamatan, kebebasan dan integriti wilayah negara-negara Asia Tengah harus dipertahankan, pilihan jalan pembangunan rakyat mereka dihormati dan usaha mereka terhadap keamanan, keharmonian dan ketenteraman disokong.

"Penting untuk kita bertindak mengikut Inisiatif Sekuriti Global dan berdiri teguh menentang cubaan luar untuk campur tangan dalam hal ehwal domestik negara-negara serantau atau mencetuskan revolusi warna," tegas beliau.

Menurut pemimpin Cina itu, China dan Asia Tengah harus terus mengamalkan toleransi sifar terhadap tiga kuasa iaitu faham keganasan, faham pemisahan dan faham pelampau serta berusaha untuk menyelesaikan teka-teki keselamatan di rantau ini.

Memperkukuh dialog antara tamadun

Pada malam Khamis, pemimpin-pemimpin turut menonton persembahan kesenian yang mana para penari memakai kostum pahlawan terracotta berarak mengikut rentak gendang, menandakan pembukaan tahun kebudayaan dan kesenian rakyat China dan Asia Tengah serta festival seni belia China-Asia Tengah.

Pekerja budaya menyampaikan mesej persahabatan sementara usahawan mencari peluang perniagaan, petugas kesihatan memerangi COVID-19 dan pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran merupakan duta-duta muhibah masa kini, kata Xi pada Jumaat lalu.

Universiti-universiti Cina menerima lebih ramai pelajar dari Asia Tengah, memupuk persefahaman dan pertalian yang lebih erat melalui pertukaran belia. Sebelum pandemik COVID-19, jumlah pelajar Asia Tengah yang belajar di China menyaksikan pertumbuhan tahunan sebanyak lebih 12 peratus antara tahun 2010 dan 2018.

Bagi menggalakkan dialog antara tamadun, China akan terus menyediakan biasiswa kerajaan kepada negara-negara Asia Tengah dan membuka perkhidmatan kereta api khas untuk pelancongan budaya di Asia Tengah, antara perkara lain, seperti yang diumumkan oleh Xi.

"Penting untuk kami melaksanakan Inisiatif Tamadun Global, meneruskan persahabatan tradisi kami dan meningkatkan pertukaran sesama rakyat," kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2023-05-19/China-Central-Asia-vow-to-build-closer-community-with-shared-future-1jVLJrBkwuI/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Public Interest