omniture

Appier bekerjasama dengan jenama-jenama runcit dan e-dagang terkemuka di Asia Tenggara bantu mereka menyampaikan pengalaman diperibadikan kepada pelanggan

Appier
2023-05-24 14:00 33

TAIPEI, 24 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Appier (TSE: 4180), sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) kecerdasan buatan yang terkemuka, hari ini berkongsi perkembangan terkini mengenai perkongsiannya dengan jenama-jenama runcit dan e-dagang di Asia Tenggara, tatkala ia bekerjasama dengan organisasi-organisasi terkemuka di rantau tersebut bagi mentransformasikan strategi pemasaran mereka bagi membolehkan mereka menawarkan pengalaman yang amat diperibadikan merentas platform digital mereka.

Kebangkitan AI Generatif telah mencetuskan gelombang dalam industri runcit atas sebab yang baik. Ia telahpun mendorong jenama-jenama dan peruncit-peruncit yang mantap kedudukannya untuk bergerak pantas dan memanfaatkan peluang yang baharu ini. Peruncit-peruncit boleh menjimatkan masa dan wang dalam pelbagai operasi, termasuk pemasaran, yang biasanya menyumbang kira-kira 14% daripada belanjawan sesebuah syarikat1]. AI Generatif boleh mengautomasikan tugas dan menskalakan kerja yang kritikal dalam bidang-bidang seperti pemasaran diperibadikan, sokongan khidmat pelanggan bot sembang dan memberi pandangan yang boleh diambil tindakan. Keadaan penggunaan baru muncul ini berpotensi untuk merevolusikan peruncitan dan membawa faedah-faedah yang signifikan kepada jenama mahupun peruncit.

Tahun 2023 merupakan detik yang penting untuk industri runcit kerana ia mengalami anjakan transformatif. Jenama-jenama dan peruncit-peruncit kini berada di tengah-tengah keadaan penciptaan semula runcit bagi memenuhi permintaan pembeli-belah pasca-pandemik hari ini yang mengharapkan lebih lagi daripada pengalaman membeli-belah dalam talian mereka, termasuk pengesyoran diperibadikan dan sokongan pelanggan waktu sebenar. Tatkala peruncit, baik dalam talian mahupun luar talian, memasuki fasa transformasi perniagaan yang baharu, peruncit-peruncit memanfaatkan pelbagai teknologi bagi menyampaikan pengalaman menarik yang melancarkan proses pembelian dan merapatkan jurang antara tawaran fizikal dan digital mereka.

AI telah menjadi semakin penting dalam industri runcit ekoran potensinya untuk memacu kecekapan, meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyerlahkan pemahaman yang berharga daripada data. Perniagaan-perniagaan semakin beralih kepada Appier atas teknologi AI termaju yang direka khusus untuk industri runcit, lalu membolehkan perniagaan-perniagaan memanfaatkan algoritma canggih dan pembelajaran mesin bagi mengoptimumkan operasi mereka, menambah baik strategi pemasaran dan menyampaikan pengalaman diperibadikan kepada pelanggan. Appier juga memegang rekod prestasi kejayaan terbukti di peringkat global, dengan portfolio kukuh pelanggan berpuas hati yang telah mencapai hasil perniagaan yang signifikan melalui penyelesaian berkuasa AI mereka.

Di Asia Tenggara, beberapa jenama runcit yang telahpun bekerjasama dengan Appier termasuk:

Spritzer, Malaysia

Spritzer berupaya untuk melaksanakan platform pemasaran perbualan omnisaluran yang dikuasakan oleh AI untuk membantu pelanggannya mengemudi saluran berbual laman web dan media sosial Spritzer dengan pintar. Platform pemasaran perbualan omnisaluran yang mahir dalam mengenal pasti senario pemasaran yang berbeza menawarkan kefleksibelan yang besar untuk Spritzer mendekati pelanggannya melalui mesej pemasaran tersuai dan pada waktu sebenar seperti tinjauan dan cabutan bertuah serta menawarkan kepada Spritzer kemudahan menyelaraskan kesemua kempen pemasarannya pada satu platform merentas pelbagai saluran pemesejan.

K&K Fashion, Vietnam

Sebagai salah satu destinasi fesyen e-dagang terkemuka Vietnam untuk wanita, K&K Fashion ingin mentransformasikan pengalaman pelanggan dengan memberi pengesyoran yang lebih pintar dan memperkemas kempen pemasaran mereka. Dengan bekerjasama bersama Appier, K&K Fashion berupaya untuk mengurus kesemua saluran dan kempennya - web, eDM, SMS dan aplikasi - pada satu platform, seterusnya membolehkan mereka mendapat pandangan yang holistik tentang pelanggan mereka merentas semua saluran dan mengurus kempen dan mesej mereka sepanjang perjalanan pelanggan. K&K Fashion turut mendapat pemahaman yang lebih beraneka terhadap pelanggan mereka dan memberi cadangan produk yang lebih pintar pada laman web dan aplikasi mereka.

Rev Edition, Thailand

Sebagai pengimport, pengedar dan pengurus kedai runcit terkemuka yang membawa pelbagai jenama dan produk sukan, Rev Edition perlu menyediakan pengalaman membeli-belah yang amat diperibadikan kepada pelanggannya. Dengan awan pemperibadian berkuasa AI daripada Appier, Rev Edition mampu menawarkan kepada pelanggannya dengan cadangan produk yang lebih bijak dan tersuai berdasarkan kepada pilihan semak imbas dan pembelian mereka. Rev Edition juga berupaya memperoleh pemahaman yang lebih pintar tentang pelanggannya dan mencapai peningkatan jualan yang ketara ekoran peningkatan penglibatan pada platform dalam taliannya.

Selain daripada jenama-jenama di Asia Tenggara ini, Appier juga bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh Asia Pasifik, termasuk Caring Pharmacy, BusOnlineTicket, Galle Watch, PX Mart, Senheng, Tiger Beer, Delonghi, Audi, Brand's, dan Heineken, antara lain, bagi membantu mereka menyampaikan pengalaman yang amat diperibadikan kepada pelanggan mereka. Kajian-kajian kes yang terperinci mengenai jenama-jenama ini boleh ditemui di sini.

Latar Belakang Appier

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat di seluruh APAC, Eropah dan AS serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat syarikat selanjutnya dan lawati ir.appier.com/en/ untuk maklumat IR selanjutnya.

[1]  CB Insights - 6 applications of generative AI in retail

 

 

Source: Appier
Related Stocks:
Tokyo:4180
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Retail