omniture

Kesihatan Keseluruhan Dipertingkat, Tidur Lebih Baik dan Imuniti Dipertingkat Tersenarai sebagai Tiga Matlamat Kesihatan Utama oleh Pengguna Asia Pasifik Semakin Peka-Kesihatan - Tinjauan Herbalife

Herbalife Asia Pacific
2023-05-24 11:42 36

Tinjauan mendedahkan 84% Pengguna Asia Pasifik menyedari kepentingan kumpulan sokongan dalam membantu mereka mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan

HONG KONG, 23 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Herbalife, syarikat dan komuniti kesihatan serta kesejahteraan ulung, hari ini mengeluarkan dapatan daripada Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik (Asia Pacific Health Priority Survey) yang mendedahkan bahawa sebahagian besar pengguna (77%) di rantau Asia Pasifik menjadi lebih peka terhadap kesihatan lantaran pandemik COVID-19. Sentimen ini paling jelas dilihat di Thailand (93%), Indonesia (92%), Filipina (87%) dan Vietnam (86%).

Tinjauan Keutamaan Kesihatan APAC Herbalife
Tinjauan Keutamaan Kesihatan APAC Herbalife

Menurut tinjauan tersebut, hampir 70% responden telah mengubah keutamaan kesihatan mereka selepas pandemik dengan fokus yang lebih tinggi untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, aktif serta mencapai pendekatan holistik terhadap kesihatan. Responden turut berkongsi bahawa kesihatan keseluruhan yang lebih baik (51%), tidur yang lebih baik (46%) dan imuniti yang dipertingkat (46%) merupakan tiga matlamat kesihatan utama yang dicita-citakan oleh mereka untuk mencapainya, diikuti dengan memperbaiki tabiat pemakanan (42%) serta kesihatan mental (40%).

Tinjauan berkenaan mendedahkan selanjutnya bahawa generasi-generasi yang berbeza mempunyai keutamaan yang berbeza-beza untuk meningkatkan kesihatan mereka. Responden yang lebih berusia seperti Generasi X dan Boomer lebih fokus untuk mengukuhkan imuniti mereka (50%) berbanding dengan Generasi Z yang lebih muda dan Milenia (42%). Sebaliknya, 46% daripada generasi muda mempertimbangkan untuk meningkatkan kesihatan mental mereka sebagai bahagian yang penting dalam matlamat kesihatan mereka, manakala hanya 34% daripada generasi lebih berusia berkongsi perihal yang sama.

Selain itu, walaupun 85% pengguna Asia Pasifik yang ditinjau mengambil langkah untuk mengusahakan matlamat kesihatan mereka, kekurangan masa (45%) dan kekurangan motivasi (39%) telah menjadi cabaran utama yang menghalang mereka daripada berusaha ke arah mencapai matlamat mereka. Bagi menangani cabaran ini, majoriti besar (84%) responden menyedari kepentingan memiliki kumpulan sokongan dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Dengan minat yang tinggi untuk menjalani gaya hidup yang sihat, aktif serta keperluan yang semakin meningkat terhadap kumpulan sokongan bagi menangani cabaran sepanjang perjalanan, syarikat kami menjadi semakin relevan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau, Herbalife Asia Pasifik dan China. "Rangkaian produk pemakanan berkualiti tinggi kami yang luas, bersama-sama pengedar kami yang menawarkan bimbingan diperibadikan dan komuniti sokongan dengan individu-individu yang berfikiran sealiran, dapat menyediakan penyelesaian komprehensif serta diperibadikan kepada pengguna demi matlamat kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Bagi mengukuhkan komitmen kami untuk membantu lebih ramai orang di Asia Pasifik mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif, kami akan mengadakan APAC Extravaganza di Singapura minggu ini. Ini merupakan acara pendidikan dan latihan tahunan terbesar kami untuk pengedar kami di rantau ini dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada beribu-ribu pengedar untuk memperjuangkan kehidupan aktif yang sihat dalam komuniti tempatan mereka," tambah Conchie.

Dijalankan pada April 2023, Tinjauan Keutamaan Kesihatan Herbalife meninjau 5,504 pengguna berumur 18 hingga 78 tahun merentas 11 pasaran Asia Pasifik termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Kesediaan Berbelanja untuk Kesihatan dan Kesejahteraan 

Dengan pengguna di rantau APAC menjadi lebih peka terhadap kesihatan, tidak hairanlah ramai daripada mereka (72%) bersedia untuk meningkatkan perbelanjaan mereka yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan, khususnya di Vietnam (95%), Filipina (90%), Indonesia (86%) dan Taiwan (85%). Secara purata,

  • 56% akan membelanjakan 1% - 10% lebih banyak
  • 31% akan membelanjakan 11% - 20% lebih banyak
  • 13% akan membelanjakan sekurang-kurangnya 20% lebih banyak

Menyedari kepentingan untuk melabur dalam kesihatan, responden berkongsi bagaimana mereka ingin menggunakan peningkatan perbelanjaan mereka untuk:

  • membuat pilihan makanan yang lebih sihat (65%)
  • membeli / mengambil suplemen pemakanan (52%)
  • melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala (48%)
  • menghubungi pakar untuk mendapatkan nasihat (28%)
  • mendapatkan rundingan kesihatan mental (25%)

Jelas daripada keputusan tinjauan ini bahawa orang ramai di seluruh rantau ini menghargai peranan penting yang dimainkan oleh pemakanan dalam mengekalkan kesihatan serta daya hidup jangka panjang.

Faedah-faedah Kumpulan Sokongan 

Apabila melibatkan untuk mengejar matlamat kesihatan atau melakukan perubahan gaya hidup yang positif, ia boleh menjadi sesuatu yang mencabar untuk kekal komited dan bermotivasi sepanjang perjalanan. Justeru itu, kumpulan sokongan memainkan peranan penting dalam mengatasi cabaran untuk meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat itu, sentimen yang dikongsi oleh kebanyakan responden tinjauan (84%). Faedah-faedah yang dirasakan daripada kumpulan sokongan termasuk:

  • berkongsi pengalaman dan pengetahuan berharga (57%)
  • memberi bimbingan dan galakan (54%)
  • mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan (49%)
  • kebertanggungjawaban terhadap perjalanan kesihatan mereka (43%)

Herbalife Asia Pacific Extravaganza 2023

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap sokongan kesihatan dan kesejahteraan, pengedar Herbalife akan bersatu berkisarkan misi syarikat untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan mereka yang sebaik-baiknya di Asia Pacific Extravaganza yang akan dipentaskan di Singapura mulai 19 Mei hingga 21 Mei. Dengan kehadiran yang dijangkakan mencecah lebih daripada 20,000 hadirin, acara tiga hari itu akan memberi tumpuan untuk memperkasa pengedar Herbalife dengan pengetahuan dan alatan bagi membina komuniti yang sihat di sekeliling mereka, dengan menyediakan bimbingan secara individu dan sistem sokongan yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif.

Sorotan utama acara tersebut ialah ucaptama oleh Michael O Johnson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife yang akan berkongsi visi beliau untuk Herbalife tatkala ia berusaha untuk menjadi syarikat dan komuniti kesihatan serta kesejahteraan ulung. Ini akan diikuti oleh Dr. Luigi Gratton, Naib Presiden Latihan, yang akan membimbing sesi latihan amali berkenaan produk Herbalife dan berbicara tentang kepentingan mengamalkan tabiat pemakanan yang positif demi kesejahteraan jangka panjang.

Latar Belakang Herbalife Nutrition Ltd. 

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan ulung serta komuniti yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar-pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk bersandarkan sains kepada pengguna dalam lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif bagi menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya.

 

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research